Bayu Sutera,

Ciri-Ciri Rumah Yang Dicari Ramai Ada Pada Kediaman Izara @ Bayu Sutera

Sabtu, Mac 30, 2024 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Rumah adalah satu keperluan, semua orang ingin memiliki rumah yang indah dan selesa. Ditambah lagi dengan dilengkapi pelbagai fasiliti, selamat dan punyai kemudahan aksesibiliti adalah satu ciri yang penting dalam memilih rumah.



Selain itu, faktor harga kediaman juga memainkan peranan dalam membuat keputusan pembelian sesebuah rumah. Ianya perlulah berpatutan dengan bajet yang kita ada serta bersesuaian dengan harga pasaran. Bonus! Bagi mereka yang memiliki keluarga jika dapat memiliki kediaman rumah yang mempunyai halaman sendiri.



Memperkenalkan satu projek mega kediaman Izara @ Bayu Sutera antara yang sangat sesuai terutamanya bagi mereka yang mencari kediaman di kawasan selatan Lembah Klang. Lokasinya yang cukup strategik, berdekatan dengan akses lebuhraya memudahkan pergerakan keluar dan masuk ke taman perumahan dan juga bandar berhampiran.

Kenapa Harus Miliki Rumah Di Izara @ Bayu Sutera


Izara @ Bayu Sutera dibangunkan oleh pemaju ternama di Malaysia iaitu Matrix Concepts Holdings Berhad. Projek kediaman yang terletak tepi tasik ini sememangnya sangat cantik apatah lagi ianya didatangkan dengan ciri rumah pintar. Di antara ciri pintar tersebut seperti kunci digital, modul pencahayaan, penyaman udara IR blaster dan pelbagai lagi.



Jenis hartanah adalah pegangan bebas, memang sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Harga kemasukan yang rendah serta harga bermula dari RM553,XXX. Izara @ Bayu Sutera merupakan projek rumah teres dua tingkat berkeluasan 20’ x 70’ dengan 2,315 kaki persegi. Rumah ini mempunyai empat buah bilik tidur dan empat bilik air.



Memiliki ruang dalaman rumah yang lebih luas dan selesa, memudahkan pemiliknya membuat susunatur perabot dan dekorasi mengikut citrasa yang diingini. Juga ada ruang keluarga yang menjadi tempat membina dan juga menghasilkan masa yang berharga untuk sesebuah keluarga. Kawasan kejiranan yang tenang dan selamat apatah ladi dengan adanya pos pengawal 24 jam yang mengawasi.

Mempunyai Kemudahan dan Fasiliti Yang Lengkap


Salah satu ciri yang menjadikan kawasan kediaman Izara @ Bayu Sutera harus dimiliki adalah tarikan taman tasik yang berkeluasan 3 ekar dengan kemudahan trek joging, tempat beriadah dan taman permainan. Pemandangan indah di tepi tasik sesuai dijadikan lokasi fotografi dan tempat bersantai seisi keluarga. Bila ada laman kehijauan begini ia menjadikan kawasan ini lebih redup dan nyaman.




Kemudahan lain antaranya seperti d’Tempat Country Club, yang mana pemilik kediaman akan diberikan keahlian kelab secara percuma. Sekaligus mereka mempunyai akses untuk menggunakan kolam renang, gimnasium, bowling, snuker, bilik wayang, bilik membaca, gelanggang tenis, gelanggang badminton, ping pong, skuasy, dewan bankuet, bilik mesyuarat, spa, bar dan kafe. Begitu banyak sekali keistimewaan yang dimiliki.



Berdekatan dengan kawasan kejiranan terdapatnya Matrix Private School, Matrix International School dan Matrix International Pra Sekolah. Satu yang memudahkan untuk akses kepada kawasan pendidikan yang berkualiti melahirkan insan yang kreatif. Begitu juga taman permainan extreme X-Park yang menawarkan aktiviti seperti ATV, Go-Kart, flying fox, paintball, memanah, gelanggang futsal, gelanggang badminton dan padang pandu. Begitu juga dengan kemudahan klinik, Hab komersil, stesen minyak dan pelbagai lagi.



Tidak jauh dari kawasan perumahan  Izara @ Bayu Sutera  terdapatnya Sendayan Merchant Square, serta 163 unit pejabat kedai yang berdekatan dengan Carnelian Park, sebuah taman awam yang dibina oleh pemaju dalam kawasan komersial bagi kemudahan komuniti . Terdapat juga tanah simpanan seluas 6.4 ekar untuk pembangunan pusat beli-belah kejiranan pada masa hadapan.

Promosi Gempak Raya Bonanza


Sekarang juga tengah berlangsungnya promosi ‘Gempak Raya Bonanza’, yang mana pemilik rumah yang membeli rumah dalam tempoh kempen layak mendapat rebat tambahan sebanyak RM10,000, iaitu penjimatan sehingga RM74,000. Tempoh promosi adalah dari 23 Mac hingga 12 Mei 2024.  Jangan lepaskan peluang dapatkan rebat yang cukup berbaloi ini!.



Mungkin ada yang berminat dan juga teringin untuk melihat dan mengetahui lebih lanjut tentang projek kediaman terbaru Bayu Sutera ini. Korang boleh layari laman sesawang https://izara2.bayusutera.com/ atau hubungi Matrix Concepts di talian 1 800 88 2688.


#BayuSutera #Izara #BandarSriSendayan #LakeSideResidences #SmartHome #GempakRayaBonanza #BSSDevelopment








2 ulasan:

  1. Ramai kata Bandar Sri Sendayan ni mmg berbaloi kalau nak beli kediaman...kawasan dia pun strategik sgt! ðŸ˜Œ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama17 April, 2024

      Betul tu tengok segala kemudahan kat sini banyak tak rugi beli lah...

      Padam