Ayer8,Restoran Thai Tomyam Kung Rasa Tomyam Putih Sejati Di Ayer@8
Restoran Thai Tomyam Kung Rasa Tomyam Putih Sejati Di Ayer@8 - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Bila sebut restoran Thai mesti teringat makana paling popular dari negara tersebut apa lagi kalau bukan Tomyam. Kali ni Mahamahu dapat makan Tomyam Kung iaitu satu lagi menu Tomyam yg popular dari negara Thai. Tomyam Kung atau lebih kurang Tomyam Putih ini adalah menu Tomyam menggunakan santan.
Mana nak makan Tomyam Kung ni special ada di Restoran Thai Tomyam Kung. Nama pun dah Tomyam Kung jadi kat sini memang popular. Restoran yg ada dua cawangan dekat Putrajaya iaitu persint 15 dan juga kini yg terbaru di Ayer@8 Putrajaya. Mahamahu sempat lunch dengan kawn2 kat sini untuk cuba sendiri Tomyam Kung.
Menurut kata kawan yg dah biasa mkan kat sini, restoran ni bukan sahaja sediakan menu set tapi juga ada makanan nasi campur. Pada yg nak cepat dan juga jenis2 lauk pauk yg banyak boleh pilih untuk ambil nasi campur. Tapi Mahamahu hari tu telah order set makanan untuk 4 org yg memang cukup bebaloi. Dalam hidangan ini ada 5 jenis makana termasuk Tomyam Kung.
|
Tomyam Kung |
|
Paprik Daging |
|
Ayam Masak Gajus |
Tu adalah menu paling penting dalam Tomyam Kung ni ada bukan sahaja seafood tapi di masak menggunakan santan. Jadi sebelum ni biasa Tomyam dengan pes sahaj tapi ini rasa lain. Boleh rasa lemak manis dalam sup Tomyam ni. Lepas tu ada menu ayam dan daging iaitu Ayam Masak Gajus dan Paprik Daging. Mahamahu suka Ayam Gajus ni kerana dapat rasa manis dari biji gajus tersebut.
|
Ikan Siakap Tiga Rasa |
|
Kangkung Crispy |
|
Sambal Belacan dan Ulam-Ulaman |
Kemudian ada menu ikan special kat sini iaitu Ikan Siakap, untuk ikan ini korang boleh pilih untuk masak seperti masak tiga rasa, masak stim, masak black paper dan beberapa lagi. Tapi hari tu Mahamahu dan kawn telah pilih Ikan Siakap Tiga Rasa. Lagi unik kat sini kena cuba adalah Kangkung Crispy, hidangan ini adalah sayur kangkung yg di goreng dengan tepung rangup. Ia memberikan rasa kangkung yg berbeza dan sedap di makan sebagai kudapan.
|
Air Tembikai |
Dalam set ini senang sebab memang di sediakan untuk hidangan 4 org makan jadi ada nasi 4 dan juga air satu jag. Air boleh pilih untuk air tembikai atau air oren. Mudah jer kan order semua dah ada dan tak perlu nak fikir2. Hargar pun bepatutan untuk satu set 4 org ni hanya RM109.00 sahaja. Makanannya pun sedap dapat rasa semua sekali kelainan makanannya. Kalau korang nak dtg boleh pergi cawangan baru Restoran Thai Tomyam Kung di Ayer@8, Persint 8 Purtajaya. Betul2 tepi tasik memang kawasan baru dan cantik. Dtg lah selamat menjamu selera........
RESTORAN THAI TOMYAM KUNG
Ayer@8 presint 8, 62000 Putrajaya
0 Pandangan: