Dapur,

Resepi Rusuk Kambing Selatan New Zealand QU Hitam Dari Dapur Mahamahu

Isnin, Januari 11, 2016 Mahamahu 0 Comments

Resepi Rusuk Kambing Selatan New Zealand QU Hitam Dari Dapur Mahamahu - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Bila search kat Google banyak sangat motis tentang masakan kambing ni, ada yang kata makan naik darah tinggi, makan cepat pening pala, makan ni cepat gemuk dan macam2 lagi lah. Tapi tu sebenar hanya motis dan kita tahu sejak dari zaman Rasullullah lagi memakan daging kambing menjadi makanan rutin di zaman tu. 


Sebab tu penting nak kena pilih daging kambing yang sesuai untuk korang masak bukan semua yang baik yer. Kat sini ada satu produk daging kambing import yang terlah berada di pasaran Malaysia. Daging Kambing Tulen Selatan New Zealand adalah produk makanan yang terbaik daripada ladang2 yang terpelihara di sana. Sapa tak tahu New Zealand negara yang memang cukup terkenal dengan produk tenusu dan kini menghasilkan produk daging Halal.


Penternakan kambing di sini telah 50 tahun pengalaman dengan ladang semulajadi yang memberikan tabiat kepada haiwan2 ini agar berkembang dengan sihat. Ternakan ini juga tidak pernah diberikan antibiotik, steroid atau pertumbuhan hormon. Jadi sebab tu daging kambing yang dikeluarkan adalah lebih manis dan tiada kalori. 


Dari sebab itu lah resepi Maha kali ini menggunakan daging kambing dari New Zealand ini yang korang sendiri boleh dapatkan di Jaya Grocer. Resepi ini leih moden sikit kerana berkonsepkan panggan kerana daging rusuk sesuai untuk buat panggang. Jom tengok bahan2 yang Maha gunakan untuk resepi kali ini yang diberi nama Rusuk Kambing Selatan New Zealand QU Hitam heehehe...

Bahan2 resepi Rusuk Kambing Selatan New Zealand QU Hitam :-

3 keping Rusuk Kambing Selatan New Zealand
3 biji Kentang Ungu US
1/2 biji Cili Benggala Kuning
1 biji Brokoli
1 biji Bawang Kuning
5 biji Tomato Kecil
2 sudu masak Minyak Zaitun
2 sudu teh Serbuk Lada Hitam 
1 sudu teh Serbuk Thyme
3 sudu masak Sos Tiram
3 sudu masak Cili Kisar
3 sudu masak Kicap Lemak Manis
3 sudu masak Sos Lada Hitam
Garam secukup rasa


Tu tadi bahan2 yang Maha guna nampak macam banyak tapi bila dah masak nampak sikit jer tak banyak pun. Cara nak sediakan resepi ni pun mudah korang boleh tonton video yang Maha sediakan ini dan follow jer cepat dan mudah. Tapi kalau korang nak rasa lebih korang leh lebihkan mana2 bahagian sos tu baru puas. 

Cara2 penyediakan resepi Rusuk Kambing Selatan New Zealand QU Hitam :-



Dah tontonkan rasa teliur tak bila tengok video tu hehehe. Saja nak bagi korang idea macam mana nak sediakan daging kambing panggang. Banyak lagi resepi yang menarik boleh korang buat dengan daging kambing Selatan New Zealand ini memang sedap. Jadi bila ingat nak memasak ingatlah produk daging dari Selatan New Zealand mesti puas hati. Selamat mencuba semua.






0 Pandangan: