Dalam dunia hiburan moden hari ini, kebanyakan pengguna mahukan peranti yang bukan sahaja menawarkan visual yang memukau, tetapi juga serba fleksibel serta mudah digunakan. Di sinilah hadirnya LUMOS FLOAT. Ia sebuah projektor generasi baharu yang direka untuk memberikan pengalaman menonton lebih hebat, unik dan versatil di rumah.
Menjadi seorang influencer bukan sekadar tentang berkongsi kandungan menarik, tetapi juga bagaimana anda menampilkan diri secara profesional di hadapan kamera. Sama ada anda baru bermula di TikTok, Instagram Reels, atau YouTube.Kadang-kadang perkara kecil ini mempengaruhi hasil yang lebih baik dan menarik untuk terus di tontoni.
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Betul lah orang kata sakit yang paling sakit adalah tidak boleh melupakan orang yang kita sayangi bertahun-tahun lamanya. Sehingga ada orang sanggup buat perkara yang tidak terfikir diakal. Tapi nasib buat penyanyi baharu Meer Nash ini mengambil jalan lain untuk melupakan bekas kekasihnya melalui lagu.
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan seklian. Siapa tak kenal kumpulan dari negara seberang Demeises yang dulu popular dengan lagu 'Dengarlah Bintang Hatiku' kini kembali semula dengan single terbaru mereka. Mempertaruhkan konsep sama lagu terbaru mereka bertajuk '1000 Tahun' kini telah ada muzik video rasmi di Youtube.
Sheila Rusly Kongsi Video Resepi Masakan Dari Dapur Mahamahu Di Facebooknya - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sebenarnya Mahamahu ada buat channel kat youtube untuk update video2 masakan yang sempat Mahamahu rakam. Ada sesetengah itu untuk suka2 dan ada pula atas permintaan pelanggan hehehehe. Kali ni Mahamahu nak sharekan antara beberapa video youtube resepi masakan yang Mahamahu sempat buat.
Yang kat atas ini Mahamahu buat khas untuk program Sepetang Bersama Blogger dan yang di taja oleh Yeo's. Ada peraduan pada tahun itu jadi nak menang iPad mini Mahamahu buat video resepi minuman ini. Alhamdulillah video ini membawa tuah menang juga iPad mini semasa SBB 2014 yang lalu. Kalau sapa2 nak cuba buat minuman ini boleh lah share2 ok.
Video atas ini pula ada video khas untuk menyahut cabaran Raja Tarik. Mahamahu tak pernah buat teh tarik tapi dalam video ini pertama kali cuba. Tapi percaya tak sebenarnya Mahamahu buat berpuluh-puluh kali juga untuk dapat skill menarik teh ini. Bukan senang yer apa pun terima kasih kepada F&N kerana taja video ini.
Last ini pula adalah sama juga produk dari F&N yang mengeluarkan susu pekat manis. Mahamahu gunakan untuk buat resepi Apam Pelangi. Resepi belajar sendiri ini menjadi juga untuk hasilkan Apam Pelangi. Menarik comel kerana kecil2 dan berwarna-warni. Tapi yang lagi best sebenarnya video ini telah di share oleh artis popular juga tukang masak popular. Sapa lagi kalau bukan kak Sheila Rusly yang memang havoc dari program Ketuk-ketuk Ramadhan.
Jutaan terima kasih kepada kak Sheila Rusly kerana sudi share video ini kat wall facebook beliau. Patut tgk ramai viewer tiba2 jer meningkat. Korang boleh tengok komen kak Sheila dalam facebook beliau ni terharu sangat2. Kalau kawan2 rasa nak share mana2 video Mahamahu di alu-alukan dan boleh cuba resepi2 yang Mahamahu sediakan ini ok. Selamat mencuba semua....