Anlene Mobility Check Mendedahkan Risiko Kesihatan Tulang Yang Membimbangkan Dalam Kalangan Warga Malaysia
Anlene, jenama Susu Tepung Dewasa No. 1 di Malaysia* serta perintis dalam menyokong pendidikan mengenai kesihatan tulang, sendi dan otot selama tiga dekad yang lalu, baru-baru ini telah mendedahkan penemuan mengejutkan melalui Anlene Mobility Check. Dimulakan pada Mei 2022 dan telah berjaya menyaring seramai 20,000 rakyat Malaysia sehingga kini, saringan yang melibatkan imbasan ultrasound tulang dan ujian kekuatan otot ini telah mendedahkan bahawa 50% orang dewasa Malaysia mungkin berisiko untuk tulang lemah . Ini mungkin berpotensi membawa kepada penyakit tulang seperti osteoporosis yang berisiko untuk menjejaskan pergerakan seseorang.

