Menyaksikan Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga Di Desa Batu Berlubang Kepulauan Riau

7:00 PG Maha Mahu 29 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan seklian. Dah lama kot Maha tak pergi mengembara keluar negara sejak dua menjak ni. Sibuk dengan kerja dan juga aktiviti berblog. Tapi Alhamdulillah awal tahun ini dapat satu jemputan untuk berjalan ke negara jiran Indonesia. Memang seronok lah kerana nak pergi sendiri memang tidak pernah terfikir sebab kali ni Maha akan pergi dari pulau ke pulau.


Selalu kalau orang nak travel pulau ni mesti nak naik flight jer senang tapi kali ni Maha dan rakan-rakan blogger lain menyelusuri laluan laut untuk menjelajah Kepulauan Riau. Naik feri dengan jarak yang jauh satu pengalaman yang menyeronokan walaupun memenatkan. Tips dari Maha kalau nak travel naik feri pastikan korang yang mabuk laut sediakan ubat secukupnya dan pakaian yang sesuai.  Kalau korang nak tahu kemana destinasi sebenar dan apa yang Maha dan kawan-kawan buat kat sana baca post ni sampai habis mesti seronok.




Perjalanan kami bermula seawal pukul 12.00 tengah malam dari Kuala Lumpur untuk sampai ke Jeti Stulang Laut di dalam Berjaya Waterfront Johor seawal pagi keesokannya. Sebab kami nak menaiki feri pertama pukul 7.15 pagi daripada jeti tersebut untuk pergi ker Batam Centre. Harga tiket feri sehala RM90 seorang (termasuk cukai) dan mengambil masa perjalana selama lebih kurang 2 jam. Kekerapan waktu pelepasan feri dari sini adalah 45 minit. Hari tu kami sampai ke Batam Centre lebih kurang pukul 10.00 pagi lewat sikit kerana ada kelewatan masa berlepas.

Waktu perlepasan feri Stulang Laut - Batam Centre

07:15 a.m 13:15 p.m
08:00 a.m 14:00 p.m
08:45 a.m 14:45 p.m
09:30 a.m 15:30 p.m
10:15 a.m        16:30 p.m
11:00 a.m        17:30 p.m
11:45 a.m        18:30 p.m

Harga tiket feri berelepas dari Stulang Laut 



AWAS! belum sampai lagi destinasi dituju perjalanan kami masih jauh lagi kerana dari Batam Centre kami naik bas yang disediakan memakan masa lebih kurang 45 minit untuk sampai ke Pelabuhan Telaga Punggur. Ini kerana ia adalah pelabuhan untuk perlepasan feri domestik ke sekitar Kepulauan Riau ini. Dari pelabuhan kami naik lagi feri untuk ke destinasi terakhir kami yang mengambil masa lebih kurang 4 jam perjalanan laut. Jangan panik dalam feri semua kemudahan ada seperti tandas dan juga kantin menjual makanan. 
  



Kami terpaksa berhenti di Dermaga Chempa Pasir Panjang untuk transit di situ ini kerana feri yang kami naik akan terus perjalanan ke Pulau Lingga. Dari jeti tu pula kami naik lagi satu feri lain yang lebih kecil dan ia mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan. Akhirnya setelah puas dihempas ombak dan bermabuk-mabuk dalam feri kami semua sampai ke destinasi yang dituju iaitu pantai Desa Batu Berlubang. Habis masa separuh hari dalam perjalanan laut sahaja memenatkan tapi seronok kerana ia pengalaman baru buat Maha. 

Desa Batu Berlubang Lingga Kepulauan Riau 


Kenepatan kami sepanjang lebih kurang 8 jam perjalanan untuk sampai ke sini terubat apabila menjejak kaki ke pulau yang sangat cantik dan indah. Keindahan ini tidak dapat kat tempat lain kerana ia adalah pulau yang masih terpelihara daripada kemodenan dan juga pencemaran. Korang boleh lihat air laut yang membiru dan ada bahagian yang berwarna hijau. Sangat jernih dan boleh nampak hidupan laut dalamnya. Seronok tidak dapat digambar kerana sampai ke tempat yang sangat asing bagi Maha.



Desa Batu Berlubang ini mendapat nama daripada sebuah batu yang berlubang terletak di persisir pantai. Desa ini terletak dalam jajahan Kepulauan Riau (KEPRI).  Sesampai sahaja kami di sana disambut dengan gembira dan penuh ramah warga desa. Kat sini tiada resort atau hotel jadi kami menginap dirumah orang kampung yang disediakan. Kalau korang rasa nak lari daripada kesesakan dan kesibukan kota sini adalah tempatnya sangat tenang dan menyegarkan. 



Rumah penduduk kampung yang kami menginap

Kalau dah namanya duduk pulau memang sini makanan utama adalah makanan laut. Makan tengahari kami dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan laut yang sedap dimasak oleh orang kampung. Ini kerana pekerjaan utama penduduk di pulau ini adalah nelayan dan hasil tangkapan mereka bukan sahaja dimakan sendiri tapi juga di export ke negara-negara lain seperti Singapura. Makanan laut mereka sangat segar dan banyak memang best.





Selepas sahaja makan dan berehat beberapa jam petang tu kami buat sikit tour kawasan kampung ni untuk mengenali lebih dekat Desa Batu Berlubang ini. Terdapat lebih kurang 300 keluarga yang menghuni desa ini. Di sini penduduk hanya berbekalkan generator untuk mendapatkan kuasa elektrik. Kat sini korang memang akan rehat sepuasnya kerana tiada perhubungan talian telefon maka tiada internet ok. Jadi memang penduduk sini banyak melakukan aktiviti kampung dan bermasyarakat.





Batu Berlubang yang dijadikan nama kampung ini 


Kami menyelusuri pelusuk kampung memanjat bukit untuk menyaksikan pemandangan laut yang sangat indah kat sini. Di persisir pantai yang jernih ini kami dibawa ke lokasi Batu Berlubang yang menjadi sejarah masyarakat tempatan. Desa ini sangat bersih kalau korang jalan sekitar kampung rasa seronok sambil melihat aktiviti orang kampung. Jalan punya jalan tak sedar hari dah malam dan matahari melabuhkan sinar. Kami perlu berehat secukupnya malam ni sebab esoknya kami akan menyaksikan satu aktiviti menarik yang bakal berlangsung di desa ini.

Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga


Tidur malam Maha sangat nyenyak kerana dibuai oleh kesejukan tiupan angin laut. Menurut cerita orang kampung pulau ini terlindung daripada angin monsun. Suasana pagi kat pulau ini sangat tenang kerana korang hanya akan dengar deruan enjin bot dan juga pukulan ombak sahaja. Tiada kesesakan kenderaan dan juga pencemaran di sini. Rasa tak nak balik nak duduk pulau ni memang seronok.
  



Pagi tu kami semua bersiap untuk satu aktiviti bersejarah yang bakal berlangsung di pulau ini. Aktiviti Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga adalah perlumbaan kapal layar yang terbesar di dunia dan tahun ini merupakan tahun keempat perlumbaan kapal layar ini diadakan. Kemuncak perasmian telah diadakan di Desa Batu Berlubang ini. Sebab itu Maha dan juga beberapa rakan blogger dan media dari Singapura dan Indonesia sendiri hadir di sini. 





Aktiviti hari tu bermula dengan kehadiran semua pelayar yang menyertai perlumbaan ini. Mereka telah berada di perairan Kepulauan Riau ini beberapa hari awal. Semua peserta disambut meriah oleh orang kampung dengan paluan kompang daripada Jeti Desa Batu Berlubang sehingga ke tapak aktiviti di tepi pantai. 


Semua tetamu dari serata dunia yang menyertai perlumbaan ini diraikan dengan persembahan silat dan juga tarian menyambut tetamu yang menjadi budaya Melayu Riau. Seronok tengok mereka begitu meraikan tetamu yang datang ke tempat mereka. Kemeriahan kat sana tak habis di situ ia diteruskan dengan acara simbolik pemakaian tanjak kepada wakil pelayar ini yang merupakan eksesori rasmi orang Melayu di sini. 





Selepas tu semua tetamu dijamukan dengan makanan tengah hari dengan makanan laut yang segar. Ikan bakar tak boleh lepas dan juga di segarkan dengan air kelapa muda memang membuka selera sangat. Maha rasa seronok dan teruja melihat kemeriahan aktiviti kat sini sebab mereka jarang mendapat kunjungan besar daripada tetamu luar seperti ini. Kali ini ia disambut meriah dan dengan penuh warna-warni. 



Kenapa lautan kepulauan Riau ini dipilih menjadi destinasi pertandingan pelayaran ini kerana ia adalah laut yang cantik dan tenang. Serta kawasan yang penuh mencabar buat pelayar yang jauh daripada segala kemodenan yang ada. Perlumbaan pelayaran ini sepenuhnya merentasi perairan Indonesia yang mana bermula dan juga tamat di Nongsa Point Marina.




Habis sampai petang aktiviti yang menarik dan pertama kali Maha dapat tengok sendiri depan mata. Rasa seronok sebenarnya berada di pulau ini tak nak balik pun ada. Tapi perjalanan kami jauh lagi kerana petang tu kami akan berangkat pula ker Pulau Lingga iaitu salah satu pulau yang menarik dalam Kepulauan Riau ini. Rasa rindu pada Desa Batu Berlubang tidak dapat dilupakan kerana ia adalah pengalaman yang berharga berada jauh di pulau. Melihat kehidupan orang pulau yang sebenar dan juga keindahan masih terpelihara. 

Bapak Raja Fahrurazi, Kepala Dinas Pariwisata Kabupaten Lingga 



Kalau korang rasa nak datang sini boleh berhubung dengan Kepala Dinas Pariwisata Kabupaten Lingga, Bapak Raja Fahrurazi dengan whatsap +62 0811 7011 961. Beliau akan membantu korang untuk datang dan mendapatkan segala akses ke sini. Maha nak ucapkan terima kasih kepada warga Desa Batu Berlubang atas layanan yang baik dan mesra walaupun hanya dua hari satu malam sahaja di sini. In Sha Allah kalau berkesempatan Maha akan datang lagi ke sini kerana banyak aktiviti boleh dilakukan di sini. 







Korang boleh tengok sendiri kawan-kawan blogger semua sibuk bergambar sekitar pulau ini kerana kat mana sahaja korang ambil gambar ia pasti akan cantik dan menarik kerana masih terpelihara alam semulajadi. Maha sendiri pun banyak gambar tak upload kat sini jer nanti penat korang skroll. Tapi nanti akan ada posting kedua iaitu tentang tempat menarik yang korang boleh kunjungi di Pulau Lingga pula ok. Korang boleh baca sambungan post kedua tentang asal usul Bahasa Melayu dan Bangsa Melayu di Kepulauan Riau di sini. Selamat bercuti semua. 

Jutaan terima kasih kepada :
Kepala Dinas Pariwisata Kabupaten Lingga, Bapak Raja Fahrurazi
Dinas Pariwisata, Kepemudaan Dan Olahraga Kabupaten Lingga
Nongsa Point Marina and Resort  
Serta seluruh penduduk Desa Batu Berlubang    






Anda juga suka post ini...

29 ulasan:

  1. Rindu Pulau Lingga dah 😭😭😭😭😭

    BalasPadam
  2. Heyyy gambar kte tak ada tp kte komen gak la hahahah..teringat ikan ayam2 tu la wakkk

    BalasPadam
  3. cantik sangat pulau die kan..ikan jebong tu ritu melekat kat baju kite kulit die..wuaaaa

    BalasPadam
  4. Walaupun balik dah rupa dayang senandung tetap rindu Lingga

    BalasPadam
  5. Best yer! Pengalaman yang sangat menarik. Teringin juga nak ke sana satu hari nanti

    BalasPadam
  6. Alaa gambar kite takde..

    BalasPadam
  7. Menariknyaaa...bila la akak boleh pergi sini...cantik2 pemandangan

    BalasPadam
  8. Meriahnya..tempat yang cantik dan aktiviti yang menarik..beruntung laa korang dapat sertai mereka disana

    BalasPadam
  9. cantiknya pulau.. meriah juga aktiviti dekat sana. cuara sekarang ni panas, mesti kat pulau lagi panas kan

    BalasPadam
  10. Fuhh tengok pantai panas terik tu, cantik gambar semua. Kalau pergi lagi, jangan lupa pakai sunblock k. Hehehe

    BalasPadam
  11. seronok la dijemput & ditaja, Maha.
    beruntung dpt lihat tempat org, budaya org dan pemandangan yg ohsem tu.
    batam. aida familiar tempat ni bcoz ia berkaitrapat dgn keje.
    tak pernah gi lah...

    BalasPadam
  12. Cantiknya gambar Maha. Serius cantik ni. Bila ada peluang ke negara lain, kita akan lebih mensyukuri apa yang ada di dalam negara kita. Membuatkan kita jadi seorang yang lebih bersyukur. Teruskan mengembara.

    BalasPadam
  13. Wow cantiknya pulau ni. Macam best ja. Akak tak pernah lagi sampai ke pulau2 di Indo.. Tengok gambar orang semuanya cantik2

    BalasPadam
  14. Cantiknya pulau tu. Naik feri ke sana? Dalam tempoh masa yang panjang. Kalau kita rasanya memang dah mabuk laut dah. Haha..
    Sampai ke destinasi terus lembik longlai kut.
    Apa pun, cantik tempatnya..
    Bestnya dapat makan ikan fresh. Terasa manisnya isi isi ikan tu kan..

    BalasPadam
  15. Best nye! I tengok ikan ikan tu. Fresh and serious nampak sedap. The event serious look interesting and I would love to explore this place myself.

    BalasPadam
  16. Sempoi la! Bercutian konsep homestay/inap desa macam ni lebih dapat feel dia punya life kat situ.

    BalasPadam
  17. Best kan desa batu berlubang tu. Kalau dpt stay sana mesti release dr masalah. Damai. Ala ingat makcik ice pop

    BalasPadam
  18. Wah cantiknya pulau Lingga ni. Teringin nak kesana. Macam bnyk unsur budaya melayu sikit yer kt sini. Laut pun cantik dan tenang je.Nak masuk dlm wishlist ni. hehehhe

    BalasPadam
  19. Wahh bestnya dapat jenjalan dan dalam masa yang sama dapat menyaksikan event yg sedang berlangsung. Beruntung uoll. Sis tak pernah lagi ke sini, nanti leh le masukkan dalam wishlist travel sis..:D

    BalasPadam
  20. menarik betul tempat dia..banyak lokasi cantik dekat sana..syokla dia dapat pergi sana

    BalasPadam
  21. This place is really interesting in a sense that the name itself is so special. Didn't know that it actually came from a...hole. Lol life is such a place is definitely more laidback and peaceful. 😁

    BalasPadam
  22. seronoknya dapat bercuti tepi pantai macam ni. then menetap dekat rumah kampungpulak wow mmg exoperience yang best sgt. banyak aktiviti yang boleh dibuatkan. teringin ye nak g situ jugak..harap ada rezeki nak kesana nnt

    BalasPadam
  23. bestnya... nmpk mcm simple gitu je pulaunya. skali shoot lawa weih

    BalasPadam
  24. Mesti bahagia kan bangun je dapat hidu udara segar dan tiada pencemaran. Rawlins teringin nak rasa sehari dua di pantai sebegini - mesti rasa lega.

    BalasPadam
  25. Seronok baca pengalaman korang pergi merantau jauh-jauh naik bot je. Tapi dapat pengalaman dan ilmu yang best. Memang cantik pulau tu sebab tak tercemar dan terjaga.

    BalasPadam
  26. Bestnya pi pulau tu.. Cantikkk sangat. Ntah bila la boleh sampai ke sana kan. . Tapi seronok baca pengalaman awak n kawan2 ke sana

    BalasPadam
  27. Baca entry ni rasa seronok sangat.. Pasang angan2 dulu utk ke sini, kot2 sampai insya allah ...

    BalasPadam
  28. Best dan seronok baca pengalaman mengembara Maha ke bumi riau... Cantik sangat pemandangan di sana

    BalasPadam