Aiskrim,

Cara Nak Buat Aiskrim Smoothie Dari Dapur Mahamahu

Selasa, Mac 03, 2015 Mahamahu 0 Comments

Cara Nak Buat Aiskrim Smoothie Dari Dapur Mahamahu - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Hari tu dah buat aiskrim pasu, kali ni Mahamahu nak buat pula asikrim dari minuman smoothie. Kalau kawan2 tahu smoothie adalah minuman air buah-buahan yang di kisar bersama ais batu. Minuman ini sangat sihat kerana mengandungi vitamin dan khasiat2 yang di perlukan.


Sebenarnya Mahamahu belajar cara nak buat minuman smoothie ini semasa menyertai aktiviti memasak bersama Fonterra baru2 ini. Semasa aktiviti tu kami di ajar cara menyediakan minuman smoothie dengan menggunakan bahan2 sihat seperti buah-buahan dan juga yogurt. Jadi dengan idea itu Mahamahu nak buatlah satu lagi air minuman smoothie tapi kali ini di jadikan aiskrim. Nak jadi lain daripada lain kan.


Ok jom kita tgk apa bahan2 yang di perlukan untuk menghasilkan minuman smoothie yang sihat dan sedap ini. Lupa lak smoothie ini di beri nama Smoothie Dragon Dong.


Bahan-bahan
1 biji buah Naga
5 biji buah Kedondong
4 sudu besar Madu
3 cawan Yogurt Anlene
4 sudu susu tepung Fernleaf
1 cawan susu segar rendah lemak
20 ketul baby ais


Cara-cara penyediaan
1) Kupas buah Naga dan buah Kedondong dan potong kecil2 untuk mudah di kisar nanti.
2) Masukan buah-buahan tadi dalam pengisar bersama dengan madu, Yogurt Anlene, susu tepung, susu segar dan juga baby ais tadi.
3) Kisar semua bahan2 tadi sehingga hancur dan sebati.
4) Lepas tu boleh terus di minum. Tapi Mahamahu nak buat aiskrim jadi di masukan dalam acuan asikrim.
5) Kemudian boleh di bekukan semalaman di dalam peti ais dan boleh di nikmati.  


Sebenarnya Smoothie Dragon Dong ini boleh di nikmati minum begitu sahaja selepas selesai di kisar halus. Kalau korang tak nak buat aiskrim mcm mana Mahamahu buat ini. Tapi kali ni Mahamahu sahaja nak buat dalam bentuk aiskrim baru nampak menarik. Sangat sesuai untuk di minum dalam keadaan cuaca yang panas sekarang jadi rasa lebih sejuk dan segar denagn smoothie ini.


Kalau ada kawan2 yang nak cuba dialu-alukan dan nanti boleh share dengan Mahamahu kat facebook atau komen kat blog ini ok. Nanti Mahamahu boleh share korang punya hasil tu baru best. Kalau nak dapatkan resepi2 lain yang Mahamahu pernah buat boleh dapatkan di LetsMasak.com. Ok lah selamat mencuba semua.








0 Pandangan: