Ilham Nasi Kukus,

Berbaris Panjang Bukan Penghalang Untuk Makan Di Ilham Nasi Kukus

Rabu, Januari 21, 2015 Mahamahu 0 Comments


Berbaris Panjang Bukan Penghalang Untuk Makan Di Ilham Nasi Kukus - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Ini bukan cerita reka atau cerita buat2 tapi ini kenyataan kalau anda betul2 nak makan nasi kukus terbaik di area Damansara. Inilah dia Ilham Nasi Kukus Mutiara Damansara.


Restoran Ilham Nasi Kukus ini hanya menyediakan nasi kukus lauk ayam berempah sahaja. Tak ada makanan lain yg anda nak kat sini. Tapi permintaan untuk makan nasi kukus kat sini begitu menggalakan. Kata org yg dtg makan sini kerena nasi kukusnya cukup original dengan rasa kuah dan juga ayam bersama sambal di dalamnya.


Mahamahu juga telah dengar pasal cerita ini jadi nak juga cuba nasi kukus ini. Memang ternyata kalau anda dtg waktu time rehat antara pukul 12 hingga 2 tghari memang ramai org berbaris. Kat sini ada sistem untuk mengambil makanan dan minuman. Pertama kalau dtg dengan kawn2 nak makan kat sini kena cepat untuk cop meja kerana kalau time lunch memang tak ada meja makan. 


Lepas tu korang kena bebaris untuk ambil nasi kukus du kaunter nasi. Masa ambil nasi ni lah korang boleh buat order nak ayam lebih ker atau nak nasi lebih. Tapi ingat kat sini hanya ada nasi kukus sahaja tak ada lauk lain ok. Lepas tu pergi ke kaunter ambil air, kat sini air dah tersedia nak air apa order saja tapi special kat org air jagungnya. Sesudah tu korang baru pergi kaunter pembayaran buat bayara dan akhirnya duduk untuk makan.



Kat sini nasi kukus memang di sediakan dalam bungkusan kertas pelapik pelastik dan juga daun pisang, tak ada makan dalam pinggan ok. Senang kalau nak makan kat restoran atau bawa balik. Kalau tgk dalam nasi kukus ini pula ada pelbagai bahan2 yg di campurkan menjadikan nasi ini cukup lengkap. Nasi kukus di sediakan bersama 3 jenis kuah kari bersama ikan bilis goreng, sayur nenas, dan sambal belacan. Kalau pada yg tak kuat pedas Mahamahu syorkan untuk ambil sedikit jer sambal belacan memang kaw kaw gila lah. 

Gambar dari friedchillies.com

Harga untuk satu bungkus Nasi Kukus ini hanya RM6.00 sahaja. Tambah dengan air tak sampai pum RM10. Berbaloikan untuk anda bebaris panjang dan nak makan satu2nya nasi kukus kat sini. Pada yg nak dtg senang jer nak cari restoran Ilham Nasi Kukus ini korang cari sahaja surau Mutiara Damansara dan betul2 depan surau tu restorannya. Kedai ni bukan dari pukul 11pagi hingga 10malam jadi boleh makan tghari atau malam kat sini. Apa lagi jom serbu Ilham Nasi Kukus Mutaiara Damansara ni. Selamat menjamu selera semua....

ILHAM NASI KUKUS
No7,Jalan PJU 7/16B, Mutiara Damansara, 47800 PJ
Facebook : Ilham Nasi Kukus