Gunung Daik,

Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau

Selasa, Februari 19, 2019 Mahamahu 20 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan seklian. Yes kalau ada siapa yang dah baca post Maha yang berkaitan dengan Desa Batu Berlubang Kepulauan Riau korang boleh sambung baca post yang kedua ni pula. Sambungan perjalanan Maha di KEPRI ini untuk menjejaki pula asal usul Bahasa Melayu dan Kesultanan Melayu. Orang Melayu kalau nak tahu sejarah dan juga bagaimana perkembangan Melayu di nusantara ini kena datang ker Pulau Lingga ini.



Cuma nak bagi tahu sikit kalau sapa nak pergi ke Pulau Lingga ini korang boleh naik feri daripada Jeti Batam Centre. Satu hari tak silap Maha ada hanya ada satu perjalanan feri sahaja yang pergi ke pulau ini dan harga hanya RM80 atau Rp255,000 sehala. Perjalanan feri ni lebih kurang 5 hingga 6 jam tengok pada keadaan cuaca dan laut. Walaupun jauh tapi ia akan memberi korang satu pengalaman yang sangat menyeronokan.

Air Terjun Resun


Tapi Maha hari tu bukan dari Batam tapi kami dari Desa Batu Berlubang jadi tak jauh perjelanan nak ker Pulau Lingga ni. Kat sini pengembaraan kami lagi sangat mengujakan kerana kami akan melalui laluan menaiki boat dan juga laluan darat bertanah merah dan dikelilingi hutan. Sesampai sahaja kat Pelabuhan Domestik Sungai Tenam Lingga dan kami menaiki bas yang disediakan untuk meneruskan perjalanan ke Air Terjun Resun yang paling sejuk.





Lebih kurang sejam perjalanan bas kami akhirnya kami sampai ke air terjun. Memang sangat teruja ada kat sini kerana air terjun ini masih cantik dan terpelihara. Air terjun ini sangat sejuk kalau korang mandi. Maha mandi kat sini kerana nak merasai kesejukan dan melihat kejernihan air terjun ini. Air terjun ini mempunyai cerun 45 darjah sehingga air tidak melompat terus ke bawah tetapi mengalir di dinding landasan. 



Puas mandi walaupun sekejap tapi masa kami datang ni musim kemarau jadi air tak berapa banyak tapi masih boleh mandi dengan tenang dan nyaman. Orang kata air terjun ini boleh terus minum begitu sahaja kerana ia masih terpelihara dan terjaga kesegarannya. Lepas hampir sejam mandi kami terus begerak ke hotel untuk penginapan kami malam ini. 

Pekan Pancur


Malam itu kami akan menginap di sebuah pekan kecil yang begitu unik kerana pekan ini kalau di lihat sepertu berada di atas air. Ini kerana ia adalah pekan di muara laut sangat menarik dan sesuai untuk melihat matahari terbenam. Kat sini penduduk mereka terdiri daripada campuran masyarakat Melayu dan Cina. Pekan ini hanya boleh dimasuki dengan kenderaan motor sahaja kalau kereta pun sampai kat kawasan tepi jalan. 







Kemudian kena jalan kaki untuk masuk ke kawasan hotel yang kami menginap ini. Kawasan ini walaupun ia adalah pekan kecil tapi penduduk meriah sehingga waktu malam. Ini kerana kami sampai kat pekan tu penduduk tengah membuat sambutan Tahun Baru Imlek atau kita panggil Tahun Baru Cina. Kami merehatkan diri semalam di sini kerana esok masih jauh perjalanan kami untuk terus mencari sejarah kemelayuan di Pulau Lingga ini.

Gunung Daik Bercabang Tiga


Pagi tu kami bangun awal sarapan dan berkemas semua barang untuk begerak menaiki boat laju menyulusuri sungai yang ada banyak buaya kata mereka. Dalam hati ada rasa seram sebab sekali sekala nampak kelibat sang bedal tu tapi mereka tidak ganggu kami. Perjalanan tak lama hanya 30minit sahaja dan kami sampai ke Tambatan Perahu Desa Resun. Dari situ kami naik lagi bas untuk ke sebuah muzium yang popular di sini.


Lebih kurang 40 minit perjalanan bas kami sampai ke Muzium Lingga Linggam Cahaya. Nama Linggam Cahaya diambil dari kata Linggam yang membawa maksud batu berwarna merah dan cahaya bererti sinar. Di dalam muzium inilah kita boleh tengok dan juga mengetahui lebih banyak tinggalan sejarah asal usul kesultanan Melayu Lingga. Banyak artifak dengan berbagai bentuk, ukuran, motif, dan relief dipamerkan di sini. 



Kat sini juga kita boleh melihat bagaimana kronologi dan urutan sejarah Kesultanan Melayu Lingga. Kita ketahui sejarah pentadbiran Riau-Lingga-Johor-Pahang kerana ia adalah dibawah jajahan mereka dan kat situ dapat lihat banyak tinggalan dan koleksi foto yang masih kekal ada. Semua memberi tahu kita bahawa asal orang Melayu dan juga Bahasa Melayu bekembang pesat dan maju bermula di sini. 






Juga terdapat koleksi rangka binatang yang unik dan menarik tidak pernah kita lihat kat tempat lain juga di pamerkan di sini. Maha dapat belajar banyak juga tentang Melayu serta sejahrah yang kita tidak pernah ketahui di sini. Lama juga kami berada di sini untuk sesi bergambar dan mengenali sejarah Melayu. 


Kat Muzium ini juga kita boleh lihat dengan jelas Gunung Daik yang kita ketahui melalui pantun Melayu Lama. Ada juga mitos tentang gunung ini kalau kita baca pada pantu itu menyatakan bahawa Gunung Daik Bercabang Tiga. Tapi bila Maha lihat gunung ni hanya bercabang dua sahaja. Banyak cerita motis tentang cabang yang ketiga dikaitkan dengan kisah sedih seorang puteri raja dan juga kejadian pelanggaran kapal terbang pada cabang ketiga tersebut. 


Situs Istana Damnah


Satu lagi tinggalan sejarah yang menceritakan tentang kehebatan Kesultanan Melayu Lingga. Kali ini tak jauh daripada muzium tu kami pergi ke tapak tinggal istana lama kesultanan Melayu Lingga yang dikenali sebagai Istana Damnah. Dalam catatan ada menyebutkan Istana Damnah dibangunkan pada tahun 1860 di zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alamsyah II (1857-1883). Bentuk bangunan istana ini seperti panggung dengan dua buah pintu masuk dan empat buah tiang penyangga yang terbuat dari beton. 





Depan istana ini terletaknya Balairung Seri yang mana ia adalah tempat untuk kunjungan dan juga mesyuarat atau pertemuan-petemuan penting raja-raja dahulu kala. Besar juga istana ini kalau dilihat daripada tinggal yang ada. Bagi menampakkan sendiri bagaimana rupa bentuk istana ini. Kerajaan Indonesia telah membangunan replika Istana Damnah di sebelah tapak tinggalan istana ini. 



Cuma mungkin warna dan juga ukiran yang ada agak sedikit berbeza daripada istana asal cuma bentuk dan saiz adalah sama. Replika muzium ini bukan sahaja untuk gambaran tetapi juga ia dijadikan lokasi untuk sebarang aktiviti keraian masyarakat setempat. Jadi memang ia digunakan menjadi sangat berfungsi. 




Tak jauh juga daripada tapak replika istana ini terdapat satu kawasan air sungai yang menjadi lokasi dimana raja-raja dulu memandikan kuda-kudan mereka. Kawasan ini dikenali sebagai Lubuk Papan yang airnya masih jenih dan sejuk. Air sungai ini masih mengalir dan ia dikatakan daripada air puncak gunung Daik. Menurut orang tempatan air sungai ini boleh diminum begitu sahaja kerana masih terpelihara dan tidak tercemar. 




Maka berakhir satu hari perjalanan kami kat Pulau Lingga ini memang menarik dan banyak tinggalan sejarah yang ada kat sini. Kata orang sini kalau orang Melayu yang datang melawat pulau ini seperti orang Melayu pulang ke kampung asal mereka. Ohh lupa nak cite hari tu kami makan tengahari kat sebuah restoran menarik iaitu Warung Fiska. Kat sini menyajikan kami makanan tradisi kat sini dan semua makanan enak-enak belaka.




Lepas tu kami ke hotel baru penginapan kami iaitu di Pekan Daik. Kat Lingga Pesona Hotel ni baru kami dapat merasai ada sambungan internet untuk berhubung dengan orang luar. Memang seram juga beberapa hari tak ada hubungan luar tak dapat nak kongsi dengan korang tentang gambar menarik. tapi korang boleh tengok sendiri gambar Maha up kat post ini.




Keesokkan harinya pula kami berangkat seawal pagi nak pergi pelabuhan jeti nak belepas ke Batam dan pulang ke Malaysia. Tetap rasa rindu kepada Lingga Kepulauan Riau ini kerana banyak tempat menarik dan cantik. Selain itu juga, ada banyak tinggalan sejarah yang boleh kita kaji dan ketahui semua tentang sejarah Melayu. Kalau korang nak datang sini boleh berhubung Kepala Dinas Pariwisata Kabupaten Lingga, Bapak Raja Fahrurazi dengan whatsap +62 0811 7011 961. Beliau akan membantu bagaimana nak datang dan mendapatkan kemudahan yang ada di sini. Selamat bercuti semua. 

Jutaan terima kasih kepada :
Kepala Dinas Pariwisata Kabupaten Lingga, Bapak Raja Fahrurazi
Dinas Pariwisata, Kepemudaan Dan Olahraga Kabupaten Lingga

    




20 ulasan:

  1. cantiknyaaa gambar uols! boleh la datang ke sini lagi kan? tempat menarik, budaya pun tertarik! lingga memang asli!

    BalasPadam
  2. Ya Allah..best nya la hai korang ni berjalan-jalan. Bak kata org tua tua, jauh perjalanan, luas pemandangan. Byk yg kita leh belajar bila mengembara ni kan.

    BalasPadam
  3. walaupun tempt pedalaman macam tu, ada muzium sendiri ye. Cantiknya air terjun....

    BalasPadam
  4. Bestnya dapat pergi percutian ke tempat yang menenangkan begini. Dapat pula rasa makanan yang enak-enak, belajar sejarah dan budaya orang lain. Semoga saya dapat sampai juga ke sini.

    BalasPadam
  5. Gambar sangat cantik..wisata-wisata dengan kisah tinggalan sejarah..bagus maha..banyak info akak dapat tentang Pulau Lingga ni..ye la org Melayu memang asal Indonesia kan...macam peribahasa sirih pulang ke gagang..cuma takde kemudahan line hp kat sini kan...baru la bercuti namanya...ye tak?

    BalasPadam
  6. Gambar maha dan penerangan maha buat onie kagum baca satu persatu! Tinggalan Istana Damnah tu sungguh cantikkan dan pemandangan yang begitu indah oleh Gunung Daik. Apapun, rindu dengan Pulau Lingga ni :D

    BalasPadam
  7. Cantiknya tempat ni..ni yang buat hati nak ke sana ni. Nanti boleh lah sis masukkan dalam wishlist travel sis.

    BalasPadam
  8. Tak tahu nak komen macam mana. Terpegun jap baca entri ni. Hehe
    Suka tengok keindahan disana. Cantiknya. Disana banyak tempat yang berair ya.. Kena naik bot untuk ke sana sini? Air terjun tu lawanyaaa.. Airnya jernih sangat. Suka tengok air jernih mcm tu.

    BalasPadam
  9. menggugat nya tengok air terjun tu. dah lama tak mandi air terjun ! rindu betul nak pergi. best betul kalau dapat jalan-jalan macam ni

    BalasPadam
  10. Serius cantik giler tempat ni bro. Mana lah bro tak rindu Pulau Lingga ni, tempat best. Eh ke ada jumpa cewek cun kat sana? hehe

    BalasPadam
  11. Menarik tempat ni. Boleh la pergi lawat next time.

    BalasPadam
  12. Memang best la this place. I love to explore Indonesia as well, might go there again soon.

    BalasPadam
  13. Tak banyak yg tahu pasal Lingga ni.. even br tahu bila kawan2 pergi dan promote. Mmg cantik sbb tak byk diterokai.. byk jugak tempat yang best boleh buat dkt sana

    BalasPadam
  14. Cantiknya tempat percuti awak!! nak pergi sana.. teman saya pliss heheh

    BalasPadam
  15. Wah..seronoknya maha gi Lingga,dpt terokai kpg org mmg seronok dan dpt byk pengalaman.

    BalasPadam
  16. Cantiknya Kepulauan Lingga ni. Banyak sejarah yang menarik. Teringin nak kesini. Boleh masuk wishlist nnti.

    BalasPadam
  17. wow there's a museum at Pulau Lingga? so interesting wei. I have not been there but it seems like an interesting place to go with friends

    BalasPadam
  18. Best ke sia tidur kat pancur? Teringinlah nk stay seminggu kat sana. Eh

    BalasPadam
  19. Cantik sangat Pulau Lingga ni... Best tengok Maha dan kawan-kawan dapat menjejaki Kepulauan Riau dengan seronoknya..

    BalasPadam
  20. Riau ni rasanya paling dekat dengan Johor, ye kan ? atau saya salah info hehe. Btw, pemandangan tu menyegarkan dan nampak tenang je

    BalasPadam