Ayam Oren,

Ayam Oren Rasa Manis Dan Pedas Terbaharu Di The Chicken Rice Shop

Jumaat, Februari 07, 2025 Mahamahu 0 Comments

Rakyat Malaysia menyambut Tahun Baru Cina dengan upacara Makan Besar dan perjumpaan keluarga. The Chicken Rice Shop (TCRS) mengambil peluang sempena musim istimewa ini dengan memperkenalkan hidangan baharu untuk menghangatkan lagi suasana perayaan. Rangkaian restoran Halal tempatan ini mencipta Ayam Oren yang tersendiri, menggabungkan rasa nostalgia Tahun Baru Cina dengan sentuhan perisa Malaysia yang menggamit selera.



Tersedia di seluruh negara hingga 23 Februari 2025. Tawaran masa terhad ini mengubah hidangan klasik masakan Cina yang digemari ramai menjadi sajian yang disempurnakan dengan kemanisan buah oren dan kehangatan rasa pedas. Setiap ketul ayam disalut dengan sos yang dibuat daripada oren dan halia, kemudian biji bijan panggang ditaburkan di atasnya untuk kerangupan yang menggiurkan lalu terciptanya hidangan yang menghormati tradisi sambil merangkul inovasi.




Korang boleh menikmati pelbagai set perayaan yang sesuai untuk setiap permintaan. Bermula pada RM21.90, menu à la membolehkan anda merasai kelazatan Ayam Oren. Bagi korang yang mahu mendapatkan hidangan set, Set Ong-ly Me sesuai untuk pengunjung solo, manakala Set Ong You & Me sesuai untuk pasangan yang ingin berkongsi kegembiraan dan kemakmuran. Mereka yang ingin menjamu selera bersama keluarga atau sahabat boleh memilih Set Ong Like Us yang mampu memenuhi selera hingga empat orang dengan portion yang banyak, sesuai untuk perhimpunan perayaan.



Oren merupakan simbol kemakmuran dan nasib yang baik untuk Tahun Baru Cina,” kata Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd.

Kami mahu mengubah buah bertuah ini menjadi hidangan kontemporari yang merangkul tradisi dan inovasi. ‘Ayam Oren’ kami melambangkan keseimbangan yang sempurna - kemanisan kemakmuran digabungkan dengan rasa pedas yang menggambarkan peluang yang menanti pada tahun baru yang akan datang.”



Melengkapkan hidangan ‘Ayam Oren’, TCRS memperkenalkan minuman Ong-ren Bliss - minuman menyegarkan yang mengimbangi rasa manis dan pedas hidangan istimewa itu. Set ‘Ayam Oren’ kini boleh didapati di semua cawangan TCRS di seluruh negara. 



Untuk makluamt lanjut tentang promosi istimewa Tahun Baru Cina ini dan promosi lain, sila layari www.thechickenriceshop.com atau ikuti halaman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/.






 

0 Pandangan: