Makanan,

Chef Kent Membawa Masakan Thai Yang Menakjubkan

Isnin, September 22, 2014 Mahamahu 0 Comments

Chef Kent Membawa Masakan Thai Yang Menakjubkan - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dah juga rakan2 sekalian. Selain memasak tugas seorang chef adalah mencari dan mengekalkan identiti masakan mereka sendiri. Itu yang penting menjadikan seorang chef terus di ingati dan terus di hargai. Mahamahu belum tahap chef lah cuma masak2 di rumah sendiri pandailah hehehehe.





Pada 13 September 2014 bertempat di Westin Hotel Kuala Lumpur, kedutaan Thailand telah membawa Chef Kent untuk memperkenalkan hidangan makanan hebat dari negara Gajah Putih itu. Sedikit latar belakang Chef Kent untuk pengetahuan semua pembaca di Malaysia, di mana Chef Kent Arnon Masanglong adalah seorang Islam. Lahir pada 1986 dan mempunyai lebih dari 30 tahun pengalaman dalam dunia kulinari.


Mendapat pendidikan tinggi dalam Ijazah Kehormat Sarjana Muda Program Seni Hotel dan Pengurusan Industri Pelancongan dari Rajamangala University of Technology Rattanakosin Wang Klai Kangwon Campus pada tahun 2012. Kini beliau memegang jawatan sebagai Pembantu Setiausaha Agung dalam Thai Chef Association


Itulah serba sedikit latar belakang Chef Kent dalam dunia masakan, kini Mahamahu nak bawa anda untuk menikmati masakan yg telah di hidangkan kepada kami waktu makan malam di Westin Hotel KL. 6 hidangan yg istimewa di bawakan oleh Chef Kent kepada tetamu terhormat pada mlam itu. Di mulakan dengan pembuka selera iaitu Pan Klib Sai Pla. Ia adalah Dumpling yang di kukus dengan isi ikan di cincang halus dan lengkuas. 

Pan Klib Sai Pla

Bahagian menu utama pula di hidangkan dengan Pu Tom Kamin iaitu sup isi ketam bersama dengan rempah kunyit. Menu seterusnya pula Yum Dok-Mai Kai Zab iaitu salad sayur pedas bersama daging ayam. Kemudian menu seterusnya Tom Kah Kong Kao See Nin yang mengandungi Nasi Berry Thai dengan lengkuas dan santan kelapa dan udang. Menu terakhir untuk menu utama adalah Pla Norah iaitu masakan Thai gaya selatan ikan Jenahak dan krim kari.

Pu Tom Kamin

Yum Dok-Mai Kai Zab

Pla Norah

Tom Kah Kong Kao See Nin

Bagi menu pencuci mulut adalah special gabungan 3 eliment dalam satu pinggan iaitu Kanom Sam Pan Nee iaitu tepung campuran dan santan kelapa. Kedua Kanom Thong Ek iaitu tepung gandum Dumpling dengan kuning telur dan yg ketiga adalah Kanom Mhor Keang Khai iaitu Thai kastard. 

Kanom Sam Pan Nee, Kanom Thong Ek dan Kanom Mhor Keang Khai


Semua hidangan ini adalah terbaik daripada Chef Kent dan enak untuk dinikmati jika anda mengundang ke negara Thailand. Banyak lagi budaya dan keindahan negara Thailand yg perlu kita terokai. Terasa nak bercuti ke negara Thai lah tahun depan, ada ker org nak taja pergi travel ke sana huhuhuhu buat contest tak menang pun sedih. Apa pun selamat bercuti pada semua ok...








0 Pandangan: