Marrybrown Mengubah Definisi Ayam Rangup Pedas Dengan ‘Ayam Epik’ Yang Lazat
Marrybrown, Restoran Perkhidmatan Pantas Halal (QSR) tempatan yang terbesar di Malaysia, menyajikan Ayam Epik untuk cita rasa rakyat Malaysia. Ayam Epik, iaitu ayam rangup pedas diilhamkan dari hidangan mamak yang digemari dan diperap dengan adunan rempah ratus beraroma asli, antaranya lada, serbuk kari, jintan manis, ketumbar, bawang merah, bawang putih dan banyak lagi. Setiap suapan menyajikan kemewahan dan keaslian rasa tempatan yang lazat!

