Aduan,

Boleh Percaya ker Intel ni?

Khamis, Mei 31, 2012 Mahamahu 0 Comments

Salam semua rakan2 dan juga pembaca setia blog Mah@mahu ini. Semoga dapat kongsi maklumat bersama-sama dan juga dapat memberi pendapat agar dapat di tambah baikan blog ini. Mah@mahu menghargai anda dengan contest "Mahamahu.com anda Mahu 2012" jng lupa untuk sertainya masih terbuka kepada semua blogger di Malaysia.

Tu pasal contest kat blog Mah@mahu, ni lak satu lagi berita di terima tak tahu boleh percaya atau tak tapi daripada isi email tersebut seolah-olah serius dan berat. Melibatkan penyalah gunaan maklumat peribadi Mah@mahu sendiri. Email ini di hantar menggunakan logo Intel dan juga alamat Intel di Amerika Syarikat. Susah nak percaya tapi daripada email ini mcm bahaya jer.

Bunyi email dari Intel ini lebih kurang mcm ni setelah di terjemahkan:-

Kami baru-baru ini telah menentukan bahawa maklumat tertentu peribadi milik anda mungkin telah dikompromi melalui laman web luaran yang dihadapi. Laman web yang terlibat telah digunakan untuk menyokong dua pertandingan yang ditaja oleh Intel dan melibatkan koleksi nama anda, Identiti Negara, alamat surat-menyurat rumah, nombor telefon, dan alamat e-mel.

Kami telah memaklumkan kejadian ini, dan telah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengelakkan pendedahan lanjut. Kami tidak mempunyai apa-apa bukti bahawa maklumat anda telah disalahgunakan, dan kami percaya bahawa kemungkinan penyalahgunaan itu adalah rendah. Kami mengingatkan anda supaya anda boleh mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk melindungi diri anda. Cara yang paling biasa maklumat ini boleh disalahgunakan untuk melakukan kecurian identiti atau penipuan kredit. Kami mengesyorkan anda mengkaji semua penyata akaun peribadi anda.

Dalam email tu siap nyatakan lagi alamat email yg boleh di gunakan untuk mereport masalah ini dan juga alamat office Intel di America Syarikat. Susah nak percaya tapi dgr mcm seriuskan melibatkan maklumat peribadi. Apa tindakan yg boleh Mah@mahu ambil untuk perkara ini kalau sapa2 ada pengalaman bagitahu adakah ini palsu atau benar. Adakah Mah@Mahu perlu laporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi. Please help me!!!!....