Star Wars Miniland Yang Terbaru Di Legoland Malaysia

Star Wars Miniland Yang Terbaru Di Legoland Malaysia - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mahamahu bulan lepas pergi family day dekat Legoland Malaysia. Ni adalah kali kedua Mahamahu masuk ke taman tema pertama di Asia. Sebelum ni Mahamahu masuk pun baru buka Legoland tu jadi tak bnyak mainan di sana. Kalau nak baca post Mahamahu yg lepas boleh tgk kat sini [klik sini].



Tapi tahun ni daya tarikan makin bertambah dan makin menarik di Legoland Malaysia. Dengan perasmian satu lagi miniland di sini iaitu Star Wars Miniland menjadikan Legoland Malaysia lebih menarik dan lebih meriah. Mahamahu teruja sgt nak masuk Star Wars Miniland ni sebab tempat barukan jadi pasti lagi best sebab kat situ dgr kata lagi banyak mainan lego.




Satu pengalaman baru di bawah bumbung tertutup berhawa dingin sepenuhnya dan mempamerkan lebih 2,000 LEGO terkenal. Star Wars dan adegan model ikonik dari semua enam episod Star Wars. Menarik perhatian Mahamahu bila berada kat sana. Watak2 seperti Yoda, R2-D2, Darth Vader dan legenda Sith Lords, semua dibuat daripada mainan LEGO. Satu pengalaman yang luar biasa untuk seisi keluarga.



Kalau anda masuk dalam Star Wars Miniland tu anda akan di bawa dalam dunia sebenar episod Star Wars dalam siri mereka. Pertama bila masuk akan di berikan tayangan pendek tentang siri2 dalam Star Wars memang kelakar tgk sebab watak dalam tayangan tu semua mainan Lego hehehe. Lepas tu anda di beri masa untuk melihat replika bandar2 Star Wars yg ada daripada semua rancangannya. Memang ia satu pengalaman yg paling menarik dan terbaik bagi Mahamahu.





Anda bolah lihat model LEGO Star Wars ini bukan sahaja boleh bergerak-gerak siap ada bunyi dan pencahayaan yg menjadikan suasana lebih realiti untuk di nikmati. Anda juga boleh bergambar denga setiap model LEGO yg ada di sana. Bila pengakhiran anda akan masuk kedai cenderamata dan kat situ anda boleh dptkan model LEGO Star Wars exclusive tiada di tempat lain. Best lah pengalaman berada di Legoland Malaysia. Korang bila lagi nak dtg mai lah cuti2 sekolah ni ajak family pergi sekali. Selamat bercuti.....

Laman web : www.legoland.com.my