Baju Saiz Besar,
Lubuk Koleksi Kurta Raya Saiz Besar Terbaharu 2024 Dari BOB ROCK Clothing
Salam sejahtera kepada pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Masih selamat lagi korang punya puasa kali ini? Alhamdulillah masih penuh. Orang dulu-dulu selalu pesan pada anak-anak kalau puasa penuh baru boleh beraya. Masih terngiang-ngiang lagi pesanan itu. Tapi dah buat persiapan untuk raya ker. Sekarang ni tengok iklan dan jualan baju raya sana sini memang tengah rancak.
Tapi itulah bagi orang yang besaiz besar atau bahasa kiasan yang 'bersaiz comel' ni, hanya mampu tengok jer lah. Kebanyakkan kedai fizikal atau atas talian semua jual saiz biasa. Jadi kami yang comal ni tak perlu nak nikmati raya ke. Jangan sedih korang kerana Maha dah tahu mana lubuk untuk korang terutama golongan adam ni nak cari kedai baju saiz besar lelaki.
Mana lagi kalau bukan di butik exclusive BOBROCK Clothing (BRC). Kenapa Maha cakap ia exclusive kerana kat situ hanya jual baju untuk lelaki bersaiz besar daripada XL hingga kepada 6XL tau. Jadi memang boleh lagi bergaya pagi raya nanti. Kali ini mereka memperkenalkan koleksi Kurta Raya plain lengan panjang & kurta lengan pendek. Sangat sesuai untuk mereka pluz size mencari baju.
Koleksi yang paling terbaharu adalah Plus Size Kurta Adam 3.0. Maha dah cuba sendiri masa pergi kat butik BOBROCK hari tu. Memang kurta ini menggunakan material Oxford-Cotton. Ia lebih senang untuk bernafas dan juga berangin. Tambah dengan cuaca sekarang ni yang makin panas kena cari baju raya yang selesa nak pakai bawa jalan-jalan. Sebab itu kurta ini dicipta cepat menyerap dan mengeringkan peluh.
Kalau tengok pada jahitannya kali ini lebih kemas, tersusun dan sekatan dari dalam atau luar baju. Itu yang buat ia berkualiti tinggi. Kurta ini lebih ringan dan juga tahan lasak. Kurta ini ada kolar yang tidak bergitu keras tetapi tetap teguh. Kalau kancing butang sampai atas pun tak terasa tercekik pada bahagian tengkuk tu. Makanan jadi lebih lancar dan mudah nak telan.
Kurta saiz besar ini didatangkan dengan enam pilihan warna iaitu Hitam, Putih, Ungu, Hijau Pine, Royal Blue dan Beri Merah Jambu. Ia dibuat dengan lengan panjang. Sangat cantiklah kalau digayakan dengan apa sahaja jenis seluar, jadi sangat selesa nak bergerak kemana-mana sahaja. Dah senyum lebar ke sesiapa yang mencari baju raya plus size ni.
Buat korang yang suka kurta teluk belanga, BOBROCK tidak pernah lupa akan pemintaan korang. Kali ini dikeluarkan juga koleksi terbaharu Kurta Teluk Belanga 2.0. Kurta ini juga menggunakan material Oxford-Cotton yang memberi keselesaan dan kemudahan kepada si pemakainya. Ada 2 poket kiri dan kanan yang selesa untuk letak barang seperti handphone. Warna pun banyak pilihan iaitu Coklat, Navy Blue, Grey Pewter, Hitam, Putih dan Maroon.
Kini yang terbaharu ada Plus Size Kurta Eusof yang telah membuatkan Maha jatuh cinta sehingga berjaya memilikinya. Kurta ini yang baharu dengan menggunakan material Cotton Satin yang berkiraan benang tinggi berserta kilat pada fabrik membuatnya tampak elegan dan ‘classy’. Betul bila Maha menggayakan kurta ini pergi mana-mana acara, ramai kawan-kawan perasan ia melempiaskan warna lebih kilat dan nampak bergaya.
Jahitan juga kemas, tersusun dan sekata di dalam dan luar baju. Serta kolar yang tidak mencekik tetapi kemas apabila memakainya. Manakala bahagian lengan yang menutupi siku tidak terlalu pendek. Ada ‘Curved hemline’ yang memberi keselesaan kepada si pemakai serta memberi imej lebih kemas dan smart. Juga orang ramai suka ada poket banyak, jadi kurta ini ada dua poket sisi dengan ruang seluk yang luas dan selesa.
Kurta Eusof ini juga ada pelbagai jenis warna seperti Burgundy, Biru Muda, Putih, Hitam, Ungu Muda, Navy blue dan Hijau Zaitun. Hari tu Maha beli adalah warna Burgundy di mana sekali pandang macam warna Maroon tapi lain sikit. Kalau korang perhatikan betul-betuk nampak perbezaan warnanya. Memang jatuh cinta dengan warna ni.
Juga kalau yang semua atas ni Maha ceritakan adalah kurta yang warna plain sahaja tiada design. Tapi BOBROCK tetap memberikan variasa dengan mengeluarkan Kurta Printed. Bagi kurta printed ini ada tiga jenis iaitu Kurta Dharma, Kurta Nadeem dan Kurta Paisley. Kurta lelaki plus size ini menggunakan Japanese Cotton yang lebih berkualiti tinggi. Kurta ini ada satu poket dada dengan logo sulaman 'BOBROCK' dan juga butang pakaian BOBROCK yang diperibadikan dengan reka bentuk ton-on-tone terukir.
Kurta ini direka khas untuk lelaki Asia yang bersaiz besar. Siapa kata orang lelaki saiz besar tak boleh nak bergaya raya nanti. Silap-silap korang makan hati kerana baju raya kami lebih selesa dan bergaya di pagi raya nanti. Tapi apa pun kita berpakai bukan untuk riak atau nak cari kebanggaan orang. Ia adalah untuk menjaga aurat atas tuntutan syarak dan juga memberi keselesaan kepada si pemakai. Tak salah nak bergaya raya ni dengan men’s plus size clothing yang menjadi pilihan ramai ni.
Nak ketahui lebih sebarang promosi dan juga beli online boleh layari:
Facebook: https://www.facebook.com/bobrockclothing
Instagram: https://www.instagram.com/plussizebobrock
Laman web: https://www.bobrock.com.my
I must spend a while learning much more or figuring out more.
BalasPadamThank you for fantastic information I was on the lookout for this info for my mission.
BalasPadamexcellent post, very informative.
BalasPadamI wonder why the other experts of this sector don’t notice this. You should continue your writing.
BalasPadam