Android OS,

Kelebihan LUMOS FLOAT Projektor 360 Untuk Pengalaman Home Theatre Di Rumah

Rabu, Disember 10, 2025 Mahamahu 0 Comments

Dalam dunia hiburan moden hari ini, kebanyakan pengguna mahukan peranti yang bukan sahaja menawarkan visual yang memukau, tetapi juga serba fleksibel serta mudah digunakan. Di sinilah hadirnya LUMOS FLOAT. Ia sebuah projektor generasi baharu yang direka untuk memberikan pengalaman menonton lebih hebat, unik dan versatil di rumah.



Gabungan teknologi inovatif dan ciri-ciri pintar, projektor ini mampu mengubah suasana ruang tamu, bilik tidur, malah ruang pejabat menjadi pusat hiburan yang menakjubkan. Berikut adalah ulasan lengkap mengenai kelebihan utama projektor ini dan mengapa ia semakin mendapat tempat di hati pengguna Malaysia.

1. Projektor 360 Darjah Pertama Di Pasaran





Salah satu kelebihan paling menonjol LUMOS FLOAT ialah ia merupakan projektor 360 darjah pertama seumpamanya. Ini bermakna kepala projektor boleh dipusingkan sepenuhnya ke mana-mana arah tanpa mengubah kedudukan asasnya. Keupayaan ini membolehkan pengguna memancarkan visual ke dinding hadapan, atau terus ke siling untuk pengalaman menonton sambil baring. Fleksibiliti 360 darjah ini menjadikannya lebih praktikal untuk rumah kecil, bilik sempit atau ruang yang mempunyai susun atur tidak sekata.

2. Boleh Digantung dengan SkyTrack – Rekaan Jimat Ruang Dan Lebih Kemas





Selain boleh diletakkan di atas meja atau tripod, LUMOS FLOAT juga menyokong sistem gantungan SkyTrack. Reka bentuk kompak FLOAT (750g) projektor ini boleh digantung terus ke dinding dengan menggunakan cangkuk 3M. Sekali gus menjimatkan ruang lantai atau meja. Rekaan bergantung ini bukan sahaja kelihatan moden, malah memudahkan pengguna mengawal arah pancaran tanpa perlu mengalihkan kedudukan projektor. Ia juga membantu mengurangkan kekacauan wayar dan menjadikan suasana bilik lebih kemas serta minimalis.

3. Pengalaman Skrin Lebar Sehingga 150 Inci




Tidak semua projektor mampu memberikan visual bersaiz besar dengan kualiti yang konsisten, namun LUMOS FLOAT menawarkan paparan sehingga 150 inci. Saiz skrin sebesar ini memberikan pengalaman menonton seperti berada dalam pawagam, menjadikan filem aksi, drama bersiri, animasi lebih seronok ditonton. Hanya memerlukan jarak kecil 1.5m anda boleh menikmati suasana home theatre sebenar hanya dengan mematikan lampu, memasang projektor dan biarkan visual memenuhi ruang dinding.

4. Resolusi Visual yang Hebat Dan Jelas




Kekuatan LUMOS FLOAT bukan hanya pada saiz, tetapi juga kualiti resolusinya yang hebat. Visual dengan resolusi sokongan 1080p dipancarkan kelihatan terang, jelas dan penuh perincian, menjadikan setiap tontonan lebih hidup. Sama ada menonton anime yang berwarna-warni atau dokumentari alam, projektor ini mampu memberikan pengalaman visual  225% lebih jelas daripada projektor standard lain. Warna kelihatan lebih kaya, kontras lebih seimbang dan imej lebih stabil dengan 3,000 Lumen Terang.

5. Dilengkapi Netflix, YouTube, Wi-Fi, Bluetooth Dan Android OS




LUMOS FLOAT hadir sebagai peranti all-in-one yang sudah dilengkapi aplikasi popular seperti Netflix dan YouTube. Sistem Android OS terbina dalam memudahkan pengguna memuat turun aplikasi tambahan dari Play Store dan terus menonton tanpa memerlukan peranti tambahan atau laptop. Dengan sambungan Wi-Fi dan Bluetooth, anda boleh menghubungkan speaker mudah alih atau peranti lain bagi pengalaman menonton lebih peribadi dan selesa.

6. Wireless Mirror Casting Kongsikan Paparan dengan Mudah




Ciri Wireless Mirror Casting memudahkan pengguna berkongsi paparan telefon pintar, tablet atau komputer ke projektor tanpa menggunakan kabel. Ini sangat ideal untuk menonton video Instagram, TikTok, dan Spotify. Juga melakukan pembentangan kerja, sesi gaming mudah alih, atau melihat album gambar keluarga pada skrin besar. Segalanya menjadi lebih cepat, mudah dan bebas kabel.

7. Sistem Dua Speaker untuk Bunyi Lebih Mantap




Bukan visual sahaja dititikberatkan, LUMOS FLOAT turut hadir dengan sistem dua speaker terbina dalam. Audio yang dihasilkan bunyi lebih jelas, kuat dan seimbang – cukup untuk memenuhi ruang bilik sederhana tanpa memerlukan speaker tambahan. Bass yang lebih dalam dan vokal yang lebih terang menjadikan pengalaman menonton lebih imersif, terutama ketika menonton filem aksi atau konsert muzik.

8. Jenama Dipercayai di Malaysia


Akhir sekali, LUMOS bukan lagi nama asing dalam dunia projektor rumah. Jenama ini semakin dipercayai pengguna di Malaysia yang memberikan rating 5 star kerana kualiti produk yang konsisten, jaminan yang kukuh serta sokongan pelanggan yang responsif. LUMOS FLOAT meneruskan reputasi ini dengan memperkenalkan teknologi yang benar-benar memberi nilai kepada pengguna.



Model Regular berharga hanya RM599 dan Smart (dengan aplikasi) pada RM649, disertakan dengan waranti tempatan 1 tahun. Tersedia dalam 3 warna pilihan iaitu Emas, Perak, atau Merah Jambu. LUMOS FLOAT Projektor 360 ialah pilihan terbaik bagi sesiapa yang mahukan pengalaman hiburan lengkap dalam satu peranti. Dengan rekaan 360 darjah, fungsi pintar, visual berkualiti premium dan fleksibiliti pemasangan, ia benar-benar memberikan transformasi hiburan rumah kepada tahap yang lebih moden dan mengagumkan.

Boleh dapatkan terus secara atas talian laman web LUMOS Malaysia: http://www.lumosprojector.my/float atau juga di laman beli belah popular iaitu Shopee: https://shopee.com.my/lumosprojectormyofficialstore







0 Pandangan: