Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Product Kecantikan. Papar semua catatan

Lelaki Kalau Ada Masalah Kulit Muka Boleh Ambil Crystal Skin

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada kawan-kawan yang diingati dan dirindui selalu. Rindu masa bersama dengan kawan-kawan berlibur macam dulu kala. Masa tu lah nak hilang tekanan dan juga dapat habis masa merehatkan minda. Walaupun dalam masa sama tetap kena 'Body Shaming' dengan mereka tapi aggap itu hanya gurauan. Hidup kalau tak ada gurauan tak seronok dan meriah. Tapi kadang-kadang berpada-pada jugalah, yang dah kenal lama tu ok kalau baru sahaja sehari kenal dah nak body shaming sentap juga.


Wangian Baru Avon Kombinasi Alam Dan Sinar Cahaya Kehidupan

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. AVON satu jenama yang tidak asing lagi di Malaysia dan begitu sinonim dalam produk kecantikan dan juga wangian ini. Maha adalah salah seorang pengguna minyak wangi mereka. Haruman pelbagai-sensori ini menghidupkan personaliti penuh keriangan dan kegembiraan buat semua yang berada disekeliling korang.

Kenapa Lelaki Perlu Mengayakan Rambut Apabila Keluar Kadang-Kadang Lebih Dari Perempuan

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sebagai seorang lelaki kadang-kadang confuse juga nak menggayakan rambut nampak lebih hebat dan berketrampilan. Korang rasa Maha sesuai buat gaya macam mana rambut skema, rambut pacak, atau rambut kelihatan 'edgy'.


Nak gayakan rambut kena ada produk penggayaan rambut terbaik yang memudahkan kita membuat style rambut dan memastikan gaya tersebut kekal sepanjang hari. Sekarang Maha dah jumpa jenama penggayaan rambut yang sesuai dengan rambut Maha yang lembut dan jarang ini.


Hari-hari kalau korang tengok gaya rambut Maha tu menggunakan produk ELITE On The Go Hair Wax! Rangkaian ELITE Hair Wax dengan formulasi mudah bilas dan mudah digayakan ini hanya memerlukan penggunaan minimum bagi menghasilkan kesan maksimum pada rambut. Maksudnya hanya secalit sahaja sudah cukup menbentuk rambut seperti mana yang kita hendaki.


Tambah sekarang kat mana-mana lelaki mesti nak betulkan rambut walaupun sikit. Jadi dengan pek mudah guna ELITE On The Go baharu ini, kat mana-mana korang boleh tampil bergaya walaupun baru lepas menunggang motorsikal. Sangat flexible dan saiz yang sesuai untuk dibawa kemana-mana hanya seberat 30gram sahaja boleh masuk poket.


Tu yang Maha suka jenama ini lagi syok meraka ada keluarkan 5 variasi untuk memudahkan lelaki menggayakan rambut. Dalam bekas warna yang menarik pasti ia melambangkan idetiti lelaki yang menggayakannya. 

1) Spiky Web mencipta gaya lawan graviti yang sentiasa terpacak! Awas: Jejaka yang inginkan sesuatu yang lebih buat dirinya akan menjumpai segalanya dalam bekas merah jambu neon ini.


2) Wavy Loose menjadikan segalanya santai dan mudah untuk jejaka yang tampil bersahaja. Hanya bekas biru ini yang anda perlukan untuk tampil menawan tanpa tekanan!


3)  Shiny Wet melangkau lebih berbatu dari yang biasa. Calit pada bekas hijau ini dan gayakan rambut agar kelihatan lebih bersinar, bertekstur dengan hasil yang menakjubkan.


4) Airy Wild hadir dalam wana jingga terang memberikan rasa ringan, bebas dengan jumlah yang mencukupi untuk melepaskan sisi liar anda!

5) Rugged Matte untuk si jejaka yang berbahaya. Bekas kelabu gelap ini mampu menyembunyikan rahsia anda. Tampil lebih serius dengan kurang kilat membuatkan anda kelihatan benar-benar bahaya.

Jadi mana satu pilihan hati korang dan gaya rambut yang korang mahukan. Semua produk ini boleh didapati di cawangan runcit utama, pasar raya besar dan farmasi terkemuka. Terdapat 2 saiz untuk semua variasi ini iaitu 68gram dengan harga RM17.10 dan juga saiz On The Go harga RM5.90 sahaja mampu milik. Boleh tukar sekarang dan gaya rambut lebih yakin dengan produk ELITE.






Lelaki Yang Mencari Kesempurnaan Penampilan Memerlukan Mika Series

Lelaki Yang Mencari Kesempurnaan Penampilan Memerlukan Mika Series - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Maha sebelum ni menjaga juga penampilan pada wajah dan kulit agar sentiada nampak sihat dan baik. Bukan jaga kecantikan atau keputihan macam sesetengah produk yang ada di pasaran. Bagi Maha cukup sekadar produk yang simple tapi melengkapi keperluan yang boleh di miliki.


Sebab tu Maha mencuba produk MIKA Series ini bukan terpengaruh dengan pengasasnya tau tapi memang nak mencari yang sesuai untuk lelaki. Mesti ramai tanya sapa pengasas produk ini, beliau adalah seorang pelakon dan personaliti tv iaitu Zoey Rahman. Mesti ramai orang nak jadi macam dia tampil wajah lebih sihat dan segar jadi Maha pun nak macam tu tak adalah untuk putih macam beliau hehehehe.


Paling Maha nak cari sangat adalah produk yang dapat menghilangkan Blackheads atau orang kita panggil bintik hitam. Selalunya ada di kawasan hidung atau T zone di muka. Lecehlah kalau nak picit hari2 nanti luka pula muka tu. Jadi kalau guna produk MIKA Black Mask Cool Max ini dapat menanggalkan semua bintik hitam atau putih pada wajah dengan lembut dan sempurna. Maha dan pakai sendiri dan rasai ia hanya cecair yang di letak pada wajah dan biar selama 60-90 minit dan boleh di tanggal seperti mask.


Lepas tu dapat tengok habis semua blackheads yang ada di muka tanggal satu persatu. Ia juga dapat membuka pori muka untuk memberi kelembutan pada wajah. Dapat tengok kesan dengan sekali pakai tapi jangan pakai hari tak sesuai cukup untuk seminggu sekali sahaja sebelum tido. Tu yang Maha amalkan sehingga sekarang sebab tu ramai orang jelous muka Maha yang licin dalam gambar bukan teknik kamera ok hehehehe.


Maha ni bekerja dalam office dan lebih lama terdedah kepada aircond. Jadi kadang2 bibir cepat merekah dan juga pedih. Untuk kurangkan semua tu Maha gunakan juga produk dari MIKA ni iaitu MIKA Lipz. Bukan untuk buat bibir merah macam pakai gincu tau tapi untuk mengekalkan kelebapan pada bibir bila dalam office atau waktu panas di luar. 


Ia juga boleh menghasilkan warna yang natural pada bibir bila pakai kerana ia mengikut suhu pada kulit seseorang. Jadi bibir sentiasa nampak segar dan menarik. Laki ker pompuan ker semua boleh guna Maha sendiri guna.


Bukan sahaja nak jadi penampilan luaran tapi juga dalam yang penting kata orang kan. Jadi macam mana nak jaga kesihatan dalaman. Maha telah gunakan produk dari MIKA juga iaitu MIKA Bright yang mengandungi pati Black Grape serta Acai Berry asli serta kaya dengan Collagen dari pati sarang burung yang asli. Tu korang leh baca kat kotak bungkusannya tapi memang sedap boleh terus makan, caranya koyakkan bungkusan tu dan terus makan. 


Makan sehari dua kali sebelum sarapan dan sebelum tido jadi ia dapat menjaga dalaman badan dan juga agen anti kanser. Banyak gak faedahnya kena amal setiap hari dalam satu kotak ada 30 bungkus. Maha setakat dah makan produk ni rasa senang nak buang air besar kerana ia melancarkan proses penghadaman. So luar Maha jaga dalam pun Maha jaga rasa setakat ni dah mencukupi. Kalau korang nak dapatkan juga produk ni boleh dapat secara online seperti laman di bawah. Harga pula berpatutan dan sesuai untuk semua golongan lelaki mahupun wanita. Selamat mencuba semua ok.

1) MIKA Black Mask CoolMax - RM 39.90
2) MIKA Lipz - RM 29.90
3) MIKA Bright - RM 160.00

Laman web : mikaseries.com




EPHYRA PILIHANKU PHASE 2 - Cabaran 30 Hari Bersama Ephyra

EPHYRA PILIHANKU PHASE 2 - Cabaran 30 Hari Bersama Ephyra - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sebelum ni Mahamahu telah shut cabaran untuk 30 hari menggunakan product Ephyra. Ini semua kerana SBB2014 yg telah belangsung pada bulan 3 yg lepas. Mahamahu ni pun nak cuba kalau sapa perasan entry post pertama Mahamahu pasal product Ephyra ini memang bagus, boleh baca kat sini [Klik sini]. 


So sekarang dah lebih 30 hari cabaran Ephyra Mahamahu lalui, tapi sebenarnya Mahamahu tak minum pun Ephyra ini. Bukan kerana tak percaya pada product ini sebenarnya kawan Mahamahu ini nama dia Carl, dan dia lebih memerlukan kerana dia ada masalah muka yg teruk. Selepas Mahamahu baca tentang kelebihan product Ephyra ini dan juga rawatan yg boleh di berikan, maka dengan besar hati Mahamahu rekmenkan untuk percubaan selama 30 hari product Ephyra ini kepada kawn Mahamahu.


Mahamahu nasihatkan dia sapaya amalakan minum Ephyra sekali sehari selepas sarapan pagi. Memang tak sangka sungguh mengejutkan bila dah sampai tarikh habis penggunaan product ini Mahamahu tgk sendiri perubahan yg berlaku pada wajah Carl itu. Memang cukup ketara tgk pada wajah yg sebelum ini memang ada jerawat yg banyk, tapi selepas menggunakan Ephyra ini muka kawn Mahamahu dah kurang jerawat. Memang nampak tiada jerwat baru yg tumbuh cuma kesan2 jerawat sahaja yg tinggal.


Sungguh mengkagumkan bila tgk hasil setelah sebulan menggunakan product Ephyra ini. Mahamahu rasa gembira sangat sebab dpt membantu kawn Mahamahu yg ada masalah kulit muka yg berjerawat ini. Lepas ni kata kawn tu dia akan gunakan product Ephyra ini terus untuk melihat hasil yg lebih ketara terhadap wajahnya. Tapi bukan tu saja kawan Mahamahu ckp, Ephyra ini rupanya memberi kesihatan dalam kepada dia. Menurut kawan Mahamahu selepas mengamalkan Ephyra ini dia kata badan lebih sihat dan segar selepas membuat workout di gym.


Patut lah Mahamahu tgk badan makin mantap lepas gunakan product Ephyra, betullah yg Mahamahu baca dalam media menyatakan Ephyra adalah minuman kesihatan luar dan dalam. Memang baguslah lepas ni kalau ada kawn2 ada masalah kesihatan bukan sahaja perempuan malah lelaki Mahamahu akan rekmenkan product Ephyra ini. Sebab ia adalah minuman kesihatan yg baik untuk semua golongan dan juga semua jenis masalah.


Terima kasih Mahamahu ucapkan kepad Ephyra kerana cabaran 30 hari ini sangat2 membantu kawn Mahamahu dalam mencari penyelesaian masalah muka yg di hadapi lebih 10 tahun dulu. Ephyra ini kalau kita tak cuba kita tak tahu, bila dah cuba baru tahu. Terima kasih sekali lagi kepada Ephyra kerana berkongsi product kesihatan kepada Mahamahu dan juga seluruh rakyat Malaysia amnya. Untuk Maklumat lanjut dan di mana anda nak dpatkan prodcut ini boleh layari laman informasi mereka seperti di bawah. Selamat mencuba ok.....

Informasi 
Oceanlife Marketing Sdn Bhd
73A-3, 3rd Floor, Block J, Plantinum Walk,
No 2 Jalan Langkawi, Danau Kota Setapak
53300 Kuala Lumpur
+60341417889 , +60193999238
oceanlife2u@gmail.com

https://www.facebook.com/oceanlife2u
http://www.oceanlife2u.com






EPHYRA Pilihanku

Ephyra Pilihanku - Salam sejahtera kepada pembaca blog Mahamahu dan juga kepada rakan2 sekalian. Anda lihat betul2 banner ini dan apa yg anda dpt daripada banner ini. Satu lagi product kesihatan terbaik untuk anda amalkan dalam kehidupan hari-hari.

Ephyra Pilihanku

Kini begitu banyak product kecantikan yg ada di pasaran, tapi bagaimana anda nak pastikan bahawa product itu betul2 bekesan kepada anda. Product yg berasaskan kepada bahan semulajadi dan bahan yg terbaik adalah satu perkara yg perlu ditekankan oleh pengguna agar sentiasa mendapat hasil yg terbaik. Itu yg telah di paculkan oleh product hasil keluaran Ocean Life Marketing Sdn Bhd.


Ephyra sebut sahaja kita dapat rasa ia bukanlah product biasa yg ada di pasaran sekarang. Berunsurkan bahan utama iaitu kolagen daripada ikan laut dalam yg terhidrolisis bersama 8 jenis antioksida iaitu Acai Berry, Acacia Gum, L-Glutathione, Astaxanthin, Acerolla Cherry, Tomato Powder, Extract Bunga Marigold dan Superberry. 

 

Setiap satu bahan yg di satukan ini bukan semata untuk mendapatkan adunan yg sebati tetapi ia lebih untuk mendapatkan setiap satu kebaikan yg ada dalam bahan2 itu untuk kegunaan kulit anda. Ephyra adalah satu minuman kesihatan untuk kulit luaran lebih nampak sihat muda dan lebih tegang. Selain itu juga sebenarnya bila nak dptkan kulit sihat dan lebih anjal perlu kepada kesihatan dalaman. 


Ephyra ini juga memberi kesihatan dalam kepada pengamalnya di mana salah satu bahan campuran tadi iaitu Gam Akasia adalah bahan yg mengumpun toksin dalam badan dan mengeluarkannya secara sihat dan semulajadi melalui proses penghadaman. Itu untuk pemulihan dalaman yg bergitu berkesan. Bila dalam sihat maka terpancar kecantikan dan kesihatan di luarannya.


Ini dapat di lihat bila kulit lebih kelihatan muda dan cerah berseri melalui pengurangan proses pembentukan pigmen yg membuat anda cepat kelihatan tua dari usia. Ephyra bukan sahaja membuat anda kelihatan lebih awek muda malah kandungan vitamin A dan C di dalamnya menjaga rambut, mata, gigi dan tulang anda agar sentiasa sihat dan mengawal kencing manis bagi pengidapnya.

Norman Hakim pengguna Ephyra

Wah tu baru intro tentang kebaikan yg ada dalam product Ephyra, belum lagi menyusuri setiap bahan2 yg ada tadi bersama dengan kelebihan lain. Bak kata org product Ephyra adalah product kesihatan 1001 kebaikan untuk seluruh tubuh anda. Sebab itu ia adalah product yg bagus bukan sahaja untuk wanita malah untuk lelaki juga dan ia mengekalkan keintiman tumahtangga. Lepas ini Mahamahu nak tunjuklah antara hasil dan testomoni yg telah berjaya melalui product Ephyra ini.

Ephyra Pilihanku

Mahamahu sebenarnya buat entry ini bukan untuk promosi tapi sebenarnya Mahamahu sendiri nak menggunakan product Ephyra ini. Bukan sahaja kerana bahan2 yg di guna pakai tapi kerana keberkesanan yg telah di buktikan oleh testimoni2 yg sendiri telah mengakui kehebatan product Ephyra. Mahamahu sebenarnya ada masalah tapak kaki yg merekah kerana selalu berjalan ke event2 atau majlis2 yg di undang. Maklumlah blogger ni kadang2 kena pergi tempat yg jauh dan perlu berdiri yg lama dan berjalan yg lama. 
Maka kerana masalah itu Mahamahu sendiri mahu menggunakan product Ephyra ini untuk merasai sendiri keberkesanan yg di nyatakan daripada testimoni2 lain. Mahamahu tak nak terpengaruh dengan iklan atau promosi semata2 jadi Mahamahu ingin sendiri mencuba product Ephyra ini dan menjadi salah seorang testimoni yg dapat berkongsi pemdapat dengan pengguna di luar sana. Mahamahu begitu yakin bila baca dan kaji serba sedikit tentang product Ephyra ini. Ia bukan sahaja berkesan malah selamat dan di yakini Halal untuk pengguna Islam di Malaysia.

Kalau Mahamahu ckp jer tak ada bukti tak gunakan, so kat sini Mahamahu lampirkan beberapa testimoni yg sendiri telah menggunakan product Ephyra dan merasai keberkesanannya. 

Testimoni 1
 

Testimoni 2

Yg penting sebenarnya adalah penggunaan yg kerap dan mengikut jadual yg tepat agar keberkesanan lebih cepat dan lebih berkesan kepada anda. Kalau baru guna sekali dua dah nak terus baik dan elok memang tiada product kesihatan sebegitu rupa. Tapi kedisiplinan kita dalam menggunakan product Ephyra adalah penentu kejayaan dan keberkesanannya. Selepas berjaya kita kongsi dengan kawn2 lain baru mereka juga turut percayakan.


Maka bukanlah nak nyatakan Ephyra ini bagus dan terbaik tapi sekadar berkongsi pendapat dan pengetahuan tentang product kesihatan. Tonton video youtube product Ephyra bersama dengan duta mereka merupakan juga pengguna product Ephyra yg sudi berkongsi kebahagiaan menggunakan product Ephyra. 



Dapatkan maklumat lanjut untuk product Ephyra dan juga kebaikan yg ada dalam product ini boleh layari laman Facebook atau laman web serta laman Instagram mereka. Anda juga boleh buat tempahan secara online di laman web mereka ia lebih mudah dan cepat untuk anda. Kalau nak dptkan stokis yg berhampiran pun ada dalam laman web syarikat Ocean Life Marketing Sdn Bhd. 

OCEANLIFE MARKETING SDB BHD
Co. No. 975208P
73a-3, 3rd Floor Block J,
Platinum Walk,
No. 2 Jalan Langkawi,
Danau Kota Setapak,
53300 Kuala Lumpur.

Tel: +603-4142 1786
Fax: +603-4142 1776
Email: info@oceanlife2u.com



Gaya Lelaki Metrosexsual - Set Penjagaan Lelaki Pilihan 2013

Salam semua jejaka atau lelaki metrosexsual di luar sana, kali ni Mahamahu nak kumpulkan set penjagaan lelaki pilihan Mahamahu sepenjang tahun 2013. Bagi seorang lelaki seperti Mahamahu ni penjagaan kecantikan tidak serumit perempuan. Namun ia tidak boleh di pandang enteng kerana kurang penjagaan yg rapi ia juga mengakibatkan kesan yg ketara. Bagi lelaki yg tampil segak dan bergaya ia adalah sebahagian daripada rutin untuk menjaga penampilan raut wajah. Di sini adalah beberapa jenama yg pernah Mahamahu guna pakai untuk menjaga wajah agar sentiasa segar dan bersih. 

Top 1 - UB Uber-men 


Set keluaran UB ini cukup lengkap daripada set pencuci muka untuk wajah yg berminyak atau wajah kering. Set pewangi ketiak yg datang dalam bentuk rowling dan juga semburan dengan 3 pewangi yang berbeza iaitu Noulge, Attrax dan Pozess. Begitu juga pewangi badan yg turut di hasilkan untuk lelaki yg berbeza setiap satu dimana lelaki yang lasak, tampil tampan dan casual, serta lelaki yg santai. Dalam set Uber-men ini lengkap dan sesuai untuk di miliki oleh lelaki yg bagitu senang dan ringkas tapi tetap macho.

Top 2 - Vaseline for men

Product baru yang telah tembusi pasaran Malaysia ini pada mulanya tampil dengan losyen badan khas untuk wanita. Tetapi kini telah mengeluarkan product khas penjagaan muka untuk lelaki. Tampil dengan 3 jenis wajah khas lelaki Malaysia Vaseline lebih compak dengan 2 fungsi utama. Mencuci muka dan boleh di jadikan sabun pencukur muka ia dapat memelihara muka daripada sebarang kerosakan. Menjadi pilihan utama kebanyakan lelaki Mahamahu pun guna product ni untuk menjaga muka senang 2 in 1.

Top 3 - Playboy


Ini adalah satu set yang nampak lebih berani dan sexy untuk lelaki metrosexsual. Ia lebih keras kerana ia dtang dalam bentuk wangian badan dan juga wangian ketiak. Set Playboy dtg bukan sahaja untuk lelaki tetapi wanita juga. Byk pewangi yg ada mengikut kesesuaian suasana yg anda pergi seperti Malibu sederhana lembut dan keras, manakala London dan New York lebih bau wangian mewah untuk lelaki yg berani beraksi.

Top 4 - Nugeno Men Cool


Satu lagi jenama yg di yakini di Malaysia. Mula dulu kita kenal product ini dengan model lelakinya Awal Ashaari. Product kecantikan lelaki mengutamakan kebersihan dan kesegaran. Dalam satu set terdiri daripada pencuci muka dengan 3 jenis kulit, pewangi ketiak atau deodorant spray dan roll on juga ada serta pencuci rambut dan juga badan untuk mandian. Set ini lengkap dan muda untuk di miliki bagi lelaki yg sentiasa cergas dan sihat.

Maka itu antara pilihan penjagaan muka dan kulit lelaki yg Mahamahu pernah guna dan rasai sendiri kehebatan masing2. Tahun akan mendatang akan byk lagi product penjagaan kulit lelaki. Mcm mana anda nak pilih pastikan sesuai dengan jenis kulit anda dan juga sesuai dengan keadaan atau cara kerja anda. Kerana kuli lelaki lebih mudah untuk di jaga cuma perlu kepada kerapian yang kerap. Moga ia membantu lelaki di luar sana untuk tampil segak dan begaya tahun baru ini.








Fakta-Fakta Menarik Tentang Perfume

Beberapa fakta menarik terhadap perfume yg patut kita tahu sedikit sebanyak untuk di kongsi bersama. Fakta-fakta ni mungkin pernah di dengar di mana2 atau pun pernah kita hadapi sendiri di mana2. Jadi boleh jadi sedikit ilmu untuk kita bersama. So jgn cepat beli perfume kerana harga tapi pastikan kualiti yg terbaik untuk kegunaan lebih lama.


1- Indonesia dikenali sebagai industri refill dimana mereka akan membeli botol original perfumes atau 1st grade botol perfume dan mereka akan refill dengan perfume extract yang lebih murah. Sebab itu harga perfume dari Indonesia murah. Same goes to perfume dari China. 

2- Perfume tidak dikenakan cukai di Malaysia. Ia bukan barang duti free. So hati hati dengan ayat duti free seperti di airport dan langkawi. 

3- Perfume original ada batch number. Perfume imitation tak akan ada. Kalau anda claim beli perfume original reject yang tak ada kotak tu macam mana nak cek batch number. 

4- Kebanyakan perfume designer ada Quality Checker deparment sendiri. So perfume reject memang sangat sikit, dan kalau ada mereka tidak akan dijual kepada 3rd party sebab mereka tidak mahu nama designer mereka rosak. Jangan suka kalau anda dapat beli rejected perfume, ia mungkin perfume refill sebab tu tak ada kotak ada beg baldu saja. 

Kesimpulannya, anda kena biasakan diri anda dengan perfume dan jangan terus membuat kesimpulan. Anda perlu ada ilmu tentang perfumes. Mana nak cari ilmu perfumes? Kena lah berdamping dengan Sephora Perfumes selalu. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang Sephora Perfume. 


Follow Mah@mahu di sini..

Twitter : @mahamahu
Facebook : mahamahu
Instagram : Mahamahu
Youtube : Mahamahu



Dermalogica Erti Kecantikan Wanita

Dihasilkan untuk merawat, menjaga dan memastikan hasil yg lebih kepada wanita yg berkerjaya serta mementingkan penampilan lebih yakin. Terdiri daripada Daily Microfoliant, PreCleanse, Skin Hydrating Booster, Total Eye Care dan Intensive Eye Repair produk berkesan bagi kaum wanita ini punyai keistimewaannya. 5 dalam satu pakej ini memastikan kelengkapan dalam rutin harian wanita yg semakin sibuk dan mengejar kesempurnaan.

Product PreCleanse merupakan minyak pembersih berasaskan zaitun dan isi aprikot. Mencairkan sebum dan kekotoran berasaskan minyak daripada permukaan kulit. Rumusan hidrofiliknya membolehkan proses Pra-Pembersih. Skin Hydrating Booster cecair pelembap yang hebat untuk kulit yang sangat kering dengan melembapkan kulit serta merta sambil melicinkan kulit dan mengurangkan garis-garis halus.

Untuk penjagaan mata pulak memerlukan Intensive Eye Repair dapat menyegarkan, serta membantu menghilangkan garis-garis halus dan memulihkan kerosakan di sekeliling kawasan mata yang lembut. Total Eye Care merupakan krim rawatan mata alpha hydroxyl terkini yang membantu melindungi dan memulihkan kawasan mata yang lembut di samping mengurangkan lingkaran gelap dan kedutan.

Pelengkap kepada pakej ini adalah Daily Microfoliant yg diperbuat daripada serbuk berasaskan enzim beras yang unik. Produk ini menanggalkan kekotoran dengan lembut daripada kulit kusam menjadikan kulit nampak lebih licin dan cerah serta-merta. Bagi yg agak berada dan berkemampuan masih boleh menikmati kehebatan product ini. Tapi untuk meraka yg mengutamakan kesihatan dan penjagaan yg lebih efisyen product ini sesuai dan harga bukan penghalang.







SHISEIDO Jenama Mahal ker?

Aku tak tahu sgt barangan perempuan kot yg aku tahu sebab aku bau dari wangian minyak wangi serta dari eksesori lain yg aku dpt semua barangan perempuan. Bragan ni dtg set daripada satu product baru tak silap aku Shiseido buatan Japan, tapi kat sini aku tgk ada New York, Paris & Milano mahal lah kot.
Ia dtg dalam satu set pewangi ZEN. Jom cite sikit pasal perfume baru ni. Buatan Francis dan juga edisi khas keluaran Shiseido. Satu bau menawan bunga eksotik berlapis dengan kesturi berahi dan limau cahaya, membangkitan semangat anda ke dalam malam-malam musim panas hangat. Wah bukan main kan ayat huhuh tu aku copy paste dari kad yg dia tulis lah tapi memang wangi dan paling sesuai untuk wanita yg anggung bergaya untuk ke mana2 saja.

Dalm set tu gak di datangkan bersama 3 sample "White Lucent" yg boleh di gunakan untuk muka dan juga kosmetik tak silap aku lah. Boleh tgk kat gambar atas tu yg botol putih 3 bijik tu. Ok aku cite satu persatu, dah mcm jurujual brang mackup lak huhuhuh. Pertama Shiseido White Lucent Brightening Cleasing Foam dimana ia digunakan dengan menyapu buih rata pada muka untuk mencuci muka selepas penggunaak makup atau sebelum mengenakan makup.
Kedua pulak Shiseido White Lucent Brightening Protective Emulsion SPF 15. Yg ni aku tahu lah sikit pasal pelindung muka untuk melindungi muka agar sentiasa natural dengan SPF 15. SPF ini adalah Sun Protection Factor iaitu pelindungan kesan cahaya matahari yg terus ke kulit anda huhuhuhhu.. Dan yg ketiga Shiseido White Lucent Brightening Balancing Softener Enriched. Yg in pulak ada pelembab yg digunakan selepas mencuci muka untuk memberi kesan lembapan yg terus kepas kulit muka wahhh.. 

Setail tak yg aku kasi ni. Kalau tak detail leh lah tgk sendiri kat Officel Website Shiseidon kat sini. Segala maklumat ada detail dah lengkap lagi. Siap ada product2 baru lagi ok. Selamat mencuba...