Japanese Cuisine,

Sagano Restaurant Di Renaissance Hotel KL Meraikan MIGF 2014

Selasa, Oktober 07, 2014 Mahamahu 0 Comments

Sagano Restaurant Di Renaissance Hotel KL Meraikan MIGF 2014 - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan sekalian. Korang tahu MIGF tu apa? Tiba2 lak tanya soalan mcm tu kan. Sebenarnya MIGF atau Malaysia International Gourmet Festival 2014 adalah acara memasak yang paling lama dan paling terkenal di Malaysia. Melibatkan banyak restaurant hebat di seluruh Malaysia dan salah satunya ada Sagano Restaurant yg terletak di tingkat 1, west wing Renaissance Hotel KL.


Oleh kesempatan itu, Mahamahu di jemput untuk sama2 merasaikan kehebatan dan kenakan masakan yg disediakan oleh barisan ‘Red Hot Chefs’ iaitu Executive Sous Chef Kok Chee Kin dari Dynasty dan Chef de Cuisine Michael Koh untuk Sagano Restaurant. Wow dengar nama mereka pun dah rasa mcm teruja sangat untuk nikmati makanan yg pasti enak2 di Sagano Restaurant ini.

Salmon Sashimi On Cold Inaniwa Udon With Ikura

Live Tiger Prawn, Capelin Tempura, Chicken Jibuni Style dan BBQ Mackerel with Roe
Makan malam pada hari tu Mahamahu di hidangkan dengan pembuka selera yg menjadi daya tarikan di restorant mereka. Terdapat dua menu pembuka selera iaitu Salmon Sashimi On Cold Inaniwa Udon With Ikura dan Live Tiger Prawn, Capelin Tempura, Chicken Jibuni Style dan BBQ Mackerel with Roe. Panjangnya nama makanan tapi memang terbaik dan sedap sgt.

Hokkaido Scallop and Seaboass In Dashi Broth
Lupa nak bagi tahu kawan2 yg Sagano Restaurant ini ada sebuah restorant makanan Jepun, tapi untuk MIGF ini hidangan masakan Jepun mereka telah digarap untuk kesesuaian citarasa tempatan memang memenuhi selera. Kalau tak percaya korang dtg sendiri dan nikmati Mahamahu tak tipu memang sedap. Kalau makanan Jepun tak lari daripada sup yg istimewa iaitu di sini disediakan Hokkaido Scallop and Seaboass In Dashi Broth.

Grilled Lobster With Homemade Cream Gratin Accompanied With Grilled Marinated Cod and Miso

Beancurd Rolled In Pan-seared Wagyu Sirloin With Moromiso Sauce
Kemudian untuk hidangan utama terdapa 3 jenis yg special boleh korang pilih bila dtg ke Sagano Restaurant ini. Paling Mahamahu suka mestilah hidangan Grilled Lobster With Homemade Cream Gratin Accompanied With Grilled Marinated Cod and Miso. Lobster tu sapa tak nak memang sedap sgt Mahamahu tak nafikan. Kalau korang tak boleh makan seafood boleh cuba Beancurd Rolled In Pan-seared Wagyu Sirloin With Moromiso Sauce. Ni pun sedap juga lemak2 manis tapi sihat jgn risau.

Unagi and Mushroom Rice Wrapped In Egg With Honey Teriyaki Glaze

Kalau org tempatam mesti nak makan nasikan kat dalam menu masakan Jepun ni pun ada juga. Lagi enak sebab di campur dengan ramuan yg segar. Kalau nak boleh cuba Unagi and Mushroom Rice Wrapped In Egg With Honey Teriyaki Glaze. Nasi goreng cendawan dan juga Unagi memang terbaik juga. Bila dah makan main course mesti nak akhirkan dengan dessertkan, jadi kami di hidangkan dengan pencuci mulut unik dan sedap. Grean Tea Ice Cream Pancake and Selection of Mochi adalah pencuci mulut yg dihasilkan sendiri di sini campuran Timur dan Barat.

Grean Tea Ice Cream Pancake and Selection of Mochi
Itu lah Mahamahu kata mesti korang telan air liurkan bila tgk menu2 yg ada di Sagano Restaurant ni. Mahamahu sendiri pun rasa nak dtg lagi kat sini untuk makan. Unutk harga pula memang berbaloi untuk seorang RM188++ (without Sake), RM238++ (with Sake) dan RM158++ (without alcohol drinks). Kalau nak tempah boleh hubungi mereka seperti di bawah ni. Ok selamat menjamu selera dan selamat makan malam.

SAGANO RESTAURANT RENAISSANCE HOTEL KL
Tel : 03 - 2162 2233
Direct Line : 03 - 2716 9968
Email : rhi.kulrn.fb@renaissancehotels.com







0 Pandangan: