Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Tahun Baru Cina. Papar semua catatan

Ayam Oren Rasa Manis Dan Pedas Terbaharu Di The Chicken Rice Shop

Rakyat Malaysia menyambut Tahun Baru Cina dengan upacara Makan Besar dan perjumpaan keluarga. The Chicken Rice Shop (TCRS) mengambil peluang sempena musim istimewa ini dengan memperkenalkan hidangan baharu untuk menghangatkan lagi suasana perayaan. Rangkaian restoran Halal tempatan ini mencipta Ayam Oren yang tersendiri, menggabungkan rasa nostalgia Tahun Baru Cina dengan sentuhan perisa Malaysia yang menggamit selera.


FC Barcelona meraikan Tahun Arnab

FC Barcelona terus menyemarakkan sambutan Tahun Baru Cina 2023 dengan meraikan Tahun Arnab. Dengan tema permulaan baharu, Barça merayakannya dengan pelbagai hiburan secara langsung serta aktiviti menarik pada hari perlawanan di Spotify Camp Nou. Menurut Presiden dan pemainnya, kerjasama itu melibatkan kolaborasi bersama komuniti berbangsa Cina, pereka fesyen, artis visual dan pemengaruh khas untuk peminat di Malaysia.


THE ALLEY Melancarkan 'Prosperous Deer Giveaway' Untuk Tahun Baru Cina

The Alley Malaysia hari ini mengumumkan "Prosperous Deer Giveaway" untuk Kempen Tahun Baharu Cina Ang Pao untuk rakyat Malaysia. Peminat Alley boleh berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM388, RM288 atau minuman percuma selama sebulan.


Gandakan Ong Tahun Baru Cina Ini Dengan Peraduan Hari-HariMau Ong Nestle

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi dan dirindui. Tak lama sahaja lagi kita rakyat Malaysia yang berbilang kaum ni akan menyambut salah satu perayaan besar iaitu Tahun Baru Cina. Sambil menyambut perayaan dan bercuti tu korang juga boleh menang hadiah-hadiah menarik. Korang beli dan nikmati produk Nestlé Sedia-Untuk-Diminum dan raih peluang memenangi Tin Emas edisi terhad bersaiz hidup yang bernilai RM40,000 setiap satu!


Promosi Tahun Baru Cina Di Restoran Chinese Tung Yuen Mardhiyyah Hotel & Suite Shah Alam

Tahun Baru Cina 2022 adalah masa untuk keluarga meraikan kemakmuran dan persaudaraan. Ia adalah masa apabila makanan lazat dihidangkan dengan banyaknya. Selaras dengan itu, Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam (MHS) menyambut Tahun Harimau dengan menu Halal seperti Auspicious Yee Sang Menu, Pre Chinese New Year Appreciation Menu, Chinese New Year Eve Dinner Menu dan Chinese New Year Prosperity Menu. Menu yang disediakan oleh chef khusus masakan Cina yang diketuai oleh Chef Patrick Ng.


Hotel Marriott Putrajaya Menggandakan Sambutan Tahun Baru Cina Dengan Yee Sang Dan Fatt Choy Feast

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan yang dikasihi dan dirindui sekalian. Tahun baru kita dah masuk penuh dengan azam baru. Juga tak lama lagi dalam kurang sebulan kita akan sambut pula Tahun Baharu Cina. Cepat betul kalender tahun 2022 ini yer. Sekarang tengah rancaklah promosi makanan bufet tahun baru kat banyak restoran dah hotel.


Burger Warna Pink Istimewa Kat Marrybrown Dalam MB Egg-Stra Ong Meal Tahun Baru Ini

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga tidak dilupakan kepada semua rakan-rakan sekalian. Dulu pernah popular dengan roti burger warna hitam atau arang. Kemudian ada juga yang warna-warna. Tapi sekarang tahun ni popular pulak burger dengan roti warna merah jambu. Wakakakaka bukan khas untuk orang perempuan tau tapi semua golongan boleh nikmatinya.


Dapatkan KitKat Gold Untuk Menceriakan Tahun Baru

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga tidak lupa kepada semua rakan-rakan sekalian. Setip kali tiba ahun baru kita akan menyambutnya dengan penuh rasa girang gembira sambil mengharapkan agar tahun berikut akan menjadi lebih baik berbanding sebelumnya. Tahun lepas kita bergelut dengan Covid-19 harap tahun ini membawa lebih banyak kebaikan dan kesejahteraan kepada seluruh alam.


Abang dan Kakak Domino Berkeliaran Di Stesen Sentral Dan TBS

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Semangat Tahun Baru Cina terus diraikan apabila pasukan Domino menyebarkan rasa bersemangat dengan mengedarkan pizza di KTM KL Sentral dan Terminal Bersepadu Selatan (TBS), merawat rasa lapar sepanjang perjalanan yang menyenangkan ketika mereka kembali ke kampung halaman masing-masing. 

Terbaru Dari Marrybrown 'Fortune Burger' Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha suka pergi makan kat Marrybrown ini sebab apa kerana mereka sentiasa membawa pembaharuan dalam menu-menu mereka apabila tiba musim perayaan. Macam sekarang ini untuk Tahun Baru Cina yang tak lama lagi ni mereka memperkenalkan 'Fortune Burger'.

Sambut Tahun Baru Cina Raikan Dengan FORTUNE FEST Di Tony Roma's

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Welcome Back itu yang paling sesuai untuk dilafazkan bila setiap tahun kita di Malaysia akan menunggu masa untuk meraikan sambutan Tahun Baru Cina. Itu lah bestnya jadi rakyat Malaysia kerana semua perayaan kita raikan dengan aman dan makmur. 

Setkan Perjumpaan Tahun Baru Cina Di UTARA Hotel Armada Petaling Jaya

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ini lah masanya nak bersama keluarga dan juga sanak-saudara yang jauh untuk makan beramai-ramai sempena dengan Tahun Baru Cina. Almaklumlah waktu tu semua orang cuti jadi semua boleh jumpa bersama dan makan buffet yang ada di UTARA Hotel Armada Petaling Jaya. Jangan risau kerana kafe ini ada sijil Halal JAKIM dan makan lah tanpa was-was.

Hanya RM60 Sahaja Untuk Bufet Makan Malam Sempena Tahun Baru Cina Di SDCC

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Walaupun masih tahun 2019 tapi promosi untuk Tahun Baru Cina sekarang tengah rancak tambah-tambah lagi dari China Treasures Restaurant di Sime Darby Convention Centre. Mana tidaknya bermula November tahun ni mereka dah tawarkan harga untuk bufet makan malam Tahun Baru Cina serendah RM60 untuk seorang.

Beauty of Togetherness Di Dolly Dim Sum Sempena Tahun Baru Cina

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekaian. Tahun Baru Cina yang akan tiba tak lama lagi sama-sama kita meraikan "Beauty of Togetherness". Dalam kehidupan moden dengan jadual yang sibuk, tiada apa yang membawa kita lebih banyak kegembiraan daripada masa bersama kawan-kawan dan keluarga untuk makanan yang lazat.

Tahun Baru Cina Yang Penuh Berlimpah Mekar Di Hilton Petaling Jaya

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tak lama dah kita nak sambut Tahun Baru Cina sangat cepat masa berlalu. Kali ni kita makan hidangan tahun baru ni di Hilton Petaling Jaya dengan bertemakan 'Year of Blooming Abundance'. Maha hari tu sempat menikmati hidangan makan tahun baru yang lain daripada lain dan sangat mengguiurkan.

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MYDIN dan SJ Echo Meraikan Kepelbagaian Bangsa Malaysia

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Baru-baru ini 9 Mac MYDIN telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MYDIN Bersama SJ Echo. Korang ada nampak Maha asyik update kat Facebook dan Instagram tentang majlis ni dan nak cerita lebih lanjut kat blog ni.


Majlis telah berlangsung dengan meriahnya di MYDIN Mall USJ Subang Jaya bermula dari pukul 6.00 petang hingga 11.00 malam. Ribuan rakyat Malaysia ada kat sana tak lepas peluanglah untuk sama-sama menjadi rakyat Malaysia yang cinta akan keamanan negara berbilang kaum ini. Tahun ini adalah sambutan ke 6 MYDIN meraikan Tahun Baru Cina. 




Petang tu masa Maha sampai ada pentas utama yang menyajikan perembahan tarian tradisional masyarakat Cina di Malaysia. Seronok tengok persembahan tarian dan lihat gelagat orang Malaysia yang pelbagai kaum ada kat sana.



Malam tu acara bermula dengan pembakaran mercun kalau Tahun Baru Cina tak sah tak ada mercun memang meriah sangat. Lepas tu disambut dengan persembahan Tarian Singa yang memukau dan menarik minat pengunjung. 


Habis jer persembahan Tarian Singa wajib ada acara utama iaitu menggaul Yee Sang yang menjadi kepercayaan masyarakat cina, ianya melambangkan kemewahan dan mampu melanjut usia seseorang. Maha suka makan Yee Sang ni sebab ada macam-macam rasa dalam tu sayur dan juga keropok.



Paling semua orang nantikan adalah acara makan yang mana pelbagai menu yang disediakan oleh vendor makanan menyajikan hidangan percuma. Di antara menu yang ada untuk semua tetamu adalah Yong Tau Foo, Char Kue Tiau, Dim Sum, Bihun Goreng, Nasi Goreng, Maggi Goreng, Laksa, Ayam Barbeku, Bubur Cha Cha dan pelbagi jenis minuman.



Memang siapa yang ada pada majlis tu tak balik perut kosong semua kenyang makanan memang banyak. Tidak lupa juga 20 orang warga emas daripada Rumah Victory Puchong turut diraikan dalam sambutan hari terebut. Dalam kita bergembira mereka yang kurang berupaya juga harus kita ingat sama bagi mereka turut rasa seronok dan gembira.



Belah malam tu juga selain acara makan-makan ada persembahan daripada artis popular yang juga pemenang Anugerah Industri Muzik (AIM) 2016 kategori artis Wanita Cina Terbaik iaitu Angeline Wong. Beliau menyampaikan beberapa buah lagu raya kepada semua tetamu tengok adik-adik paling suka sambil menyanyi mereka turut menari.


Sepertimana tahun-tahun sebelumnya aktiviti cabutan bertuah untuk pelanggan MYDIN tidak ketinggalan dan menjadi acara kemuncak pada malam tersebut. Setiap pelanggan yang membelanjakan RM88 di Pasaraya Besar MYDIN USJ dan semua kedai-kedia dalam mall tersebut layak menyertai cabutan pada malam itu.


Hadiah paling besar yang Maha nampak adalah Smart TV tak silap 50' kot memang bertuah siapa yang dapat. Untung siapa yang datang pada majlis tersebut dan harap tahun depan akan ada lagi bagi meraikan kepelbagaian rakyat Malaysia dan pelanggan utama MYDIN. Moga MYDIN terus maju jaya dan menjadi pasaraya utama pilihan seluruh rakyat Malaysia.







Carian Rakyat Malaysia Di Shopee Meningkat Menjelang Perayaan Tahun Baru Cina

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina dan semua orang sibuk bercuti sekarang. Walaupun cuti agak panjang pada hujung minggu ini tidak memutuskan semangat untuk membeli belah di saat akhir.


Shopee platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh akhir nak beraya ni. Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan akhir sempena Tahun Baharu Cina ini.


Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif penghantaran percuma ke seluruh Malaysia dan komisyen sifar. Carian paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 adalah bagi kategori Pakaian Wanita, Mobil & Gajet, Permainan, Kanak-kanak & Bayi, Kasut Wanita dan Beg Wanita.

Manakala carian tertinggi menggunakan kata kunci pula adalah Blaus, Jeans, Gaun Panjang, Gaun Pendek, Cheongsam, iPhone, Samsung,Jam Pintar, Xiaomi, Pakaian Budak Perempuan, Pakaian Budak Lelaki, Pakaian Bayi, Tommee Tippee, Kasut, Kasut Sukan, Kasut Jenis Wedges, Sandal, Beg Sangkut, Beg, Dompet dan Beg Galas.

Itu baru senarai carian sangat banyak dan memang orang Malaysia ni suka membuat servay dan ini sangat bagus. Tapi kalau korang tengok pula senarai pembelian paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang musim perayaan ini juga sangat banyak.

Mengikut Kategori
Kasut Wanita, Permainan, Kanak-kanak & Bayi, Perhiasan Rumah, Kesihatan & Kecantikan, Runcit & Haiwan Peliharaan.

Mengikut Produk Paling Popular Terjual
Kasut Terbuka, Set Pakaian Bayi, Set Hadiah Tupperware, Set Solekan Mata Tahun Baharu Cina dan KitKat Edisi Khas. 


Jadi nikmati potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari. Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini. Tambahan lagi, pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888.


Seterusnya, Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play sekarang juga untuk nikmati semua ini. Layari www.shopee.com.my untuk maklumat lanjut.






Menikmati Kemakmuran Di Bufet Tahun Baru Cina Di Armada Hotel Petaling Jaya



Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari ni kita dah masuk pertengah bulan Jan tahun baru begitu cepat masa berlalu. Bulan Feb kita akan sambut pula Tahun Baru Cina. Hotel-hotel dan restoran mula sibuk membuat persiapan untuk bufet tahun baru yang akan datang. Kali ini jom kita merasai bufet makan malam di Utara Coffee House sebagai pelbagai hidangan istimewa Tahun Baru Cina akan ditawarkan untuk memuaskan sebarang keinginan perayaan.


Bufet di sini akan bermula dari 1 Februari hingga 2 Mac 2018, barisan bufet akan memaparkan pelbagai hidangan ‘Good Luck’ untuk Majlis Makan Malam Buffet Reuni Tahun Baru Cina seperti Ketam Goreng dengan Sos BBQ, Ayam Panggang dengan Halia dan Scallion, Tong Kwai Itik panggang dengan Sos Plum, Ikan goreng dengan Cendawan Jamur Hitam, dan Udang Goreng dengan Telur Masin York untuk menamakan beberapa. Makan Malam Buffet Reunion Tahun Baru Cina berharga RM88 + seorang dewasa, RM62 + untuk warga emas dan RM44 + setiap anak. 

Sebelum hari perayaan sebenar, memulakan tahun baru yang makmur dengan menaikkan penyepit dan Loh Hei untuk meningkatkan nasib dan kemakmuran dengan Pilihan Yee Sang yang menarik. Kat sini ada pelbagai jenis set Yee Sang seperti Yee Sang Marinated Scallops (versi Jepun), King Salmon Yee Sang, Udang Harimau dan Kerang Yee Sang dan Fruitti Veggie Yee Sang (vegetarian). Manakala harga pula bermula dari RM78 + satu bahagian.

Bagi tetamu yang lebih menyukai persekitaran yang lebih privercy, nikmati menu set eksklusif mereka yang disediakan oleh Chef Eksekutif, Chew Teik Chye dan pasukannya. Terdapat 3 set menu yang melambangkan Kemakmuran sesuai untuk minimum 10 pax seperti untuk keluarga, rakan atau rakan perniagaan. 


The Blissful Abundance Set Menu berharga RM1188 +, terdiri daripada Yee Sang dengan Crustacean Coral Oyster, Braised Seafood Broth dengan Roes & Crabmeat Ikan, Deepfried Garoupa dengan Bawang dan Ginger Gravy, Udang Goreng Wajan dengan Mentega Oatmeal, Cendawan Braised dengan Mustard Plant Sos Fatt Choy, Nasi Goreng Kemakmuran dengan Makanan Laut Daging, Krim Kacang Merah Sweet dengan Salju Sago dan Daging Ikan Emas.

Menu Set Kejayaan yang Everlasting yang bernilai RM1288 + juga terdiri daripada hidangan seperti Yee Sang dengan Soft Shell Crab, Konsumen Ayam Herbal dengan Scallop Flakes, Ayam Panggang dengan Sos Raisin Barbeque, Muara Gulai Steamed Steamed di Abalone dan Kulat Hitam, Udang Harimau Tossed dengan Buttered Coconut Flakes, Sayuran Campuran Braised dengan Beancurd, 'Hunan' Gaya Yong Chow Nasi Goreng di Lotus Leaf, Kelapa Laut Rebus Double dengan Kulat Putih dan Duet of Golden Pei Golden Fancy Fancy. 

Menu Set Bountiful Treasures berharga RM1388 +. Tetamu boleh mencuba hidangan seperti Yee Sang dengan Salmon, Delapan Sup Esut Es, Kanton Gaya Kanton dengan Sau Plum Saus, Garuupa Kunyit dengan Superior Halia dan Scallion, Fried Buttered Udang dengan Sesame Goma, Cendawan Braised dengan Timun Laut, Nasi Goreng dengan Ayam Asap, Tradisional Sweet Longan yang kering dengan Leng Chee Pak Hup dan Admiral Fancy Duet.





 

Resipi Special Tahun Baharu Cina Kuih Bakul Tradisional Dari Dapur Mahamahu

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Belum lambat lagi Maha nak ucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua rakan-rakan blogger, juga kepada pelanggan-pelanggan Maha yang telah menggunakan khidmat Maha di blog. Ramai yang berbangsa Cina moga tahun ayam ni lebih membawa keuntungan dan kebahagiaan dalam hidup dan business.


Maha pun harap tahun ni akan lebih dimurahkan rezeki dan boleh berkongsi dengan kawan-kawan dan juga pembaca kat luar sana. Tapi sebelum ni Maha nak belajar satu resipi istimewa dalam perayaan tahun baru ni. Resipi ni sebenarnya Maha belajar daripada jiran rumah yang berbangsa cina. Maha sempat pergi beraya rumah dia dan juga dia bagi resepi nak buat Kuih Bakul ni.


Rupanya tak susah pun bahan-bahan nak baut Kuih Bakul ni. Cuma menurut cerita jiran Maha tu orang dulu-dulu buat kuih bakul tu daripada proses mengisar beras pulut menjadi tepung sehingga memasak dalam bekas kukus yang lama dulu. Sebab tu masa yang diambil untuk mengukuk kuih ini sangat lama yer iaitu lebih 10 jam.

Tak apa kita tengok dulu bahan-bahan membuat Kuih Bakul.

100gram Tepung Pulut
150gram Gula Putih
100ml Air
Daun Pisang

Tengok sendiri berapa sikitnya bahan-bahan nak baut kuih ni tapi rasanya sangat unik kalau kita orang Melayu ni lebih kurang macam rasa dodol lah liat-liat dan manis. Korang tonton lak cara yang Maha sediakan dalam video di bawah bagaimana nak buat kuih ni sampai habis ok.


Mudah bukan nak buat sebenarnya, nak lipat daun pisang tu pun jiran Maha yang ajar cara lebih senang. Mungkin kerana tempoh nak masak yang lama tu buatkan orang sekarang kurang masak sendiri dan ramai beli yang dah siap. Macam kita Melayu juga kuih raya dan banyak kat luar dan ketupat pun dah ada yang segera jadi kenapa nak susah-susah nak buat rasa pun sama jer hehehe.


Tapi sebenarnya bukan rasa atau rupa yang jadi ukuran ia adalah seni dan kebudayaan yang kita warisi daripada nenek moyang yang harus dikekalkan. Selain itu ia sebenarnya mengeratkan hubungan keluarga kalau kita buat kuih perayaan ni beramai-ramai berkumpul betul tak. Jadi kita generasi yang muda ni kena kekalkan semua ini. Terima kasih kepada Untie Min kerana sudi mengajar Maha buat Kuih bakul ni korang leh cuba kat rumah ok. Selamat mencuba semu.






Sushi King Sediakan Yee Sang Dan Sushi Special Sempena Tahun Baru Cina

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dah tak lama jer lagi nak meraikan kemeriahan Tahun Baru Cina 2017. Pastinya kita kat Malaysia meraikan semua sambutan ini tanpa mengira kaum. Begitu juga di Sushi King seluruh Malaysia menyediakan hidangna special bagi meraikan tahun Ayam Emas kali ini.



Maha ni memang suka makan Sushi jadi kali ni lain sikit yang dapat Maha makan kat sini iatu Prosperity Yee Sang yang boleh dinikmati 4-6 orang. Jadi kalau datang ramai-ramai satu keluarga atau dengan kawan-kawan office boleh order special menu ini. Terhad untuk sambutan Tahun Baru Cina sahaja iaitu sehingga 28 Februari 2017 tau.

Prosperity Yee Sang dengan Wasabi Mix Sauce dan Tangy Plum Sauce


Yee Sang kali ini istimewa sikit sebab banyak menampilkan daging Ikan Salmon daripada perairan Norway. Juga datang dengan dua sos istimewa iaitu Wasabi Mix Sauce dan juga Tangy Plum Sauce. Dalam Yee Sang ni macam biasa sayur-sayuran segar juga keriuk-keriuk yang merangupkan setiap hidangan.


Kalau dah nama Sushi King tak sah kalau tak ada sushi istimewa sempena tahun baru kali ini. Mereka menampilkan Spicy Salmon Teriyaki Sushi, Salmon Teriyaki Sushi dan Fried Salmon Sushi. Jadi semua konsep kali ni mesti salmon terbaik, semua ni kegemaran Maha. 

Spicy Salmon Teriyaki Sushi

Salmon Teriyaki Sushi

Fried Salmon Sushi

Tapi kalau nak cuba yang lagi best kena try hidangan nasi mereka kali ni pun lain dari yang lain. Ada Salmon Don, Ontama Salmon Don, Seafood Bento dan CNY Bento. Semua ni hidangan nasi yang pasti akan memberi kekenyangan pada korang, Maha paling suka mestilah yang ada salmon hehehe. Rugi sapa yang tak makan ikan salmon ni memang melepas promosi kali ni.

Salmon Don

CNY Bento

Ontama Salmon Don

Seafood Bento

Sushi King tak akan membiarkan korang pulang dengan tangan kosong setelah puas makan. Mereka  menggandakan lagi kegembiraan dan kemakmuran semua pelanggan yang membelanjakan RM68 dan ke atas dalam satu resit.


Korang layak menerima satu set eksklusif Sushi King Daruma Ang Pow dan juga berpeluang untuk memenangi percutian yang ditanggung sepenuhnya ke Tokyo. Jadi tunggu apa lagi jom serbu Sushi King sekarang juga.

Maklumat lanjut dan promosi layari :

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5