Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label New Zealand. Papar semua catatan

Kempen Amboi Ambrosia Bersama Datuk Chef Wan Menggunakan Buah Epal Dalam Masakan

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang pernah dengar pepatah orang puteh ada menyebut "An Apple A Day Keeps The Doctor Away". Maksudnya lebih kurang dengan mengambil satu biji buah epal setiap hari buat kita jarang jatuh sakit dan pergi jumpa doktor. Punya hebatlahkan perumpamaan buah yang dikatakan sebagai makanan dan minuman para dewa di zaman Yunani ini.

Fernleaf UHT Diperbuat Dengan 100% Mmmmm Susu Dari New Zealand

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Apa jenama susu yang memang korang atau korang bagi anak-anak minum cuba nyatakan. Bagi Maha yang warga dewasa terlajak usia ini hanya percaya kepada satu jenama susu yang memang semulajadi dan terjamin kualiti. Jenama apa lagi kalau bukan Fernleaf UHT yang dihasilkan daripada 100% Mmmmm susu dari New Zealand.


Kenapa produk ini menjadi pilihan Maha ada 3 sebab utama yang boleh Maha senaraikan di sini. Mungkin ia serba sedikit memberi korang pengetahuan kepada produk ini dan beralih kepadanya. Apa pun hak masing-masing untuk percaya pada mana jenama sekali pun, yang penting ia sihat dan berkualiti tinggi.

Lembu Yang Diberi Makan Rumput Segar


Bagi pengetahuan korang bukan semua lembu tenusu yang diternak diladang-ladang diberi makan rumput. Kebanyakan orang hanya nak mudah dan cepat membesar dengan beri makan produk makanan yang kurang berkualiti. Ini sangat mempengaruhi susu yang akan dihasilkan daripada lembut itu sendiri.


Di New Zealand dengan tanahnya yang subur, kadar hujangnya yang baik dan cahaya matahari yang banyak menjadikan salah satu tempat yang terbaik di dunia untuk menghasilkan susus. Kat sini adalah salah satu negara yang lembu tenusu dapat meragut rumput secara bebas tanpa berkurung dalam kandang. Wow patut kat sana mereka ada padang rumput ragut yang besar dan luas untuk industri tenusu ini.



Dengan menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas pada hari yang cerah, lembu tenusu di sini secara tidak langsung mendapat kandungan vitamin D yang sihat. Jadi sebab itu lembu tenusu mereka menghasilkan susu dengan tahap vitamin D yang lebih tingg berbanding lembu tenusu lain yang sering dikurung dalam kandang.

Pakar Tenusu


Ramai orang tahu kalau sebut sahaja New Zealand apa yang terpapar kat fikiran kita mesti lah pengeluar susu yang popular dan terbaik. Sebab kat sana mereka ada pengalaman lebih daripada 140 tahun dalam menguruskan ladang lembut. Juga semua peladang mereka adalah yang berdedikasi dalam memastikan kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu.




Pemerhatian dan penjagaan mereka bukan sahaja produk tapi dari peringkat awal iaitu air yang diminum oleh lembu, rumput yang diragut oleh lembu sehinggalah kepada produk yang berkualiti untuk diedarkan kepada pengguna. Jadi sebab tu produk tenusu yang dikeluarkan memang sangat dipercayai dan dipasarkan selurun dunia.

100% Mmmmm


Ini yang Maha maksudkan bahawa apabila semua faktor dititik beratkan dan diberi keutamaan dalam memastikan produk yang terhasil berkualiti makan keluarlah produk susu yang 100% Mmmmm. Maksud Maha yang Mmmmm tu kerana ia adalah susu yang lazat dan berkualiti serta mempunyai kebaikan diperlukan badan. Sebab tu Maha suka produk susu dari Fernleaf yang dihasilkan 100% daripada New Zealand.



Orang dewasa memerlukan 1 gelas susu setiap hari korang memang kena minum susu setiap hari bukan sahaja kanak-kanak tau. Kita kena buang mindset itu bahawa susu hanya untuk kanak-kanak tapi orang dewasa juga perlu untuk kebaikan tubuh. Ramai tahu kebaikan susu ini tapi Maha nak bagi tahu juga bahawa susu ini dapat mebentuk tulang dan gigi yang baik jadi kena ambil susu setiap hari.



Jangan takut untuk nikmati susu ini kerana motis yang menyatakan bahawa kalau minum susu akan gemuk. Itu semua tidak benar dan ia hanya untuk menakutkan anda sahaja sebenarnya susu adalah satu minuman yang baik untuk diet korang. Kalau minum susu yang dicampur dengan gula tambahan itu yang tak baik sebenarnya jadi kena ambil susu yang semulajadi dan dipercayai kebaikannya seperti Fernleaf UHT ini.

Cara Nikmati Susu Yang Kreatif


Ada yang tak boleh minum susu terus macam tu apa kata korang hasilkan beberapa resipi yang terbaik menggunakan produk susu. Selalu kalau masak kat rumah tu kita menggunakan produk yang kurang sihat dalam masakan apa kata gantikan dengan produk tenusu yang memberi tambahan kesihatan tapi dalam masa sama masih boleh makan-makanan kegemaran kita. Contoh beberapa resipi yang Maha hasilkan dengan menggunakan produk dari Fernleaf UHT.


Banyak lagi sebenarnya resipi yang korang boleh buat dari produk susu ini dan paling mudah campurkan dalam makan seperti oat atau juga kacang badam memang sangat bagus dan sihat. Moga ia dapat memberikan kepelbagaian cara untuk korang mengambil susu walaupun bukan secara terus. Apa pun susu ini bagus untuk semua peringkat usia dan banyak khasiatnya jangan takut untuk ambil ok. Selamat menikmati susu dan khasiatnya ok.



*Gambar dari www.pexels.com





Tak Perlu Ke New Zealand Untuk Nikmati Produk Mereka Pergi Pasaraya AEON Semua Ada

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau korang suka buah Kiwi, sayur Beetroot, coklat Whittakers, produk tenusu seperti Anmum, Fernleaf, Anlene dan banyak lagi tak perlu terbang jauh ke New Zealand. Sekarang dah boleh dapat di semua 7 cawangan AEON seluruh Malaysia.


Walaupun produk ni ada yang memang dah biasa masuk ke Malaysia tapi tak semuanya kita tahu dan kita pernah cuba. Kali ini sempena dengan Taste New Zealand Food Fair yang melanda semua cawangan AEON korang boleh dapatkan promosi produk keluaran negara sejuk ini dengan mudah. 



Kempen ini dianjurkan oleh New Zealand Trade and Enterprise (NZTE). Mereka akan buka booth di semua cawangan bermula 30 November hingga 10 Disember 2017 dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam dengan lebih daripada 150 produk segar dan terbaik. Korang nak rasa, nak makan atau nak beli dengan harga hebat serta memenangi hadiah lumayan datang ke booth mereka dan selfie.



Maha juga suka produk New Zealand antara yang pernah Maha cuba adalah Chocolate Whittakers dan juga Pure South New Zealand iaitu daging mentah yang empuk. Tapi kali ini lain sikit Maha di bawa untuk memasak menggunakan produk khas dari negara motis filem 'Loard Of The Ring' ni. Nak kena masak lagi hehehe tak apa yang penting ilmu itu.



Kali ni lagi rasa macam student betul-betul masuk kuliah dimana kami dibawa ke Berjaya University Collage. Masuk mereka punya dapur student untuk memasak yang kami sendiri tak tahu apa dia. Hari tu kami diberikan tunjuk ajar oleh seorang pengajar chef dari kolej ini. Tapi bukan masak-masak biasa yer kami dalam konsep pertandingan nak tengok siapa paling expert masak makanan barat.


Sebab hari tu kami di ajar untuk memasak 2 resipi pilihan iaitu menggunakan mussels and juga daging daripada ladang daging terbesar di sana. Alhamdulillah hari tu memang Maha dapat banyak sangat ilmu dimana kami diajar bagaimana nak memasak sesuatu bahan mentah itu menjadi hidangan yang enak dan mahal.


Hari tu kami kena berkumpulan jadi Maha pilih Kak Dhia dia otai memasak dan Maha memang mengaku tak pandai pun nak masak steak apatah lagi kupang tu. Chef masa tu ajar kami 3 resipi yang memang best juga lah belajar tengok chef buat laju jer tapi banyak juga ilmu yang masuk. Selepas chef mengajar giliran kami pula untuk memasak dan akan dinilaikan oleh juri profesional.


Maha dan kak Dhia dah set nak masak Mussel memang wajib dan juga Daging Goreng tu jer sebab tak reti nak buat steak. Rupanya nak masak Kupang tu sangatlah mudah dan senang sebenarnya. Paling penting tips pertama kena rasa dulu kupang tu masin atau tidak agar kita tidak terlebih meletakkan garam. Kalau ada masa Maha akan share resipi ni ok.


Kemudian resipi kedua daging goreng yang ni pun mudah jer macam masak daging biasa daging goreng black paper satu tips daging ni tak boleh masak terlalu lama atas dapur nanti ia liat. Masa diberikan 30minit sahaja untuk dua resipi ni korang rasa boleh siap. Tapi sebab tunjuk ajar chef ni maka kami semua dapat siapkan resipi. Adat pertandingan ada menang ada kalah dan tak ada rezeki kami nak menang hehehe.



Apa pun pengalaman memasak menggunakan produk daripada New Zealand ini memang memerlukan pengatahuan. Tapi kalau kita pandai mengolahnya ia juga mampu jadi sangat mudah. So tunggu apa lagi boleh lah cuba produk mereka yang banyak kat pasaraya AEON seluruh Malaysia. Kalau tak tahu nak masak apa boleh tengok resipi kat Youtube Channel Mahamahu harap ia dapat membantu korang semua ok. Selamat mencuba semua.







Mengenali Ciri-ciri Coklat Kelas Dunia Dengan Whittaker's Dari New Zealand

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha dan jutaan lagi rakyat Malaysia memang suka akan coklat dan menjadi gila bila dapat makan coklat betul tak. Paling nampak bila dapat makan coklat orang akan jadi lebih tenang dan lebih rasa bahagia.


Sebab tu orang jadikan coklat sebagai hadiah kepada kekasih atau juga orang yang mereka sayang untuk tanda kebahagiaan. Tapi tahukan kita bagaimana nak kenali coklat itu adalah berataraf dunia atau betul-betul memberi keenakan rasa coklat sejati kepada kita. Bagaimana nak kenali coklat itu best atau banyak bahan campuran lain.


Contoh paling ketara adalah apabila kita beli satu coklat kita buka dan pegang dengan tangan kita coklat tu mula mencair. Kemudian kita masuk coklat dalam mulut ia hancur dan cair dengan sekata itu maksudnya coklat ini mengandungi koko yang tinggi dan sedap. Sebab tu coklat kalau kita letak pada suhu bilik ia akan sedikit cair dan bila buka ia akan melekat kerana banyak kandungan kokonya.


Baru-baru ni Maha dapat jemputan oleh jenama coklat terkemuka dunia iaitu Whitttaker's untuk menikmati dan merasai bagaimana yang dikatakan coklat bertarf dunia. Maha ni dah lah memang gila coklat bila dapat makan coklat macam ni memang tak lepas peluang lah. Maha pernah rasa coklat ni dan pernah tulis pasalnya kat artikel Menikmati Coklat Whittaker's Dari New Zealand tahun lepas kot.

Mr Matt Whittaker Ketua Pemasaran Antarabangsa Whittaker

Sikit pasal coklat Whittaker's ini ia adalah coklat dibuat dan kilangkan di Porirua, New Zealand dan merupakan satu-satunya pengeluar coklat utama di New Zealand yang telah beroperasi selama 120 tahun oleh tok nek moyang mereka lagi. Setiap langkah dalam proses membuat coklat, dari menerima biji koko dalam bentuk mentah kepada produk yang dibungkus terakhir, dilakukan di kilang Whittaker.

 

Sebab tu pengeluar coklat ini mendapat pengiktirafan jenama coklat paling dipercayai selama 6 tahun di sana. Jangan risau sebab semua coklat keluaran mereka mendapat pengitirafan halal daripada FIANZ iaitu badan halal luar negara yang diiktiraf olah JAKIM sendiri tak perlu risau. Produk yang paling orang Malaysia suka adalah Almond Gold paling laris.



Masa hari tu Maha baru dapat tahu bagaimana nak kenal coklat itu berkualiti atau tidak iaitu melalui kuiz yang mereka jalankan. Kami semua yang datang masa tu kena jawab beberapa soalan berkaitan produk ini dan dari situ dapat tahu kandungan sebenar koko dalam setiap coklat yang dikeluarkan. Kalau kat bungkusan pun boleh tengok ada contoh Whittaker's Peppermint  mempunyai 50% kandungan koko setiap bungkusan 50gram.

Chef Faizah dan pembantu

Kemudian kami di ajar bagaimana menjadikan coklat ini bukan sahaja bahan makanan tapi jadi bahan hiasan kepada makan terutama kek dan cupcake. Hari tu kami di ajar oleh Chef Faizah buat coklat ganache untuk hiasan atas cupcake nak nampak lagi sedap dan berkilat-kilat. Kita gunakan coklat Whittaker's kerana kandungan koko sangat tinggi dan mudah untuk dicairkan.

 



Ia satu pengalaman kepada Maha sendiri bagimana nak tahu coklat tu bagus atau tidak. Tapi sayang tak pandai nak deko atas cupcake jadi macam tu hehehe. Tak apa lepas ni kita boleh buat lagi mudah jer hanya ambil coklat Whittaker's yang kosong kemudian pecah kecil-kecil dan tuangkan butter yang telah dicairkan dalamnya gaul sampai berkilat siap boleh hias.


 

Kalau korang rasa nak dapatkan coklat Whittaker's ini ia ada jual kat banyak pasaraya sekarang ni seperti AEON, Jaya Grocer dan yang terbaru mereka adakan kerjasama dengan BEN Independent Grocer di Ikano Power Centre untuk memberikan tablet coklat mini Whittaker percuma dengan setiap pembelian minuman kopi. Promosi berlangsung dari 12 hingga 15 Oktober sahaja cepat datang boleh dapat coklat free.







Fonterra Foodservices Malaysia Meneruskan Fasa Kedua Kempen "Anchor Say Cheese 2016"

Fonterra Foodservices Malaysia Meneruskan Fasa Kedua Kempen "Anchor Say Cheese" - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mesti ramai tahu apa dia produk yang dibawa oleh Fonterra Foodservices Malaysia ni. Kalau sapa2 tak tahu boleh baca kat entry yang Maha pernah tulis sebelum ini tentan produk2 yang dikeluarkan oleh Fonterra. Banyak yang kita guna kat rumah juga banyak yang digunakan oleh pengusaha makanan di seluruh Malaysia.


Ms Linda Tan Head of Fonterra Foodservices Malaysia

Kali ini tahun 2016 Fonterra telah melaksanakan kempen "Anchor Say Cheese" dimana mereka menghasilkan pencuci mulut menggunkan produk Anchor daripada profesional chef mereka. Tapi semua pencuci mulut ini hanya boleh didapati di kedai2 bakeri rakan kongsi mereka. Setakat ini ada 8 cawangan bakeri seluruh Malaysia yang menyediakan pencuci mulut khas daripada Achor ini.


Salah satunya adalah RT Pastry House Subang Jaya, Maha dijemput untuk bersama2 merasai pencuci mulut istimewa yang diperkenalkan sempena dengan kempen tersebut. Firstime pergi kat bakeri ini dan firstime juga dapat rasa pencuci mulut menggunakan produk Anchor Krim Keju. Kalau korang nak tahu bakeri ini telah dibuka sejak 2003 lagi dan mereka menyediakan pelbagai roti dan pencuci mulut yang sedap2.

Cheeznie

Almond Rosa

Jom kita tengok lak apa pencuci mulut yang disediakan special daripada produk Anchor Krim Keju ini. Hari tu ada 4 jenis pencuci mulut special yang sempat Maha cuba iaitu pertama Almond Rosa, iaitu dihasilkan dengan mentega badam kek span pedas dengan lapisan yang kaya dengan keju krim. Kedua pula Cheeznie, gabungan sempurna keju dan coklat dengan keju krim diapit di antara dua keping brownies coklat picisan dan mendahului dengan walnut cincang best gila.

Lady Marmalade 

First Love 

Tu baru kek kemudian untuk pastri pula Maha diberi cuba First Love iaitu roti manis dengan keju krim gula perang di tengah-tengah ditaburi dengan gula perang membuat hati luluh pasti jatuh cinta pada gigitan pertama dan kedua Lady Marmalade iaitu  roti manis dengan oren pengisian krim keju mendahului dengan halwa kulit oren diatasnya. Kedua2 ini pasti korang akan datang kalau cuba kat sini sebab tak ada jual kat kedai2 lain.


Sudu edisi terhad Anchor

Lagi best sebenarnya korang juga akan membawa pulang sudu edisi terhad Anchor dengan setiap pembelian dua kotak pencuci mulut dari produk Anchor ini. Kalau korang tahu produk yang dibawa oleh Fonterra adalah produk Halal dari New Zealand yang dijamin terbaik dari ladang. Nak dapatkan sesetengah produk ini ada jual kat beberapa pasaraya dan ada sesetengah dikeluarkan untuk pengusaha makanan di Malaysia sahaja. Lepas ini korang boleh lah cuba guna produk Fonterra ini untuk hasilkan pencuci mulut yang sedap2 dan menarik. Selamat mencuba semua ok.