Menikmati Coklat Whittaker's Dari New Zealand

Menikmati Coklat Whittaker's Dari New Zealand - Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mahamahu di undang untuk makan coklat dari New Zealand bukan coklat JAKIM ok hehehehe. Coklat ini di sahkan mempunyai sijil halal daripada Persekutuan Pertubuhan Islam New Zealand yg di iktiraf oleh JAKIM. Bukan apa faham2 je lah sekarang ni isu semakin hangat.


Tapi masa sesi untuk memperkenalkan product baru Coklat Whittaker's ini memang kenyang makan coklat jer lah. Ada lebih dari 27 product coklat keluaran mereka. Kesemua product ini kini boleh di dapati di pasaran Malaysia, di antara pasaraya yang telah menjual Coklat Whittaker's ni  adalah seperti Big AEON, Tesco, Kumpulan Dairy Farm dan banyak lagi lah.


 



Mahamahu paling suka 2 jenis coklat ni yg memang menawan hati dan memukau selera untuk Mahamahu makan iaitu Almond Gold dan juga Berry & Biscuit. Kalau yg ni memang Mahamahu akan beli dan simpan kat rumah untuk makan. Rasa coklat yg asli di buat menggunakan teknologi canggih dan semua coklat Whittaker's ni di hasilkan di kilang mereka di New Zealand.


Whittaker's juga ada beberapa lagi product baru yg di pekenalkan khas untuk pasaran Malaysia. Antaranya adalah Coklat Peanut Butter dan Ghana Peppermint. Ni memang unik dan rasa lain daripada coklat yang lain. Mahamahu dah rasa memang kalau Peanut Butter tu memang 100% kacang dan juga Peppermint bila buka bungkusan tu dah dapat bau keharuman Peppermint tu. Cara nak buat coklat mudah dan sedap.


Selain tu juga, mereka ada beberapa lagi jenis coklat yg mengikut kehendak dan citarasa penggemar coklat di seluruh dunia. Pada yang suka rasa coklat hitam yg pekat dan padat boleh makan Dark Ghana. Yang suka kepada rasa krim dan lembut jer boleh cuba Creamy Milk. Kalau yg minat pada kekacang boleh cuba Hazel Nut, Macadamia Block dan Fruit & Nut. Kalau coklat yg ada kekacang mereka gunakan kacang sebiji bukan kacang yg telah di potong atau di hiris seperti mana coklat lain.



Harga pun berpatutan dan mengikut standard harga coklat di Malaysia tak mahal sgt dan mampu di miliki. Bagi Coklat Whittaker's dalam bentuk Bar harga bermula dari RM5.90 manakala coklat dalam bentuk Slab RM4.90. Manakala yg dalam bentuk pukal atau bungkusan besar RM22.00. So kalau nak cuba rasa coklat yang menjadi Jenama Paling Popular di New Zealand ni tak perlu terbang ke sana, kat Malaysia pun dan ada dptkan jer di pasaraya berdekatan anda ok. Selamat menjamu selera.....








1 comment... add one now

Unknown Unknown 26 July, 2016
Nak beli coklat ni kat mana? I dah cari2 tak jumpa. Mesti akak pernah belikan boleh saya tahu? Kedai2 yang jual kat mana?