Aduan,

Tips-Tips Mengadu Masalah Gangguan Email

Isnin, Jun 04, 2012 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua rakan2 blogger dan juga rakan2 pembaca blog Mah@mahu moga hari-hari anda akan lebih ceria dan gembira selalu hendaknya. Masih dalam mood cuti sekolah ini ramai ibu bapa dan juga anak2 bercuti di kg dan menghabiskan masa berkualiti bersama insan tersyang. Gunakan kesempatan ini untuk bersama-sama mereka agar tidak terlambat untuk menunjukakan kasih sayang kita pada insan paling kita sayang. Khidmat nasihat ini dibawakan khas oleh Mah@mahu...


Tapi ada lagi penting nak kongsi ilmu bersama pembaca sekalian. Dalam minggu lepas Mah@mahu ada post isu barkaitan email beracun. Kalau nak baca klik kat sini dan kat sini. Mah@mahu sendiri tak tahu nak buat mcm mana dah set spam dalam email pun masih ada lagi masuk kat Inbox perkara-perkara tak sihat ni. Maka Mah@mahu telah ambil tindakan dengan membuat aduan kepada SKMM iaitu badan kerajaan yg menguruskan perihat berkaitan teknologi dan maklumat di Malaysia.

So Mah@mahu masih menuggu jawapan dari meraka apa pendapat dan juga tindakan yang boleh Mah@mahu nak buat pasal isu-isu email berangkai ini. Kalau kawn nak buat aduan boleh jer mudah dan cepat. Ikuti langkah-langkah yg telah Mah@mahu sediakan untuk anda agar segala perkara penyalahgunaan IT ini dapat di bendung.

Langkah 1) Layari laman web http://www.skmm.gov.my


Langkah 2) Lihat sebelah kanan page SKMM dan klik pada butang "Aduan SKMM"


Langkah 3) Klik pada butang "Aduan Baru"


Langkah 4) Akan keluar borang pengaduan dan isi segala maklumat di perlukan termasuk jenis aduan dan juga penerangan berkaitan aduan anda.


Langkah 5)  Setelah menghantar aduan anda akan menerima pengesahan dan juga no. rujukan aduan anda.


Langkah 6) Anda akan menerima pengesahan aduan melalui email dan segala aduan anda akan di balas melalui email atau panggilan telepon. 

Sekiranya anda ingin membuat aduan dengan cara lain juga di sediakan seperti maklumat di bawah ini.


Nanti Mah@mahu akan post any action from MCMC untuk kegunaan kita bersama. Harap2 lepas ini kita tidak di tipu oleh mereka lagi hati-hati bukan sahaja di jalan raya malah di line internet anda kerana sekali klik membawa padah.