Bandar Baru Bangi,

Murah Juga Buka Puasa Di Hotel Puri Pujangga Tahun Ini

Isnin, April 26, 2021 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah kita dan sampai kepada hampir pertengahan buka Ramadan yang mulia dan suci ini. Walaupun tahun ini kita masih sambut dalam normal baharu dan juga penuh dengan SOP yang ketat tapi bulan kerahmatan tetap diraikan. Rindu sangat nak makan bufet di hotel yang banyak pilihan tapi harga masih murah dan berpatutan.



Kali ini Maha bawa korang jauh sikit ke selatan Lembah Klang di mana di sini terletaknya Hotel Puri Pujangga Bangi yang menghidangkan juadah berbuka puasa sangat berbaloi bagi Maha. Bukan sahaja dengan harga yang jauh murah tetapi juga pilihan makanan yang banyak untuk sebuah hotel dalam universiti. Menghidangkan Masakan istimewa di Bulan Ramadan untuk semua tetamu yang berbuka puasa dan semestinya terlajak sedap wakakaka ni ambil ayat mereka kat Facebook rasmi.






Kalau korang tanya juadah yang ada dalam Bufet Ramadan kali ini ia menghidangkan menu masakan kesukaan orang ramai antaranya pasti ada Kambing Golek, Nasi Beriyani Padu, Ikan Bakar Sambal Petai, Gulai Kawah, Claypot Asam Pedas, Masak Lemak Tempoyak, Daging Kerutub dan banyak lagi yang menarik sehingga sukar untuk buat pilihan.








Semua ini dihidangkan secara masak depan tetamu yang datang bagi menghidu bau kesedapan dan juga merasai masakan yang masih panas. Kalau korang datang mesti kena cuma Asam Pedas Claypot itu sebab ada macam-macam pilihan ikan seperti Pari, Kembung, Tongkol, Lala, Kepah dan juga pelbagai sayur boleh masuk ikut citarasa korang seperti Kacang Bendi, Tomato, Terung dan macam-macam lagi.







Selain itu juga juadah untuk kuih-muih tradisional tidak dilupa kerana itu semestinya ada diwaktu berbuka puasa ini. Kalau korang nak nikmati seperti Karipap, Pulut Panggan, Kuih Bom, Kuih Keria, Tauhu Sumbat dan macam-macam lagi kena datang bawa keluaga atau kawan-kawan lagi meriah makan berbuka korang.






Sambil makan akan dihiburkan dengan persembahan daripada kumpulan live band ni tak ingat lak nama kumpulan apa hehehe. Tapi mereka akan nyanyikan lagu nostalgia lama mengamit memori hehehe. Harga untuk bufet kat sini korang tak akan dapat kat mana-mana hotel lain. Sangat murah dan berpatutan iaitu hanya RM69.90+ untuk seorang dewasa, RM45.00+ untuk kanak-kanak umur 6-12 tahun dan juga RM45.00+ untuk warga emas 60 tahun keatas. 




Korang rasa macam mana ok tak harga dengan makanan yang ada kat Hotel Puri Pujangga Bangi ini. Tempat selesa dan juga kawasan parking percuma yang sangat luas dan banyak. Kemudahan surau dan juga tanda untuk kecemasan ada juga disediakan jangan bimbang. Boleh lah nak buat booking sementara ada beberapa minggu lagi untuk Ramadan ini. Sebab bufet ini sampai 11 Mei 2021 ini sahaja tau siapa cepat dia dapatlah. Selamat berpuasa dan selamat menjamu selera semua.

Tempahan dan pertanyaan lanjut hubungi :
Tel : 03-8927 4128
Email : sales@puripujangga.com.my









2 ulasan:

  1. So nak mengulang ke camne nie? Boleh lepak dan rancang nak ke mana plak next holiday nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tunggu jer dapat undangan penginapan dari Puri Pujangga pun jadi lah hehehe best jugakan wakakakaka..

      Padam