Baju Raya,

Talia Belanja Dua Motorsikal Untuk Kempen Ramadan Raya

Jumaat, Mac 22, 2024 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Talia jenama produk kecantikan dan penjagaan peribadi menawarkan dua buah motorsikal untuk pelanggan sepanjang kempen jualan Ramadan dan Syawal kali ini. Majlis pengumuman produk terbaru dan peraduan serta hadiah diadakan dalam satu majlis serderhana tapi penuh makna. Membawakan tema Talia Glitz Raya - Budaya Bertemu Busana turut dihadirin rakan media serta ahli keluarga yang terdekat.



Kali ini antara fokus jualan Talia adalah produk Dolly Milk iaitu susu penggalak untuk putih dengan rasa sedap dan memberikan kesan efektif. Datin Thalia berkongsi berdasarkan pengalaman sendiri, di mana dahulu beliau berkulit gelap dan selepas mengamalkan setahun susu ini, Alhamdulillah memang nampak perubahan yang ketara. Namun harus konsisten untuk mengamalkan bukan hanya angan-angan pada permulaan sahaja.




Datin Thalia, 37, lebih mesra dengan panggilan Bunda Lia berkata, Dolly Milk juga diperkaya dengan bahan premium termasuk Korean Pearl Powder dan didatangkan dalam dua perisa iaitu Strawberry serta Honey Dew. Harga bagi setiap botol Dolly Milk ialah RM55 untuk Semenanjung Malaysia manakala RM60 untuk Sabah dan Sarawak. 



Tambahnya, satu lagi produk perisan baharu iaitu Glam V yang membantu mengurangkan berat badan dengan perisa Latte. Dalam bulan mulia ini ramai yang idamkan badan lebih menarik menjelang raya nanti boleh mencuba produk ini. Juga dalam usaha menggalakan lebih ramai usahawan dalam kalangan wanita, Thalia juga mengalu-alukan mereka yang berminat menceburkan diri dalam perniagaan untuk bersama dengan jenama ini. 




Datin juga berkata hadiah motorsikal berkenaan sebagai penghargaan buat pelanggan yang terus menyokong dan setia dengan jenama ini. Mengulas mengenai cara untuk memenangi dua motorsikal itu, setiap pengguna perlu membuat dua pembelian produk Talia dan kongsikan dalam hantaran di media sosial serta tag lima rakan. Sangat mudah untuk menang motor baharu di hari raya ini nanti. 



Sempena Syawal kali ini juga, Talia mengeluarkan lima edisi rekaan eksklusif baju raya untuk digayakan pada pagi lebaran nanti. Menampilkan lima jenis rekaan dan lima warna berbeza mengikut koleksi. Rekaan yang ditampilkan juga berkonsep kontemporari moden dengan potongan baju kurung juga kaftan. Lebih menarik size yang ditawarkan kepada pelanggan adalah sehingga 2XL dan harga di bawah RM250 sahaja. Lima rekaan busana Syawal kali ini ialah Thalia, Arisya, Dahlia, Iman dan Baiduri





Datin yang aktif dan menceburi bidang perniagaan sejak dari tahun 2018 ingin melihat jenama Talia menembusi pasaran antarabangsa. Kini beliau dan semua pasukan sedang mengintai peluang untuk ke pasaran Indonesia dalam tahu ini menerusi produk Dolly Milk. Beliau berkata, segalanya dalam perancangan dan akan diumumkan sebelum penghujung tahun ini.
 
Datuk Shahriza Amir dan Datin Thalia Baiduri



Meskipun sibuk, Datin Thalia mengakui beliau tidak pernah mengabaikan keluarga dan menguruskan rumah tangga setiap hari termasuk memasak. Suri hati kepada Datuk Shahriza Amir itu berpesan, walau apa pun status seorang wanita, tugas sebagai isteri dan ibu perlu menjadi keutamaan. Walaupun beliau mengakui mempunyai pembantu rumah, tapi itu bukan alasan beliau mengabaikan tanggungjawab dan beliau tetap masuk dapur dan masak untuk suami dan anak-anak. 

Dapatkan maklumat lanjut produk dan promosi terkini Talia di sosial media:









0 Pandangan: