Hari Raya,

Sangat Anggun Dan Bergaya Koleksi Terbaru Larrie Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun Ini

Isnin, Mac 25, 2024 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Alamak kasut raya belum beli lagi!!!.... Korang asyik sibuk shopping online baju raya jer sampai lupa nak cari kasut raya. Itu penting juga yer kalau baju dan meletop, tudung dah vouge tapi pakai selipar Jepun apa cerrrr... Masih sempat lagi nak shopping online kasut raya jom kita ushar dekat Larrie.



Kali ini Larrie dengan bangganya memperkenalkan koleksi Hari Raya 2024. Koleksi kali ini, Larrie membawakan konsep elegan, moden dan santai dengan menampilkan pelbagai himpunan warna seperti hitam, coklat, beige, taupe dan merah jambu. Semua warna versatil ini boleh disuai pakai dengan pelbagai jenis pakaian untuk perayaan Aidilfitri akan datang. Koleksi ini merangkumi pelbagai gaya yang sesuai untuk setiap lapisan umur yang berbeza. Terdiri daripada tema formal hingga untuk tampil lebih santai, koleksi yang pelbagai ini sesuai untuk digayakan pada sepanjang musim perayaan ini. Menariknya lagi, korang juga akan menerima beg tote Larrie secara percuma dengan pembelian minimum RM100 dalam satu resit. Tote yang pelbagai guna ini adalah iringan yang sempurna untuk koleksi kasut Larrie.

Larrie For Him


Bestnya koleksi Hari Raya 2024, Larrie memperkenalkan segmen “For Him" yang menampilkan gabungan gaya kasut formal dan kasual dengan membawa warna asas seperti hitam, putih, coklat, dan taupe. Kasut Larrie berwarna hitam sesuai dan kelihatan segak apabila digandingkan bersama baju melayu di pagi raya. Baju raya pun harus kena padan dengan kasut baru nampak serasi bila berjalan.
 



Manakala kasut Larrie berwarna putih, coklat, dan taupe lebih kasual sekiranya dipadankan bersama jeans dan kurta, memberikan si pemakai kelihatan santai untuk berkunjung ke rumah rakan dan taulan. Tidak dinafikan, lelaki akan memilih kasut Larrie untuk Hari Raya kerana ia menawarkan pilihan, keselesaan dan boleh dipakai secara formal mahupun santai.

Larrie For Her


Bagi wanita yang mengutamakan keanggunan serta mereka yang cenderung kepada fesyen kasual, raya kali ini Larrie memperkenalkan koleksi yang menarik untuk mereka. Menariknya, Larrie menampilkan pelbagai jenis kasut tumit dan kasual, sesuai untuk wanita yang ingin tampak anggun dan lebih moden. Koleksi “For Her” juga diperkenalkan buat mereka yang memilih kesederhanaan dan mengutamakan keselesaan bagi dipadankan bersama pelbagai gaya baju kurung. 





Koleksi ini terdiri daripada warna asas seperti hitam, putih, kuning air dan merah jambu. Tahun ini, Larrie menggabungkan elemen keanggunan dan keselesaan pastinya menjadi pilihan wanita untuk bergaya menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba. Siapa kata kalau nak tampil ayu tak perlu bergaya dengan kasut baharu yang lebih anggun. 



Kalau korang tanya kat mana nak dapatkan Koleksi baharu ini, boleh pergi di semua pusat membeli-belah terkemuka di seluruh negara. Sebab Larrie ini ada jer dalam supermarket mahupun kedai kasut. Kalau tanya harga ia bermula dari RM49.00 hingga RM179.00. Masih mampu beli lagi sebab nak shopping pun setahun sekali jerkan apa salah belanja sikit. Baru kena dengan baju baru dan juga kasut baru.

Nak dapatkan maklumat lanjut tentang produk dan tips fesyen terkini layariL







0 Pandangan: