Avon,

Wangian Baru Avon Kombinasi Alam Dan Sinar Cahaya Kehidupan

Rabu, September 18, 2019 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. AVON satu jenama yang tidak asing lagi di Malaysia dan begitu sinonim dalam produk kecantikan dan juga wangian ini. Maha adalah salah seorang pengguna minyak wangi mereka. Haruman pelbagai-sensori ini menghidupkan personaliti penuh keriangan dan kegembiraan buat semua yang berada disekeliling korang.

Kenzo Takada dianggap merevolusi fesyen dan melangkau batasan kreativiti dengan palet rona-rona ria. Kejayaan beliau dalam bidang fesyen dan haruman antarabangsa adalah selama 40 tahun. Kolaborasi beliau bersama Avon telah melahirkan koleksi AVON LIFE COLOUR – haruman yang benar mencermin kreativiti dirinya. Diinspirasikan oleh prisma, botol uniknya direka oleh Kenzo Takada ini bagaikan sejalur sinar cahaya yang memancar rona-rona prisma yang menakjubkan.

AVON LIFE COLOUR FOR HER EAU DE PARFUM 50ml



Haruman sungguh menggembirakan ini menyerlah aura positiviti dan memukau dengan kombinasi unik pir segar, raspberi, magnolia serta kehangatan orris dan kayuan cedar. Kalau yang wanita ni dari deria bau Maha ia lebih kepada wangian bunga dan juga manis-manis buah memang sifat orang wanita lembut dan manis kan.


AVON LIFE COLOUR FOR HIM EAU DE TOILETTE 75ml



Gagah dan sofistikated, haruman moden maskulin ini mengetengahkan letusan prismatik kekal lama dari lemon, halia, magnolia, green Mate Absolute, vetiver dan oakmoss. Bagi Maha wangin ini sangat sesuai untuk lelaki yang tidak suka kepada bau yang keras tapi masih maskulin. Ia tahan lama dan sesuai untuk dibawa pergi kerja atau urusan rasmi.

Harga untuk kedua wangian ini di semenanjung Malaysia hanya RM155.00 manakala Sabah dan Sarawak RM178.25.

FULL SPEED EAU DE TOILETTE 75ml


Diilhamkan dari sukan dan pemanduan berisiko, Full Speed merangkul setiap elemen cabaran untuk menunaikan kehendak jejaka hari ini yang bersifat tangkas penuh maskulin. Sesuai bagi lelaki yang suka sukan bermotor.

Nikmati deru keterujaannya dengan cetusan segar sitrus, sipres menyegarkan, diakhiri cendana mewah bagi anjakan tenaga yang cukup unik.  Setiap semburan memberi perspektif baru buat keyakinan maskulin. Harga di pasaran perfume ini adalah RM69.00 untuk semenanjung Malaysia dan RM79.35 untuk Sabah dan Sarawak sahaja.

Kesemua perfume keluaran terbaru ini sudah boleh didapati di setiap Wakil AVON, Butik Kecantikan AVON atau atas talian di shop.avon.my. Maklumat lanjut boleh hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-18-AVON (2866)









0 Pandangan: