Bufet Buka Puasa,

Bufet Bazaar Ria Di The Spread Tingkat 6 The Gardens Hotel

Selasa, April 27, 2021 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Sekali-sekala dalam bulam Ramadan nak merasi berbuka puasa dekat hotel mewah tapi jangan terkejut tau walaupun hotel ni lima bintang tapi harga untuk bufet buka puasa mereka mampu milik punya percaya lah. Mana lagi kalau bukan dekat The Spread Level 6 The Gardens Hotel & Residences



Tahun ini mereka memperkenalkan tema Bazaar Ria yang menyajikan makanan tradisional kesukaan rakyat Malaysia. Korang kena cuba mereka punya Kambing Bakar atau Ayam Percik yang makan bersama dengan Nasi Briyani memang terbaik. Lagi ada macam-macam lauk pauk yang menyelerakan Udang Masak Lemak, Kari Ikan, Lala Masak Kam Heong, Pajeri Nenas, Daging Goreng Halia, Ayam Madu, Petola Tumis Air dan macam-macam lagi tak ingat Maha.







Kalau bahagian untuk kuih muih tu macam-macam lah termasuk sekali dengan bubur dan juga puding roti. Juga ada station untuk makanan yang membuat kita mengimbau memori kampung iaitu ketupat palas, lemang dan juga satay. Bestnya memang tak akan puas tapi ingat makan biar berpada-pada dan juga jangan membazir.







Tempat bagi Maha sangat selesa dan juga ruang yang luas jadi ada penjarakan kerana ikut SOP sekarang ni. Korang juga akan dibekalkan dengan sarung tangan dan juga wajib pakai sarung tangan dan mask semasa mengambil makanan. Juga ada disediakan kemudah ruang solat yang selesa dan juga luas serta tandas. Pemandangan paling menarik sini sebab korang berada pada ketinggian aras enam hotel dan dapat lihat sekeliling.








Harga pula hanya RM98.00 nett untuk seorang dewasa dan juga RM64.00 nett untuk kanak-kanak di antara usia 6 hingga 12 tahun. Jadi boleh bawa satu keluarga makan sini sekali sekala. Nak mengembirakan hati isteri dan juga nak menyeronokkan anak-anak jalan makan luar. Bufet ni dah bermula sekarang sampai 10 Mei 2021 ni. Jadi tunggu apa lagi booking sekarang kerana tempat terhad dan selalu fully book tau. Nak booking mana kat bawah ni ada no. Selamat berbuka dan selamat berpuasa semua.

Tempahan dan juga pertanyaan hubungi :







2 ulasan:

  1. Ajom kita mengulang nak? Restoran dia selesa sangat kan. Pastu kita staycation reramai la pula ye tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. jOM kalau ada staycation ok kita on jer ehhhh hehehehe....

      Padam