Ramai juga yang bagi respon tentang isu ini ada yang telah jadi mangsa tak kurang juga yang memang dah tahu tentang tipu helah mereka. Apa pun kalau anda ada telihat dan juga terjebak dengan mereka2 ini ada beberapa perkara yang korang boleh lakukan. Ini dapat membantu siasatan pihak berwajib iaitu KPKT dalam memastikan syarikat ini tidak melanggar undang2 yang di tetapkan.
Perkara yang korang boleh lakukan sekiranya terjebak :-
1) Kalau terlihat kakitangan yang berpakaian merah dan ada tulisan DIS CARD serta ada replikas rumah korang boleh ambil gambar situasi dan catatkan perkara penting seperti Masa, Tarikh dan Lokasi mereka buat jualan.
2) Lepas tu terus buat aduan secara online kepada KPKT
3) Kalau korang telah terpedaya dengan terbayar sejumlah wang sepertimana yang mereka janjikan juga kena buat aduan kepada KPKT ini kerana ia akan memudahkan siasatan dan mengumpulkan bukti tentang aktiviti yang mereka lakukan.
4) Kepada mereka yang telah buat pembayaran juga korang boleh tuntut wang tersebut di syarikat ini dengan datang terus ke pejabat mereka.
5) Sekiranya gagal untuk buat tuntutan atau mereka tidak mahu membayar wang yang anda bayar tersebut boleh buat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) atau pihak polis.
Tindak2 yang Maha senaraikan ini adalah apa tindakan korang boleh buat mengikut undang2. Kadang2 orang kita suka bertindak mengikut nafsu tak bagus membahayakan diri. Kita salur pada mana2 saluran yang terbaik agar terus dapat di bendung tentang skim sperti ini sepenuhnya.
Sebenarnya Maha telah buat aduan kepada KPKT secara online dan pegawai di KPKT telah menghubungi Maha melalui telepon dan menyatakan beberapa perkara. Hasil dari perbincangan antara KPKT dengan pengurusan pihak syarikat ini dan mereka telah mengesahkan bahawa syarikat ini hanya menjual kad diskaun sahaja. Sebab tu bila korang daftar akan dapat resit dan borang pendaftaran DIS CARD. Ini kerana ia adalah pembelian kad diskaun sahaja.
Mereka juga menyatakan bahawa mereka bukan menjual rumah tapi menjual kad diskaun. Rumah itu hanyalah sedikit strategi yang mereka gunakan untuk mengelirukan pembeli di luar sana. Mereka juga telah menyatakan akan memberhentikan semua promosi dan juga jualan di mana2 pasaraya. Mereka juga telah menyatakan bahawa semua pengguna yang telah membuat pembayaran boleh membuat tuntutan duit tersebut di syarikat mereka dengan membawa semua resit yang telah di berikan semasa pendaftaran.
Jadi korang kena ambil berat tentang isu ini kerana kebanyakan mangsa adalah orang Melayu sebab kebanyakan golongan ini sangat2 memerlukan rumah sekarang. Tambah lagi kalau ada promosi rumah murah seperti mana yang di janjikan. Jadi jangan jadi mangsa kalau anda dah jadi mangsa ambil tindakan sewajarnya ok. Semoga kita bebas dan terselamat dari semua perkara yang meragukan ini.
Chef Wan Mengamuk Pasal Nasi Lemak - Salam sejahtera semua pembaca dan rakan2 blog Mahamahu sekalin. Tajuk kali ini agak serius juga sebab yg mengamuk ni bukan calang2 org seorang chef peringkat antarabangsa dan seorang yg di segani dalam dunia masakan. Beliau mengamuk pun bukan pasal biasa ini pasal service makanan Malaysia ke mata dunia. Nak tahu knp kalau kawn2 follower instagram Chef Wan mesti tahu.
Ni kisah pada 30 Jan yg lepas di mana Chef Wan telah muat turun satu gambar nasi lemak yg di ambil dalam penebangan MAS ke Bangkok. Chef Wan hari tu naik penerbangan class economy dan telah di serve dengan sebungkus nasi lemak yg di gelar "Nasi Lemak Telanjang". Huhuhu kalau tgk pada pic yg di upload tu memang padan pun dpt gelaran tu. Teruk betul service daripa penerbangan Malaysia ni nak serve kat org luar lak tu malu-malu.
Kata Chef Wan dalam pic instagram tersebut :-
"This sad looking Nasil Lemak from MAS for sarapan sungguh memeranjat kan.. The fact that its our national career and we dont take pride in providing our so call most famous Malaysia breakfast that kita Agong2 kan bangga serata dunia and to show case this on international flight without the proper timun and kacang serta ikan bilis nampak macam miskin sangat sarapan Malaysia ini."
Memang nampak miskin sebab hanya ada nasi, telur rebus dan juga sambal. Saling tak tumpah mcm kat kedai mamak kadang kedai mamak pun ada timun dan kacang. Pelik lah sebab ni penerbangan international negara yg membawa pelancong luar negara patut servelah yg seperti masakan negara kita. Betul tu teguran Chef Wan supaya tak ambil mudah perkara remeh mcm ini kerana ia akan mencalarkan image negara. Bayaran tiket bukan murah tapi bab makanan di pandang rendah tak boleh tak boleh.
Tahun Melawat Malaysia 2014 patut kita kena tunjukkan segala yg bagus dan baik. Kalau Chef Wan dah tegur ni kena ambil perhatian kerana beliau adalah Duta Masakan Malaysia. Sebelum ini Chef Wan pernah menegur sebuah hotel 5 bintang atas masalah Lasak Nyonya yg tidak mengikut standard masakan sebenar negara kita. Kalau Chef Wan tegur pasal blog Mahamahu ni tak tahu lah nak ckp apa tabik hormat jer lah hehehehe....
Salam semua pembaca dan juga pengikut blog Mah@mahu terima kasih kerana hari2 dpat comment cari anda kalau tak sempat jawab maaf lah mungkin sibuk utk rayakan. Dalam sibuk membuat persiapan raya ni kita di Malaysia bukan sahaja di kejutkan dengan bunyi mercun di sekeliling rumah tetapi lebih dasyat apabila kes2 bunuh melibatkan senjata api setiap hari pasti berlaku di negara kita. Selama Mah@mahu hidup ni jarang sgt dgr kes bunuh melibatkan senjata api yg senang seperti sekarang.
Mana tak senang dengan berbekalkan sebuah pistol dan peluru berkenderaan motor sahaja jenayah membunuh sasaran di lakukan tidak lebih daripada beberama minit. Mangsa mereka yg mempunyai dendam atau niat untuk membunuh kerana tidak puas hati. Begitu mudah sangat pembunuhan bersenjata di Malaysia berlaku sebelum ni selalu dgr pembunuhan melibatkan sejata berlaku di negara luar so dalam hati tak risau, tapi bila berleluasa belakau di negara sendiri hati ini makin jadi risau.
Selepas satu kepada satu kes pembunuhan berprofile tinggi juga melibatkan senjata api. Seolah-olah ia bagaikan mainan bunga api yg di jual di Bazar Ramadhan mudah untuk di dapati. Tetapi mereka yg melakukan ini cukup profesional kerana tiada sebarang bukti dan saspek yg berjaya ditangkap pihak berkuasa. Malah mangsa sasaran mereka bukan sahaja tertumpu kepada mereka yg berkedudukan tinggi malah cikgu juga menjadi mangsa bunuh dengan senjata api.
Tak tahu kat mana silapnya, Mah@mahu tidak menunding jadi kepada mana2 pihak. Cuma kebimbangan dalam diri ini makin tidak dpt di bendung kerana hari demi hari kes asyik kelaur di akhbar dan juga menjadi tajuk utama berita membuatkan rasa tidak selamat. Walaupun menerut kata pihak berkuasa ia adalah kes terpencil da tidak besar tapi kalau hari2 ada sahaja mangsa mati kerana pistol ia sudah makin merbahaya. Jgn sampai kena pada ahli keluarga dan sedara mara sendiri baru nak mula segalanya dah telambat, minta jauhlah daripada bahaya tu.
Tambah2 nak dekat raya ni risaulak kalau kuar2 rumah jer terus jadi mangsa tak kira tua muda org kaya atau org miskin. Kalau dah di bayar sapa2 saja sanggup di buru demi mendapat pampasan bayaran yg lumayan. Harap pihak berkuasa tidak ambil remeh isu ini kerana nyawa bukan ada gantinya. Mungkin penguatkuasa undang2 kena lebih tegas dan lebih terperinci agar mereka rasa gentar utk tidak melakukan perbuatan jenayah ini. Jgn gunakan kebebasan yg di berikan oleh Malaysia untuk membuat sesuka hati demi mendapat kepuasan diri sendiri. Moga kita terlindung dari mala pertaka ini dan di jauhi daripad bahaya ini Insyallah....Selamat berpuasa....
Salam sejahtera semua rakan dan juga pembaca blog Mah@mahu moga minggu2 cuti sekolah ni dapat di habiskan masa bersama insan tersayang. Mesti ramai dikalangan anda ada membaca dan menjadi pembaca setia kepada sebuah blog Politik yg juga tajam dan menjadi perhatian kepada rakyat Malaysia tambah2 dah nak dekat PRU13 ni. Tapi percayakah anda kalau di katakan blog ni sebagai blog berbahaya untuk di lawati.
Menurut pemerhatian dan juga kajian satu organisasi swasta bahawa blog Pisau.net kalau korang baca ia di kategori antara berjuta Malicious Web Sites atau Malware di Malaysia. Apa itu Malware? Malware adalah perisian yang digunakan atau dicipta oleh penyerang untuk mengganggu operasi komputer, mengumpul maklumat sensitif, atau mendapat akses kepada sistem komputer peribadi. Ia boleh muncul dalam bentuk kod, skrip, kandungan aktif, dan perisian lain (info dari Wikipedia).
Bahayakan, tapi terkejut gak sebab hasil siasatan awal bahawa laman ini di kategorikan sebagai Malicous Websites adakah ia akan memberi kesan kepada pengguna atau pembaca blog ini? Adakah ia agent yg menghantar pengintip untuk medapatkan kerahsiaan negara atau individu tertentu? Mcm mana dia klasifikasikan blog ini sebagai website Malicious pun masih menjadi tanda tanya dan masih dalam siasatan.
Sebenarnya kat luar sana tu byk sgt website yg menjadi Malicious kepada pengguna internet sekrang. Kadang2 cuma bertopengkan tentang isu2 dan juga ayat2 manis tapi sebenar nak sebar spam atau virus. Kita sebagai pengguna kena pandai melindungi perisian atau komputer daripada serangan seperti memasang antivirus atau pun tidak melayan atau mengklik mana2 link yg mengcurigakan. So semua berhati-hati melayari internet dan selamat berblog....
*Sumber di perolehi daripada organisasi swasta berdaftar
Salam sejahtera kepada semua rakan2 dan juga pembaca blog Mah@mahu yg tak seberapa ini. Hari Jumaat yg mulia dan penuh keberkatan ini di harap memberi kita satu hari yg cukup bertuah kepada kita. Mulakan hari anda dengan niat dan doa agar di lindungi dan mendapat rahmat daripadaNya Insyallah. Itulah Mah@mahu nak kongsi bersama rakan2 sekalian tentang tuah hari ni.
Tapi ni bukan tuah bak kata Husin dalam Hantu Kak Limah "ni bala ni" hehehehe. Bukan apa hari ni pagi2 selalu Mah@mahu mcm biasa org lain juga akan semak email dan juga melihat apa perkembangan terbaru sebelum memulakan tugas. Tapi hari cukup memeranjatkan yg Mah@mahu telah di umumkan menang sebuah peraduan dengan tawaran hadiah RM430,000,00 tak ke gila tu. Itu lagi lah tak logik kan memang gila. Malah peraduan ni pula siap guna nama sebuah syarikat penerbangan tambang murah terpopular di Malaysia siapa lagi kalau bukan Air Asia.
Percaya tak korang bila buka email dan dpat satu email menyatakan anda menang hadiah wang tunai RM430 ribu. Mesti menjeritkan bila baca tapi hakikatnya korang sendiri tidak pernah masuk contest tu. Ini lah tektik penipuan daripada mailware or spamer yg mahu maklumat kita secara penipuan melalui email. Kalau korang tak caya baca email yg di hantar kepada Mah@mahu pagi tadi.
Tapi Mah@mahu tahu ni bukan keje Air Asia tapi kerja2 mereka yg tidak bertanggungjawab. So apa lagi tugas kita kena mengadu sebrang masalah email ni kepada SKMM atau CFM untuk dia org ambil tindakan kepada pihak2 yg berniat jahat ni. Lepas ni kawn kena hati jng mudah percaya kepada email2 palsu dan perangkap ni. Cuma nasihat dan ingat mengingati sahaja hehehe...
Salam semua rakan2 pembaca dan juga rakan2 blogger lain yg bersama berjuang dalam arena blogging ini bersama2 untuk memberi informasi kepada pembaca. Paling penting mesti tepat dan berguna kepada semua. Itu yg Mah@mahu nak kongsi hari ni pasti semua dah pernah tgk promo bagi laman aduan secara online oleh KPDNKK. e-Aduan adalah satu lagi gerbang kerajaan dalam mengurangkan birokrasi dan mempercepatkan aduan pengguna yg teraniaya.
Layari ker site
http://e-aduan.kpdnkk.gov.my dan kat sana anda boleh buat apa2 sahaja aduan berkaitan dengan isu pengguna. Kalau ada penjual menaikkan harga sesuka hati, aduan barang yg di jual rosak atau tamat tempoh, aduan terhadap service daripada peniaga yg tidak memuaskan serta penganiayaan terhadapan anda selaku pengguna dan pembeli. Kerana kuasa membeli yg menentukan peniaga bukan peniaga senang2 nak naikkan harga.
Untuk maklumat lanjut berkaitan aduan anda atau laman sesawang ini anda boleh hubungi.
Email : e-aduan@kpdnkk.gov.my
Hotline: 1800-886-800
Menurut laman sesawang ini pihak KPDNKK ada menyatakan bahawa,
"Dengan adanya sistem ini, adalah diharapkan urusan orang ramai dengan KPDNKK akan dipermudahkan lagi"
So harap tidak tibul isu aduan lambat ambil tindakan dan juga aduan yg terpaksa menunggu terlalu lama untuk selesai. Ini satu inisiatif kerajaan dalam menambah baik perkhidmatan kerajaan dan juga keselesaan pengguan. Kita pula sebagai pengguna kena guna peluang yg ada ni jgn di biarkan begitu sahaja. Adu lah apa sahaja yg tidak betul dalam urusan peniagaan untuk kesenangan bersama.
Salam semua pembca dan juga pengikut blog Mah@mahu yang tidak seberapa ini tapi harap2 dapat membantu dan berkongsi apa yg kita ada untuk kebaikan bersama. Begitu lah juga kalau ada service yg tidak berapa memuaskan. Maaf lah kepada ZALORA portal kegemaran ramai. Tak di nafikan memang barang dalam tu cantik dan mcm2 pilihan membuatkan kita boleh beli dengan cara paling mudah dan cepat.
Cuma bila dah beli tu lah dah start buat pembayaran mula lah masalah. Bukan masalah besar tapi rasa mcm ralatlah sebab dia buat kat Mah@mahu mcm tu. Satu nama yg cukup gah juga lah kan Zalora sapa tak kenal. Tapi bila hantar barang mesti guna khidmat delivery tak kisah tapi pastikan dia ada SOP yang betul. Baru tak main pass2 pada org lain mcm main bola jer.
Perkara ni baru terjadi semalam kat Mah@mahu tu yg angin satu badan semalam. Kisah dia mcm ni, Mah@mahu ada beli satu barang iaitu Flip Flop dari Zalora portal. Bila dah beli tu tunggu lah untuk penghantaran. Kelmarin dpt call dari delivery katanya nak hantar barang Zalora, tapi masa tu Mah@mahu tgh keje and tak ada kat rumah so set ngan driver tu nak bagi barang lepas waktu keje nak hantar kat rumah. Mah@mahu blk keje tu tunggu lah kot2 dia dtg blk tapi diam tak ada langsung call. Mah@mahu call dia pun tak angkat tak tahu lah sibuk kot byk tempahan.
So semalam tunggu lagi takut2 ada delivery daripada Zalora tapi tak dapat call langsung. Lepas keja Mah@mahu terus lah call Zalora Call Center yg ada dalam web site tu lah. Dia angkat and kata perlukan no pembelian nak check status penghantaran kat mana. Bila dah bagi dan check boleh pulak org Zalora tu bagi no call delivery yg patut hantar barang tu, suruh Mah@mahu call sendiri delivery tu siap bagi trace number katanya penting bila call delivery tu sebab dia kata barang tu tak ada kat dia org dah semua delivery dah ambil. Ok lah Mah@mahu pun dengan rela hati call lah delivery tu.
Bila dah call delivery tu dia minta trace number and bagi kat dia pastu dia check. Dia kata barang tu dah ada kat agent penghantar so boleh lak dia bagi no agent penghantar tu dan minta Mah@mahu call sendiri dan tanya pasal barang tu. Kat situ dah mula angin sikit sebab main pass2 ni tak best ni semua nak lepas tangan tak nak tanggungjawab. So tak apa call gak sebab nak tahu barang tu kat mana. Lepas call agent tu and dia pun minta trace number so Mah@mahu pun bagi lagi and dia check tak tahu kat sistem ker mana lantak lah.

Dah dia check pastu dia kata barang tu ada kat driver, so tak ada kat office jadi dia boleh pulak suruh Mah@mahu call driver dia tanya barang tu kat mana. Kat situ dah mula angin terus satu badan dah lah kita ni kena pass2 beberapa stage entah pastu boleh lak suruh kita call driver dia. Bukan tu tanggungjawab dia ker nak call driver dia kat mana. Apa lagi mula membebel kat org office tu tak tahu lah pompuan tu diam jer Mah@mahu kata lah knp saya kena call patut awk tanya drive awk kat mana pastu minta driver awk tu call saya semula.
Terus perempuan tu kata ok anda dia call kot driver dia. Lepas tak sampai beberapa minit tu ada driver dia call Mah@mahu guna no phone yang org semalam call. tapi driver tu cakp semalam dia cuti dia kata kawn dia yg ganti dia untuk hantar barang. Mcm pelik jer abg tu. Tapi nasib baik driver tu baik bagi salam and mesra tak adalah Mah@mahu nak angin satu badan lagi. Terus jadi lega, tapi best abg driver tu siap hantar barang kat pasaraya Gaint lagi sebab masa dia call tu Mah@mahu ada kat sana beli barang. Bagus lah abg driver tu tahniah untuk dia lah kerana keja bagus. Tu pun mungkin lepas boss dia marah kot hehehe. Thanks abg driver buat hati Mah@mahu reda sikit.
Bila dah dpt brang rasa lega tapi sampai rumah tgk barang lak ada masalah lain. Masalah barang saiz tak sama lak. Kecik sngt Mah@mahu ambil saiz 10 tapi terlalu kecil mcm saiz 5 atau 6, dah jadi kes nak kena pulang semula lak ni. Aduhhhh pening2 pala nak fikir nak kena call org Zalora ni semula entah apa lagi dia nak ckp nanti sbr jer lah. Moral of the story yg panjang lebar ni, kita nak buat satu yg gah tapi SOP tak betul and pastikan cutomer always right and u must doit for customer first. Wahhh speaking lak hehehe. Apa pun mungkin serik kot nak beli barang kat portal lepas ni.
Salam kepada semua pembaca blog Mah@mahu moga sihat dan gembira selalu hendaknya. Hari penuh bahagia ini di mulakan degan rasa syukur kehadrat Ilahi dengan limpah dan inayahnya dapat kita teruskan kehidupan dengan aman dan penuh sentosa. Jng kita rosakan semua kebahagian ini dengan perkara yg kita sendiri rasa tak puas hati.
Tapi hari ini dah terima satu lagi sms daripada no yg sama berkaitan dengan pilihan raya gak. Pelik2 org yg hantar ini adakah org politik sendiri atau org yg menjadi batu api untuk meraka ni. Nak percaya atau tidak susah sebab kadang2 perkara tu mcm tak logik. Nanti byk sgt dpt sms mcm ni ada gak yg kena buat aduan kat SKM ni heheheheh... Baca lah sms yg Mah@mahu terima hari ni lagi tak berkaitan....
Mcm mana ni nak pergi tak hehehehe... Memang tidak lah kan. Byk lagi keje nak buat ni. Tapi pada yg rajin sms kat Mah@mahu ni adalah amaran akhir sebelum Mah@mahu buat laporan kat SKM ok. Ingat tu tak mau lah sms2 PRU ni bosan. Mah@mahu dah tahu mana nak pilih dan dan pasti Mah@mahu akan pergi mengundi ok.
Rakan2 lain jng lupa untuk mendaftar mengundi hehehe. Kerana mengundi menentu masa depan negara kita. Jom ramai2 mendaftar untuk mengundi jng abaikan tanggungjawab kita sebagai pengundi yg layak.
Salam semua rakan2 dan juga pembaca blog Mah@mahu agar sihat dan gembira selalu bersama insan tersayang hendaknya. Hari ni penuh gembira maklumlah dah minggu gaji mesti ramai dah plan dan buat perancangan apa yg hendak buat dengan gaji tu kan. Harap semua pandai bebelanja dan jimat untuk masa depan bersama kan. Mah@mahu ni pun nasihat untuk diri sendiri maklumlah asyik sengket jer tapi jng risau semua peserta kontest Mah@mahu hadiah anda semua dah ada hehehehe...
Hari ada satu perkara pelik berlaku kat Mah@mahu. Tadi masa tgh keja tiba2 jer dpt satu sms misteri daripada insan tidak di kenali. Sms pun mcm tak ada kaitan jer dengan Mah@mahu ni. Tak tahu nak ckp adakah ini hanya kempen pilihanraya atau apa entah lah. Kalau nak tahu baca kat pic bawah ni....
Korang rasa ini apa kes yer.. Tiba2 jer dpt dari no tak di kenali lak tu. Kalau yer pun Mah@mahu ni bukan lah org Johor layak ker hehehehe.. Apa pun ni mungkin hanya pancing undi untuk PRU yg bakal tiba nanti. Nasib tak mudah terpedaya harap rakan2 lain pun tak terpedaya ok... Kalau ada yg dpt leh kongsi gak sms merepek ni. Tak mungkin akan ada lagi byk sms2 mengarut mcm ni siap sedia lah ok....
Salam semua rakan2 dan juga pembaca blog Mah@mahu harungi hidup anda dengan penuh tabah dan kekuatan kerana hari in adalah pengalaman untuk hari esok dan hari esok adalah masa depan untuk hari ini. Tiba lak Mah@mahu ni leh bermadah dan perkarya ni hehehehe. Sebenarnya dalam ruang cyber tanpa batas ni semua lebih mudah dan lebih cepat. Tapi dalam ketidak batasan ini kita jng lupa bahaw ramai org juga suka ambil kesempatan pada kealphaan kita.
Jadi dengan kebatasan ini maka pihak kerajaan Malaysia telah mengambil satu tindakan untuk memastikan bahawa kesejahteraan pengguna IT di Malaysia ini terus terjamin. Tertubuhnya CFM atau Consumer Forum of Malaysia pada tahun 2001 menjadi platform untuk rakyat Malaysia membuat sebarang aduan terhadap masalah dalam dunia IT ini. Di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM ini adalah tempat untuk anda membuat aduan secara online dengan mudah dan cepat.
Mengikut statistik yg telah di keluarkan oleh CFM sepanjang ia beroperasi menunjukkan aduan berkaitan Bill dan Caj yg tidak berpatutan di kenakan kepada pengguna. Kadang2 kita tak sangka bahawa kita di kenakan caj yg tidak sepatutnya dan caj2 tersembunyi ini. Oleh itu pusat ini menerima aduan anda apa lagi buat laporan sekrang terhadap masalah berkaitan IT.
Jika phone anda ada masalah talian yang sentiasa tiada atau pun selalu jer putus tak kena mengena boleh juga buat aduan kat sini. Menerima sms spam daripada pihak yg tidak bertanggungjawab juga boleh di adukan di sini. Kalau talian internet selalu putus dan juga selalu sgt tidak dapat boleh buat aduan kat sini secara online. Mcm2 lagi lah aduan yg boleh di buat. Untuk anda layari
www.cfm.org.my sekrang dan buat laporan anda.
Salam semua kawn2 dan juga pembaca blog setia Mah@mahu di harap lebih sihat dan sejahtera hendaknya. Baca tajuk entry hari ni jer ramai lelaki dah tetelan air liur hehehe... Entry ni agak serius tapi ia ada menfaat pada kita semua selaku pengguna agar tidak tertipu. Namun kita sebagai penulis blog juga patut lebih perihatin kepada perkara2 yg boleh mandatangkan bahaya kepada pengguna. Bukan sekadar nak kaut untung sahaja, kabur mata bila dpt tawaran mahal untuk iklan. Nasihat Mah@mahu untuk diri sendiri gak ni...
Ini bukan lah sindiran atau kutukan atau nak menjatuhkan mana2 pihak tapi kalau anda tgk pada tajuk iklan ini apa anda rasa...
Mesti menarik bukan, ramai lelaki luar sana akan tergila2 untuk mengklik iklan tersebut bukan. Tgk daripada segi bahasa, strategi marketing pengiklanan ini memang cukup bagus. Tapi tidak sebagus product yang hendak di jualkan. Ia adalah produk kekuatan batin lelaki sebab tu tajuk nye Anda Nak Kahwin Tiga?
Namun Mah@mahu nak tgk kesahihan produk ini yg makin berleluasa di jual secara online. Terutama iklan secara online kat akhbar tablot no 1 negara, mcm2 product untuk tenaga batin ada. Tapi tahukah kita akan kesahihannya. Maka bagi mendapat kepastian itu Mah@mahu sendiri telah menghantar kepada pihak Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendapat kepastian adakah produk ini di daftarkan atau telah menjalani ujian dari mereka.
Ini jawapan yg Mah@mahu terima cukup mengejutkan....
 |
| Klik untuk membaca lebih jelas |
Cukup gerunkan kesan sampingan yg kita tak nampak. Hanya letak iklan sahaja hidup boleh musnah kalau salah pilih. Tambahan lagi blog2 yg dah ramai pembaca dari pelbagai peringkat umur. Blogger sekrang dah jadi mcm public figure kepada masyarakat paling dekat di hati masyarakat. Jadi isu2 mcm ni kena tgk agar kita tidak di tuduh sebahagian daripada perosak negara. Mana tak iklan product yg tidak daftar dah tu tidak di sahkan benar2 sihat bahaya tu.
Mungkin pihak berwajib perlu pantau serius tentang iklan2 yg tidak senonoh di laman sesawang sekarang. Jng kita lihat yg di tampal atau di gantung kat tiang elektrik atau tepi2 jalan sahaja. Tapi yg betul2 depan mata dalam talian ini tidak langsung di ambil tindakan. Sama2 kita ambil ikhtibar tentang isu ini. Sama2 beramal dan sama2 menjaga keamanan negara. Berbloglah secara sihat...
Salam semua kawn2 dan pembaca setia blog
Mah@mahu. Jutaan terima kasih kepada anda kerana menjadikan blog
Mah@mahu ini sebagai sumber rujukan dan panduan anda. Hari tu
Mah@mahu ada buat 2 entry untuk permasalahan email beracun yg tidak menyenangkan nak tgk klik
sini.
Mah@mahu pun telah membuat pengaduan kepada pihak berwajib iaitu
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia atau
SKMM.
Mah@mahu menggunakan sumber yg betul agar tiada keraguan kepada segala kemuskilan yang timbul.
Ni adalah jawapan yang Mah@mahu terima daripada pihak mereka pada 7 June lepas :-
Satu jawapan yg selamatlah, ia tak ubah seperti satu nasihat biasa daripada mereka sebagai tanggungjawab mereka. Namun bukan lah jawapan yg konkrit untuk Mah@mahu ambil tindakan. Sebab Mah@mahu tanya perlu ker untuk membalas email ini atau perlu abaikan. Tapi tiada apa2 kata mereka hanya minta untuk berhati-hati sahaja. So Mah@mahu tak tahu mcm mana nak report lagi tentang isu email beracun ini.
Mungkin sesetengah pihak perlu pantau menda ini dengan lebih seriuslah bukan sekadar melepas batuk di tangga. Mungkin juga mereka ada level tahap kritikal kepada beberapa isu email ini dan isu yg di hantar oleh Mah@mah adalah pada tahap biasa so itu lah jawapan yg sepatutnya dihantarkan. Tak tahu lah itu cuma andaian sahaja apa pun terima kasih SKMM kerana sudi membaca aduan Mah@mahu. Kawn2 ada tak kes mcm ni.?? Gunakan kuasa kita.
Salam sejahtera kepada semua rakan2 blogger dan juga rakan2 pembaca blog Mah@mahu moga hari-hari anda akan lebih ceria dan gembira selalu hendaknya. Masih dalam mood cuti sekolah ini ramai ibu bapa dan juga anak2 bercuti di kg dan menghabiskan masa berkualiti bersama insan tersyang. Gunakan kesempatan ini untuk bersama-sama mereka agar tidak terlambat untuk menunjukakan kasih sayang kita pada insan paling kita sayang. Khidmat nasihat ini dibawakan khas oleh Mah@mahu...
Tapi ada lagi penting nak kongsi ilmu bersama pembaca sekalian. Dalam minggu lepas
Mah@mahu ada post isu barkaitan email beracun. Kalau nak baca klik kat
sini dan kat
sini.
Mah@mahu sendiri tak tahu nak buat mcm mana dah set spam dalam email pun masih ada lagi masuk kat Inbox perkara-perkara tak sihat ni. Maka
Mah@mahu telah ambil tindakan dengan membuat aduan kepada
SKMM iaitu badan kerajaan yg menguruskan perihat berkaitan teknologi dan maklumat di Malaysia.
So
Mah@mahu masih menuggu jawapan dari meraka apa pendapat dan juga tindakan yang boleh
Mah@mahu nak buat pasal isu-isu email berangkai ini. Kalau kawn nak buat aduan boleh jer mudah dan cepat. Ikuti langkah-langkah yg telah
Mah@mahu sediakan untuk anda agar segala perkara penyalahgunaan IT ini dapat di bendung.
Langkah 1) Layari laman web
http://www.skmm.gov.my
Langkah 2) Lihat sebelah kanan page SKMM dan klik pada butang "Aduan SKMM"
Langkah 3) Klik pada butang "Aduan Baru"
Langkah 4) Akan keluar borang pengaduan dan isi segala maklumat di perlukan termasuk jenis aduan dan juga penerangan berkaitan aduan anda.
Langkah 5) Setelah menghantar aduan anda akan menerima pengesahan dan juga no. rujukan aduan anda.
Langkah 6) Anda akan menerima pengesahan aduan melalui email dan segala aduan anda akan di balas melalui email atau panggilan telepon.
Sekiranya anda ingin membuat aduan dengan cara lain juga di sediakan seperti maklumat di bawah ini.
Nanti Mah@mahu akan post any action from MCMC untuk kegunaan kita bersama. Harap2 lepas ini kita tidak di tipu oleh mereka lagi hati-hati bukan sahaja di jalan raya malah di line internet anda kerana sekali klik membawa padah.
Salam semua pembaca blog Mah@Mahu. Moga gembira dan sentiasa di murahkan rezeki daripadaNya. Hari ni nak share satu penipuan lagi menggunakan medium yg sama untuk menjerat pengguna yg naif. Mah@mahu sendiri terima email berangkai ini yg bila di click sebenarnya adalah link kepada laman lain. Tapi caranya cukup licik menggunakan laman yg cukup glamor YouTube.
Tgk email di bawah Mah@Mahu rasa ramai yg dpt email seperti ini. Tapi mungkin ada yg sedar ada yg tak berapa sedar sebenarnya. Mah@mahu pun hampir2 di tipunya. Sebab paling nyata Mah@mahu tak pernah pun mengupload video kat laman Youtube. Memang ada daftar akaun tapi tak ada video pun seperti yg dinyatakan dalam email tu. Nak tahu tgk gambar email uh Mah@mahu sempat ambil ini.
Tgk pada gambar kat atas ni sebenarnya link yg di berikan adalah link untuk di sambungkan kepada laman lain. Tak tahu laman itu adakah laman yg selamat atau tidak. Kalau kita letak mouse kat link tu kita leh lihat sendiri link lain yg akan keluar bila kita click. Kat situ dah jelas nyata penipuan menggunakan laman Youtube ini. Kawan2 hati2 lah takut ada unsur penyebaran virus atau penggodam cuba untuk merosakan PC anda.
Salam semua rakan2 dan juga pembaca setia blog
Mah@mahu ini. Semoga dapat kongsi maklumat bersama-sama dan juga dapat memberi pendapat agar dapat di tambah baikan blog ini.
Mah@mahu menghargai anda dengan contest "
Mahamahu.com anda Mahu 2012" jng lupa untuk sertainya masih terbuka kepada semua blogger di Malaysia.
Tu pasal contest kat blog Mah@mahu, ni lak satu lagi berita di terima tak tahu boleh percaya atau tak tapi daripada isi email tersebut seolah-olah serius dan berat. Melibatkan penyalah gunaan maklumat peribadi Mah@mahu sendiri. Email ini di hantar menggunakan logo Intel dan juga alamat Intel di Amerika Syarikat. Susah nak percaya tapi daripada email ini mcm bahaya jer.
Bunyi email dari Intel ini lebih kurang mcm ni setelah di terjemahkan:-
Kami baru-baru ini telah menentukan bahawa maklumat tertentu peribadi milik anda mungkin telah dikompromi melalui laman web luaran yang dihadapi. Laman web yang terlibat telah digunakan untuk menyokong dua pertandingan yang ditaja oleh Intel dan melibatkan koleksi nama anda, Identiti Negara, alamat surat-menyurat rumah, nombor telefon, dan alamat e-mel.
Kami telah memaklumkan kejadian ini, dan telah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengelakkan pendedahan lanjut. Kami tidak mempunyai apa-apa bukti bahawa maklumat anda telah disalahgunakan, dan kami percaya bahawa kemungkinan penyalahgunaan itu adalah rendah. Kami mengingatkan anda supaya anda boleh mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk melindungi diri anda. Cara yang paling biasa maklumat ini boleh disalahgunakan untuk melakukan kecurian identiti atau penipuan kredit. Kami mengesyorkan anda mengkaji semua penyata akaun peribadi anda.
Dalam email tu siap nyatakan lagi alamat email yg boleh di gunakan untuk mereport masalah ini dan juga alamat office Intel di America Syarikat. Susah nak percaya tapi dgr mcm seriuskan melibatkan maklumat peribadi. Apa tindakan yg boleh Mah@mahu ambil untuk perkara ini kalau sapa2 ada pengalaman bagitahu adakah ini palsu atau benar. Adakah Mah@Mahu perlu laporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi. Please help me!!!!....
Salam semua rakan2 dan juga pembaca blog Mah@mahu moga hari-hari anda penuh dengan nikmat dan keberkatan. Hari ini ramai ibu bapa masih bercuti dan ada juga yg masih menemani anak2 di kg. Maklumlah cuti sekolah telah tiba maka segalanya kembali lancar. Seperti keadaan lalu lintas di KL ni kembali lancar dan tiada jem yg teruk sgt seperti hari2 biasa.
Ada juga ibu bapa pergi membawa anak2 becuti atau berjalan2 membeli belah. Bila sebut membeli belah pasti kita akan jumpa kedai atau mana2 butik yg ada pekerjanya pendatang asing. Tak kisahlah kedai baju ker, kedai telepone ker, kedai makan paling byk pekerja warga asing seperti Bangladesh, Nepal, Pakistan, Indonesia dan byk lagi lah.
Kalau nak membeli kat kedai yg pekerjanya adalah pendatang asing kena berhati-hati ada beberapa tips daripada Mah@mahu kepada semua supaya tidak tertipu atau tekena seperti yg pernah Mah@mahu sendiri kena. Pertama sekali pastikan kita membeli di kedai yg pekerjanya bukan pendatang asing. Kalau ada kedai ownernya org tempatan baik kita pergi beli kat situ. Cuba elakkan lah tapi kalau tak ada nak buat mcm mana kena pergi gak.
Cuma bila kita pergi di kedai yg pekerja pendatang asing pastikan kita tahu harga asal barang yg hendak di beli. Kalau boleh biar ada tanda harga atau katalog harga barang tersebut. Ini mengelakkan daripada kita di tipu dengan harga yg di naikkan sewenang-wenangnya. Kalau tak ada kita tanya dan kita servey ke beberapa kedai lain kerana kadang2 harga tak sama setiap kedai mengikut pekerja tersebut. Lagi bagus kalau kedai tu ada ownernya sendiri kerana kita dpt tawar harga lebih rendah dan jimat.
Kemudian pastikan layanan mereka, kerana majoriti kedai yg ada pekerja pendatang asing ni tidak mesra malah kadang2 tidak tahu langsung berbahasa melayu tak faham. Silap2 dia buat tak tahu jer atau pun dia perli kita tak pandai bahasa Inggeris. Mah@mahu pernah kena pekerja mcm tu dia tak faham bahasa Melayu suruh ckp Inggeris lepas tu apa lagi kutuk2 lah dia. Kalau boleh tuan kedai ambil lah pekerja yg fasih bahasa melayu atau pun yg tahu bahasa Melayu. Ni langsung tak tahu minta lain dpat lain lagi padah.
So kena hati2 lah pada kita yg membeli ini. Kdang2 kena tipu buta2 jer barangan yg hendak di beli lebih mahal dari harga sebenar. Cuma kena hati2 dan juga pandai tgk situasi. Kalau mcm tak best jer pekerja tu kita cari kedai lain kita ada kuasa menentu untung rugi kedai bukan mereka yg memaksa kita membeli. Sama2 bijak sama2 menang membeli.
Salam semua rakan2 dan juga pembaca setia blog Mah@mahu. Terima kasih atas sokongan anda sehingga kini memberi kekuatan untuk Mah@mahu menulis lagi hehehehe.. Dah mcm ucapan pemimpin negara lak. Kali ni nak share ngan kawn2 kisah kelakar puna ada sedih pun ada dan pengajaran pun ada. Kita ni kan manusia kadang2 alpha dengan segalanya kadang2 seronok sgt sampai tidak sedar ada bahaya menunggu di depan.
Kes 1
Bukan satu cerita serius tapi satu yg boleh di katakan kelakar juga lah. Tapi kedua2 cite ni ada kaitan satu sama lain dan mangsa adalah sama iaitu kucing. Bukan kes dera atpi kes pertama ni adalah kawn Mah@mahu ni nak belajar memotong kuku kucingnya. Tiada pengalaman sebelum ini tapi belajar daripada tgk org buat so dia pun nak cuba buat. Tapi bukan nak salah dia mungkin kurang pengalaman membuatkan bila nak potong tu kucing tu meronta-ronta sehinggakan di terpotong bahagian kuku yg tidak sepatutnya.

Kerana kuku kucing ni ada urat darah dalamnya iaitu bahagian yg dipanggil 'Quick'. Selalu kalau nak potong kena potong depan daripada bahagia tersebut agar kucing tak sakit dan tak kuar darah. Kawn Mah@mahu ni punya lah terkejut sehingga terpotong bahagia tersebut maka keluarlah darah dari kuku kucing tu. Dah kelamkabut kena bawa klinik buat rawatan. Nasib baik doktor kata tak ada apa2 cuma cedera sikit jer. Lepas seminggu kuku tu akan panjang semula jng risau, doktor cuma letak Iodin jer untuk elak jangkitan.
Kes 2
Lepas tu pulak baru jer habis satu kes dtg lak satu kes lagi, kawn Mah@mahu ni nak jadi cerita entah knp tiba2 hari tu dia terasa nak mandikan kucing dalam singki kat dapur rumah dia. Itu lah kata org malang tak berbau makan nak jadi cerita tiba2 jari kaki kucing tersekat kat dlm singki tu. Jenuh dia berusaha nak kuar kan jari kucing tu dari dalam singki dah putus ada dia call Mah@mahu minta bantuan. Kebetulan masa tu dekat dengan pusat Jabatan Pertahanan Awam. Maka terus pergi sana buat laporan minta tolong mereka ni.

Sebab sebelum ni JPAM kan glamor dengan kes tangkap ular masuk rumah, tangkap lembu terlepas lah, dan mcm2 lagi keje menyelamat ni. Tapi hari tu memang sejarahlah buat dia JPAM dtg rumah untuk pertama kali mereka buat tugas menyelamat kucing tersangkut jari kaki dalam singki. Gelak juga abg JPAM tu bila tgk keadaan mcm tu. Tapi keran tugas abg tu jalankan tanggungjawab dengan dedikasi. Setelah setengah jam baru dapat di keluarkan jari kucing tu selepas habis semua singki tu di buka dan di potong. Sian2 tak pasal2 jadi kes. Apa pun terima kasih pada abg2 JPAM tu kerana kalau dia org tak ada tido dlm singki lah kucing tu hehehehe...
Sebenarnya mereka ni pencinta kucing dan syg sgt kucing mereka tu yg jaga beria tapi mcm selalulah malang tak berbau. Pengajaran buat kita kat sini pengalaman mengajar segalanya kadang2 kita ni leka dan tak berhati2 membuat org lain jadi mangsa. Tapi apa pun jng lah mandi kucing dalam singki paling penting ok. Buat kawn2 Mah@mahu tu ambil iktibar dan pada yg lain nak jaga kucing pun sama2 ambil pengajaran. Agar tak jadi pada kita ok. Huuhu hari tu Mah@mahu nak jadikan hari kucing sedunia lah hehehe kelakar....
Salam hujung minggu buat semua pembaca blog Mah@mahu. Hari minggu ramai lah mula buat aktiviti luar seperti shopping atau berjalan dengan yg tersayang. Namun ada gak yg mengambil masa ini untuk rehat di rumah atau shopping dari rumah. Mcm mana tu ini lah dinamakan Online Shopping. Mah@mahu selalu gak buat online shopping ini kerana ialah mudah, cepat dan kita leh servay dulu barang nak beli. Tapi tahukah kita tentang ciri-ciri keselamatn yg perlu kita ambil sebelum online shopping...?

Kat sini
Mah@mahu nak share beberapa tips yg
Mah@mahu baca sendiri dari buku mahupun mana2 sumber antara perkara yg perlu kita tahu sebelum
online shopping. First mestilah kena tahu tentang
keselamatan laman shopping kita tu atau latar belakang company mahupun individu yg memberi tawaran jualan murah. Jng mudah percaya dengan sale daripada online ni, kadang2 kata murah tapi rupanya ada bayaran tersembunyi. Pastikn kita tahu semua maklumat lengkap tentang kedai atau individu yg kita mahu berhubung itu seperti alamat atau no tel. Kalau nak lebih selamat biasanya
Mah@mahu akan dapatkan maklum balas daripada mereka yg pernah membeli dari laman itu. Mesti mereka ada tinggal comment atau pun mereka memberi cadangan berdasarkan pengalaman sendiri.

Bila dah tgk sale secara online ni kadang2 kita rambang mata itu yg jadi kes oder iPhone dapat batu lesung, nak salah sapa kita tak berhati-hati kan. Paling penting
rancang perbelanjaan kerana shopping secara online ni kita leh tgk harga dulu dah buat perbandingan cepat tanpa membuang masa. So kita kena buat pilihan yg betul2 kita yakin kesahihan dan keperluannya. Jng pakai beli jer selagi ada sale. Karang beli baju tak muat lak mcm mana tu. Penting tgk bajet kita dulu cukup tak dengan harga barang dan tanya tentang kos2 tersembunyi seperti kos penghantaran ataupun cukai kerajaan.

Apabila kita sudah kenal pasti barang yg hendak dibeli selok-eloknya kita call dan tanya dulu kedai mahupun individi yg menjual barang tersebut. Supaya kita tak salah beli dan tak terbeli barang lain, kdang2 manusia ni buat silap gak
typo error. Sudah yakin betul baru lah tgk
system pembayarannya maklumlah sekrang ni mcm2 cara ada bank in, cek mahu pun kad kredit, Jng pulak salah isi maklumat dan selepas buat bayaran semak kod pembayaran dan segala detail yg kita berikan betul. Nanti kalau salah anta sapa susah selalunya penjual tidak bertanggungjawab selepas sahaja barang2 di pos. Tapi yg paling elok lah sebenarnya kita pergi ambil sendiri barang itu lebih selamat dan tidak salah hantar.
Akhir sekali penting kita tahu kalau kita hadapi masalah ke mana sumber yg betul untuk
membuat aduan. Selain polis kita juga boleh buat aduan di
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Badan yg bertanggungjawab terhadap semua masalah pengguna daripada pembelian sehingga lah kepada penghantaran. Bawa mereka yg bersalah ini kemuka pengadilan kerana ini sahaja pengajaran untuk mereka yg menipu. Ok lah harap dapat membantu anda untuk shopping online nanti.
Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pambaca blog Ma@mahu yg setia. Hari ni hari Isnin adalah hari paling malas sekali di pejabat tak nafikan hehehe. Ditambah lak baru balik dari cuti yg panjang satu hal lagi. Bertambah2 malas lah segala urusan ni. Tapi hari ni tetap ke pejabat menyelesaikan apa yg belum selesai.
Hari ni tekejut bila on FB pagi2 lagi dah cite pasal Gelatin Babi dalam makanan yg kita tak perasan. Tapi kali ni telah di beri amaran kat pek tu dengan tanda merah. Menurut rakan2 dalam Fb tu bahawa terdapat terdapat tanda merah bulat dalam kotak pada belakang label makanan yg menangdungi galetin babi ini. Terutama product coklat seperti Bounty Chocolate bar / Mars/ Sneakers dan lain2 yg selalu kita leh dpt dipasaran tempatan.
Sebenarnya tanda ini di letak untuk memberi tahu kepada pemakan sayur bahawa makanan ini ada mengandungi galetin babi. So kepada pemakan sayur dapat lah hindarinya dan juga berguna kepada kita bahawa makanan mcm ni tak selamat untuk kita makan. So berhati-hati lah apabila hendak membeli makanan sekarang bukan setakat kat kedai makan jer tak selamat, makanan siap bungkus pun lagi teruk sebenarnya semua tersembunyi.