Mainkan Peranan Anda di Legoland Malaysia Terbaik

Salam semua rakan2 dan juga pembaca blog Mah@mahu moga ceria dan gembira bersama keluarga dan kawn2. Impian nak jejak kaki ker Legoland Malaysia di Nusajaya akhirnya tercapai dan telaksana jua. Pada minggu lepas telerai gak demdam nak bermain di taman tema lego pertama di Asia. Ramai org nak pergi tapi pergi dengan percuma lain tak sama hehehehe. Terima kasih kepada Maybank meralisasikan impian Mah@mahu [Klik sini]..

Satu pengalaman yg tidak dpt di lupakan keseronokan berada di taman tema yg cukup menarik serta unik. Penuh dengan barang mainan lego sepanjang berjalan di taman tersebut. Apabila melangkah masuk jer dari pintu gerbang tu mata terus terpukau dengan rekaan dan susunan lego yg membentu bandar2 besar di Malaysia dan juga bandar2 utama di Asia.



Wow memang real and penuh kreativiti hasil rekaan mereka seperti sebuah bandar betul yg hidup dengan suasana dan juga bunyi yg di hasilkan. Boleh tgk lego begerak pun ada kat sana. Best lah rasa mcm gergasi lak bila tgk taman lego kecil ni hehehehe. Bandar popular dia Asia pasti bandraya Kuala Lumpur, India, Indonesia, Singapura, Brunei dan byk lagi. Paling kagum adalah hasil seni yg cukup tersusun dan kreatif seperti menara KLCC dan KL Tower real tu.

Nampakkan KTM tu bergerak dan bunyi2 yg dihasilkan...

 








Lepas habis pusing tgk bandar2 dari lego tiba masa anda untuk menjelajah ke zon mainan. Yg paling di nantikan adalah zon mainan paling mencabar iaitu roler coaster yg di panggil "The Dragon" dan juga "Project X".. Huhuhu rasa nak tercabut jantung bila naik roler coster lain sgt rasanya kerana kita kan lalui sebuah istana besar memang unik lah. Projek X lak naik mcm sebuah kereta robot yg tiba2 terjun dari satu ketinggian meruntun jiwa raga heheheh..


 
 
Kat sini paling banyak zon untuk kanak2 di mana mereka boleh berhibur dengan keluarga bermain bersama-sama. Ada zon "Boating School" untuk mainan air, ada zon "Driving School" untuk kanak2 belajar memandu dan peraturan jalan raya, ada zon "Rescue Academy" untuk anak2 dan ibu bapa bekerjasama dalam mempelajari bagaimana menjadi seorang penyelamat. Memang best lah kalau tambah cuti2 sekolah ni bawalah anak2 pergi sana. Mah@mahu tak masuk lah kawasan ni sebab tak bawa anak wakakakka..

 



Yg lagi best kat sini ada studio 4D di zon "Lego Studios" memang best gila. Kalau 3D kita leh tgk gambar nak terkeluar jer kan tapi studio ni siap ada kesan udara, air dan juga bunyi serta cahaya daripada sekeliling kita. Memang terbiak lah Legoland Malaysia. Rasa nak masuk byk kali studio tu tapi memandangkan masa tak cukup hehehe..


Dah penat berjalan serata legoland ni anda kena pergi satu tempat ni yg di panggil "Observation Tower". Ini adalah tempat teraikhir anda kena pergi untuk menyaksikan pandangan seluruh Legoland Malaysia daripada atas. Tinggi menara ni dia naik dan berpusing dalam tempoh lebih kurang 6 minit. Memang best relax and santi. Lepas tu anda nak makan kat restoran sana boleh cuma harga makanan agak mahal tapi boleh lah kalau makan sikit2.

 


Sebenarnya pejalanan satu hari memang tak cukup puas. Tapi dapat bermain dan merasai pengalaman sebenar di Legoland Malaysia satu pengalaman yg paling manis. Kita bangga jadi rakyat Malaysia kerana ada sesuatu yg mempu membawa mata dunia ke negara kita. Sepanjang berada kat sana nanti kita akan dpt lihat manusia dari serata dunia memuji kehebatan negara termasuk Singapura walaupun mereka ada USS. Tapi kita ada juga yg bertaraf antarabangsa. Nanti akan dtg lagi ke Legoland Malaysia sapa nak pergi jng lupa ajak Mah@mahu ok hehehehe...