artis,

Pernah Dikecewakan Kekasih Meer Nash Hasilkan Lagu KAJIMA Untuk Lupakan Kisah Duka

Selasa, November 01, 2022 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Betul lah orang kata sakit yang paling sakit adalah tidak boleh melupakan orang yang kita sayangi bertahun-tahun lamanya. Sehingga ada orang sanggup buat perkara yang tidak terfikir diakal. Tapi nasib buat penyanyi baharu Meer Nash ini mengambil jalan lain untuk melupakan bekas kekasihnya melalui lagu.



Itu adalah cara yang paling bagus sehinggakan terhasilnya lagu bertajuk KAJIMA yang dicipta oleh Meer Nash bersama dengan beberapa nama besar seperti Brendam Lim Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong dan juga Asyraf Nasir. Ramai juga dalam penghasilan lagu ini bagi memastikan ia selesai. Kerana menurut penyanyi ini beliau sendiri tidak dapat mengakhirkan lagu ini sehingga terpaksa mendapatkan nasihat dan bantuan rakan komposer lain.



Mungkin ada yang baharu kena siapa itu Meer Nash?. Mana asalahnya penyanyi ini tak pernah dengar pun kan. Meer Nash atau nama sebenar Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul 27 tahun. Sebelum ini pernah muncul dalam program I Can See You Voice Malaysia (ICSYVMY). Berpenampilan seperti seorang arti Korea sehingga diberi jolokkan Oppa Malaya.



Maha sendiri jujur mula mengenali Meer Nash melalui program 'Meet And Greet' yang terlah diadakan oleh pihak pengurusan Universal Music Malaysia di IOI City Mall Putrajaya baru-baru ini. Maha dijemput dan di situ mengenali dan suka juga akan jenis lagu yang dibawakan oleh penyanyi baharu ini. Nak kata baharu tidak juga kerana Meer Nash pernah muncul dengan single pertamanya bertajuk 'Saranghae' berkonsep K-pop yang dilancarkan pada tahun lepas.



Lagu Kajima ini juga telah dilancarkan secara rasmi pada September tahun ini dan juga muzik video rasmi telah pun berada di Youtube Channel dan mendapat tontonan sehingga hari ini sebanyak 165ribu. Wow sangat kagum dalam masa sebulan sahaja video ini dilancarkan dah boleh cecah view yang banyak satu perkembangan yang bagus untuk artis baharu macam Meer Nash ni.



Sikit tentang lagu ini ia dikatakan ada campuran beberapa elemen daripada filem seram KKN, rap, dan puisi kanak-kanak. Juga turut diketengahkan juga dengan tarian Korea bagi melepaskan kemarahan dalam lagu ini. Kalau korang nak tahu bagaimana bunyi dan rentaknya boleh tonton video muzik rasmi beliau.



Bagi Maha, Meer Nash boleh pergi jauh dalam industri kerana bukan sahaja ada bakat menyanyi dan menari malah juga menghasilkan lagu sendiri. Harap bakat ini tidak dipersia-siakan dan dapat diteruskan lagi sehingga sampai berjaya kalau tak dalam negara mungkin luar negara. Rezeki kita tidak tahu itu semua perancangan Yang Esa. Single KAJIMA boleh didengari di semua digital platform seperti Sportify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan Youtube Music. Juga nak tonton muzik video dan lirik penuh lagu KAJIMA boleh klik di sini.








0 Pandangan: