Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Marriott Putrajaya. Papar semua catatan

Bufet Ramadan Merentasi Tradisi @ Pentas Citarasa Di Restoran Zest Lifestyle Hotel Marriott Putrajaya

Ramadan kali ini, raikan musim kebersamaan dengan pengalaman kuliner yang tiada tandingan di Bufet Ramadan Pentas Citarasa di Restoran Zest Lifestyle, Hotel Marriott Putrajaya. Bertemakan Merentasi Tradisi di Pentas Citarasa, bufet ini menjanjikan untuk menggembirakan penggemar makanan dengan hidangan mewah yang menampilkan perisa tempatan, antarabangsa dan gabungan.


Restoran Makanan Tempatan Dan Antarabangsa Di Dalam Putrajaya Marriot Hotel

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Posting sebelum ni Maha ada kongsikan staycation Maha dan kawan-kawan di Putrajaya Marriot Hotel. Kalau korang belum baca lagi pengalaman paling melucukan sepanjang 3 hari 2 malam di sana boleh klik link tu. Memang best sangat masa tu jer nak jadi kanak-kanak riang hehehe.


Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu.com dan juga rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kebetulan pula dengan tempoh cuti yang panjang semperna perayaan dan juga cuti sekolah apa plan korang. Mesti ramai dah keluar meninggalkan kotaraya Kuala Lumpur menunju tempat beristirehat yang telah dirancang bersama keluarga. Bagi korang yang kena kerja minggu ini nak pergi jauh agak susahkan. Apa kata plan sahaja santai dan berehat dekat-dekat area Kuala Lumpur ni.


Summer Palace Mengalu-alukan Anda Menikmati Masakan Hunan Fusion Di Hotel Marriott Putrajaya

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Lama tak makan hidangan masakan asli Chinese yang sebenar. Tiba-tiba tekak ni menggatal lak nak makan Dumpling dengan isi yang penuh dan sos yang enak. Juga nak makan nasi goreng cina yang penuh dengan udang dan seafood. Mana nak dapat semua itu yer?


Hikayat Pentas Citarasa 7 Pahlawan Di Marriott Hotel Putrajaya Meraikan Ramadan Yang Bakal Tiba

Bermulanya kisahhhhhhh...... 7 Pahlawannnn, membawa hidangan untuk santapan.... (dibaca dalam puisi)


Raikan Krismas Dan Tahun Baru Bersama Santa Clause Di Marriott Putrajaya

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Sejak daripada kita beralih kepada endemik ni negara sekarang makin pulih walaupun belum sepenuhnya. Tapi kita masih ada masa dan ruang untuk terus meraikan hari yang penuh gembira dan bahagia di negara bertuah Malaysia. 


Buffet Ramadan Pentas Citarasa Di Marriott Hotel Putrajaya

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kali ini kita pergi pula bufet buka puasa di Marriott Hotel Putrajaya dengan mempersembahkan kepada korang yang datang dengan konsep kisah "Pentas Citarasa". Pentas dilihat sebagai platform untuk menunjukkan sama ada suka atau duka sepanjang menjalani kehidupan dalam norma yang ditetapkan. Namun begitu hotel ini tetap bangkit dan percaya bahawa setiap harapan ada pelita yang mengiringi. Tidak dinafikan juga oleh Chef Zulkifli yang dikenali sebagai Waklan yang menjadi sinonim dengan Hotel Marriott Putrajaya apabila tibanya bulan puasa. Setiap tahun Waklan cuba menghidangkan juadah yang terbaik untuk tetamu yang ingin menjalankan tugas sebagai seorang Muslim serta tetamu yang dihormati daripada pelbagai kaum.


Hotel Marriott Putrajaya Menggandakan Sambutan Tahun Baru Cina Dengan Yee Sang Dan Fatt Choy Feast

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan yang dikasihi dan dirindui sekalian. Tahun baru kita dah masuk penuh dengan azam baru. Juga tak lama lagi dalam kurang sebulan kita akan sambut pula Tahun Baharu Cina. Cepat betul kalender tahun 2022 ini yer. Sekarang tengah rancaklah promosi makanan bufet tahun baru kat banyak restoran dah hotel.


Memori Iftar Bersama Marriott Hotel Putrajaya

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi. Masih dalam mood untuk sambut bulan Ramadan dengan penuh meriah juadah makan-makan yang pelbagai. Walaupun makanan banyak tapi ingat jangan membazir dan juga makan ikut keperluan kita sahaja ok. Paling penting sekarang ini kena jaga SOP dengan pakai penutup mulut dan hidung, pakai sarung tangan dan juga jaga jarak fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.


Hidangan Juadah Hari Raya Di Rumah Dibawakan Oleh Putrajaya Marriott Hotel

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Esok kita dah bakal berhari raya dengan normal baharu dimana raya tak boleh semeriah dulu dan berkumpul ramai-ramai lagi. Paling sedih menyentuh hari tak boleh balik raya ke kampung. Sepanjang hidup Maha tak pernah lagi rak beraya dengan keluarga kat kampung. Tahun ini lah baru pertama kali kena beraya seorang diri dan jauh dari mak ayah.

Pecinta Makanan Negeri Sembilan Masa Untuk Nikmatinya Di Putrajaya Marriott Hotel

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Siapa sini orang Nogori Sombilan? Siapa suka makan Masak Lomak Cili Padi? Ini masanya untuk korang yang memang pecinta makanan berlemak, pedas, masam dan masin secukupnya boleh datang ker Zest Lifestyle Restaurant terletak dalam Putrajaya Marriott Hotel

Program Menyantuni Golongan Memerlukan Sempena Tahun Baru Cina Dari IOI City Mall

Salam sejatera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Musim perayaan nak menghampiri ini golongan yang susah sangat beruntung kerana apa ada sahaja pihak yang sudi membantu mereka dan juga memberi keceriaan dalam kehidupan mereka. Begitu juga yang dilakukan oleh IOI City Mall dengan meneruskan tradisi menyebarkan kegembiraan, kebahagiaan dan senyuman kepada tetamu istimewa mereka baru-baru ini.

Bumblebee Dan Ironman Meriahkan Magical Christmas Celebration Di Marriot Hotel Putrajaya

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selamat menyambut Hari Natal atau lebih dikenali sebagai Christmas diseluruh dunia. Hujung tahun mesti semua akan menantikan saat meraikan kemeriahan perayaan ini selain ia bersangkutan juga dengan cuti sekolah hujung tahun di Malaysia.


Marriott Putrajaya Buffet Ramadhan Dari RM77

Marriott Putrajaya Buffet Ramadhan Dari RM77 - Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kali ini Mahamahu menikmati makan buka puasa di Marriott Putrajaya kalau melalui lebuh raya Lembah Klang Selatan menghala Kajang akan ketemui Marriott Putrajaya di kawasan IOI Resort. Bila masuk dengan suasana yg tenang dan juga bangunan yg cantik memang tempat ini exclusive. buffet Ramadahan bermula dari RM135nett untuk dewasa dan RM77nett untuk kanak2 5-12 tahun cukup sesuai.


Tema buffet Ramadhan di sini adalah lebih kepada santai dan juga hiburan sambil menikmati makanan panas yg di masak secara live untuk tetamu. Memang hebat dan best kerana terlalu banyak pilihan makanan untuk anda makan dan juga di masak oleh chef2 secara langsung depan mata bagi kesegaran kepada tetamu. Kat sini di bahagikan kepada beberapa section utama untuk anda memilih makanan. Jom kita tgk satu2 section dan menu apa di sediakan untuk tetamu yg hadir.





Bahagian pertama adalah SIMFONI 7 hidangan masakan kawah yg cukup popular di Malaysia. Antara menu yg di sediakan dalam kawan ini adalah seperti Ikan Asam Pedas, Daging Gulai Kawah, Perut Masak lemak Cili Api, Jenahak Tempoyak dan Gulai Rusa Tulang Rawan. Bagian kedua juga di masak secara live depan mata dalam kawah di panggil Kawah Craze. Ini adalah menu special chef di sana, di mana makana laut popular seperti Kerang, Siput, Udang, Sotong dan Siput Buluh di masak dalam sos special di hasilkan oleh chef sendiri.

 

Untuk bahagian panggang di sini di sediakan Kambing Panggan dan juga Peha Lembu Panggang. Memang manjadi menu sasaran bila berbuka puasa. Manakala bahagian bakar yg di masak secara langsung depan mata lagi sedap sebab bau panggang tu memang memanggil-manggil. Kat sini tetamu semua boleh pilih sendiri seafood atau daging yg hendak di bakar panas. Memang banyak pilihan ada Udang, Sotong, Ketam, Ikan Pari dan mcm2 lagi semua ni boleh di makan bersama sos khas yg di sediakan.


 



Makanan popular celup-celup juga ada kat sini siap bawa satu lori lagi khas untuk buffet Ramadhan di Marriott Putrajaya ini. Di panggil Low's Lok-Lok Truck menyediakan makanan celup-celup yg boleh di pilih sendiri dan panas2 lagi. Bagi yg minat rojak atau Pasembur kat sini ada bahagian khas untuk semua jenis rojak dari Penang untuk anda nikmati.





Bahagian akhir yg peling penting adalah bahagian pencuci mulut untuk anda yg berpuasa menikmati makanan manis2. Kat sini menurut kata chef special pencuci mulut adalah di hasilkan melalui bahan utama iaitu Kurma. Semua dissert di hasilkan menggunakan bahan kurma dan ia di sediakan khas untuk mereka yg mengamalkan kesihatan dan diet. Di sini ada Kurma Smoothie, Kurma Pudding, Kurma Cheese Cake dan juga buah Kurma untuk di nikmati. Kalau yg suka makan buah-buahan juga ada sediakan khas bahagian buah-buahan fresh terutama Raja Buah iaitu Durian. Boleh di makan segar dan di kupas sendiri oleh chef di sana.



Mahamahu memang rasa puas hati kalau nak dtg sini buka puasa memang banyak pilihan dan sedap2. Rugi tak dtg kalau bulan puasa ini memang ia khas untuk seluruh warga KL dan Selangor yg berhampiran. Buffet Ramadhan ini akan bermula dari 2 Jun hingga 25 July 2014. Bagi yg buat tempahan awl sebelum 30 June ini akan dapat tawaran harga RM120nett untuk seorang. Untuk maklumat lanjut atau tempahan boleh hubungi mereka seperti di bawah. Sebarang pendapat dan pandangan anda terhadap service atau makanan di Marriott Hotel boleh berbuat demikian.

MARRIOTT PUTRAJAYA HOTEL
Tel : 03 - 8949 8888
Email : food.bev@marriottputrajaya.com
Website : www.marriott.com/kulpg

Terima kasih kepada team Dineout kerana menjemput Mahamahu untuk review di Marriott Putrajaya untuk buffet Ramadhan kali ini. Dineout adalah satu lagi directory yg di sediakan untuk mencari atau mendapatkan informasi tempat makan menarik dan terbaik di Malaysia.