Armada Hotel,
Masakan Melayu Paling Lazat Untuk Buffet Ramadan Di Restoran Utara Armada Hotel Petaling Jaya
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kali ini Maha nak bawa korang kepada sebuah restoran di hotel yang setiap tahun tidak pernah Maha miss untuk datang menikmati buffet Ramadannya. Tidak terlalu keterlaluan kalau Maha katakan untuk cara makanan buffet masakan Melayu yang sebenar ada di sini. Dimana lagi kalau buat Restoran Utara Armada Hotel Petaling Jaya.
Tahun ini mereka memperkenalkan bufet Ramadan dengan tema "Kemilau Ramadan". Sebagai sebuah restoran yang menerima Anugerah Permis Bersih Bagi Permis Makanan tahun 2019 ini menjanjikan lebih dari 100 jenis makanan. Bufet Ramadan di sini disedia bermula dari 12 Mac hingga 9 April 2024. Hayati semangat Ramadan dengan perjalanan kulinari yang menampilkan pelbagai hidangan lazat dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam setiap hari.
Masa untuk manjakan diri dengan pengalaman kulinari yang menarik dengan gabungan rasa tradisional dan kontemporari. Sorotan termasuk hidangan istimewa seperti Kambing Golek, Kari Kepala Ikan, Rendang Tok, Kambing Kuzi, Siput Sedut Masak Lemak, Lemak Masak Itik Asap dan Dendeng Lembu.
Para tetamu boleh memanfaatkan tawaran terhad dengan pembelian 'Early Bird' dengan harga bufet bermula daripada RM158nett untuk dewasa dan RM79nett untuk kanak-kanak dan RM128nett untuk early bird istimewa. Harga yang sangat berbaloi dengan rasa dan juga suasana makan yang selesa serta sedap dan lazat.
Jangan lepaskan peluang ini untuk menyelami tradisi perayaan Ramadan. Bagi mereka yang ingin melanjutkan pengalaman mereka, Hotel Armada PJ menawarkan pakej Istimewa Ramadan Staycation dari 12 Mac hingga 11 April 2024. Bilik perseorangan boleh didapati dengan harga RM370nett, termasuk bufet Sahur & Iftar untuk seorang, manakala bilik double boleh ditempah untuk RM520nett, termasuk bufet Sahur & Iftar untuk dua orang.
Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi:-
Restoran Utara (Bufet Ramadhan)
Tel: (03) 7954 6888 samb.4557
Hotel Armada PJ (Iftar Staycation)
Tel: (03) 7954 6888
E-mel: armada@armada.com.my
woww... mewahnya menu buffet berbuka puasa kat sini
BalasPadamYes betul sini kalau nak betul2 rasa masakan Melayu kampung memang pilihan tepat...
Padam