Biskut Raya,

Tidak Lengkap Pagi Raya Tanpa Cookies Dari TwinBow

Rabu, Mei 05, 2021 Mahamahu 10 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kerajaan baru sahaja umumkan yang tahun ini Raya masih tidak boleh rentas negeri dan daerah. Tapi kita masih boleh menyambut hari raya pada raya pertama bersama jiran dan keluarga terdekat sahaja. Itu pun dengan SOP ketat, tidak boleh ramai kena ikut keluasan rumah. Tak apalah walau macam mana kita beraya sekali pun tahun ini, kita tetap kena sambut kerana ia adalah hari kemenangan buat umat Islam selepas berjaya berpuasa selama sebulan.



Tapi tak meriahlah pagi raya kalau tak ada biskut atau kuih raya. Macam Maha memang langsung tidak pandai nak buat kuih raya yang remeh dan banyak songeh ni. Lagi pun sibuk dengan kerja tak ada masa nak buat semua itu. Jadi cara penyelesaian paling muda adalah dengan tempah sahaja kuih raya yang sedia ada lagi mudah cepat dan senang. Kat mana nak tempah? Korang buat tempahan dalam talian sahaja di TwinBow.



Twinbow menyediakan cookies yang lazat dan berkualiti untuk semua orang pada harga yang murah. Tak kira musim perayaan apa yang kita sambut boleh buat tempahan dari mereka bila-bila masa sahaja. Cookies yang mereka hasilkan sangat unik dan rasa yang lazat sebab Maha dah rasa hehehe. Kali ini mereka ada sediakan 'Raya Hampers 2021' istimewa untuk meraikan Raya PKP tak laman lagi hehehe.







Uniknya Raya Hamper kali ini dilengkapi dengan dua balang biskut raya secara biasa mereka akan sediakan dalamnya Chocolate Cookies Chips dan Coconuts Cookies with Almonds. Tapi korang boleh pilih juga untuk ganti dengan biskut lain yang mereka ada seperti Chocolate Cookies with Raisins, Black Chocolate with Dark Chocolate Chips, Black Chocolate with Cashew Nuts atau Coconut Cookies Original. Juga dalam hamper tu ada satu jar balang Tart Nanas. Jadi korang akan dapat tiga sekali biskut dan kuih raya dalam hamper tu dengan harga RM69.00 sahaja. 







Istimewanya lagi korang boleh letakkan sekali Kad Ucapan Hari Raya pada 'Raya Hamper 2021' tu dengan hanya perlu tambah RM2. Sangat lengkap hamper ni dengan datang sekali kotak yang kemas dan cantik sangat sesuai nak di jadikan hadiah kepada keluarga atau juga nak bagi pada yang tersayang. Sekarang ni masa yang sangat sesuai kerana kita tak dapat balik beraya di kampung, jadi apa kata kita hadiahkan keluarga di kampung dengan kuih raya istimewa ini. Mesti mereka tersenyum lebar gembira kerana anak-anak masih ingat pada mereka walaupun tak dapat balik beraya.







Masih sempat lagi nak buat tempahan sekarang ini kerana ia dibuka untuk penghantaran seluruh Malaysia. Tempah dalam talian sahaja nanti Maha kongsikan link kat bawah kat mana yang Maha beli cookies dari TwinBow. Jadi pagi raya tak adalah bosan hanya makan biskut biasa sahaja boleh hidang pada tetamu dengan kuih raya dari TwinBow lagi lazat dan berkualiti. Selamat Hari Raya Maha nak ucapkan kepada semua dan selamat menghabiskan lagi beberapa hari untuk berpuasa. 

Tempahan boleh dibuat terus dalam talian di sini :

Sebarang pertanyaan atau promosi boleh layari laman sosial media TwinBow:








10 ulasan:

  1. cantik betul kuih raya ni. rasa sayang plak nak makan. tapi siapa nak makan nanti?

    BalasPadam
  2. cantik packaging, biskut pun nampak sedap, and besar2 lah biskut dia

    BalasPadam
  3. Coockies ni kalau I beli bukan untuk tetamu, tapi untuk buat kudap-kudap makan sendiri sebab sedap kan haha

    BalasPadam
  4. Duk perhatikan, dah banyak juga kukis raya ko ek Maha.. raya tak raya, janji kuih ada kan.. tengok tv bukak balang, yee makan... nampak sedap pulak semua kukisnya..

    BalasPadam
  5. So bila I nak rasa cookies nie? Lama dah nampak tapi tak rasa-rasa lagi nie. Simpan untuk I masa bertandang Raya kelak tau

    BalasPadam
  6. Kan! PKP pun PKP la, raya tetap jalan! Kena dapatkan stock cookies macam ni la.. baru syok di pagi raya nanti.. nak try la..

    BalasPadam
  7. Betul tu, walaupun PKP, raya tetap raya agitchewwww... Black Chocolate with Dark Chocolate Chips dengan Black Chocolate with Cashew Nuts memang dah terbayang-bayang dah nih, cerita dia sebab memang peminat setia dark or black chocolate... Yummeh...

    BalasPadam
  8. Mula-mula tengok pakaging baru tgk kuih raya. Nampak sedap belaka ni Maha...terbaik!

    BalasPadam
  9. sedap2 cookies ni wehh.. fav aku semuanya.. nanti nak trylah... tgk bekas dia pun esklusif

    BalasPadam
  10. nampak menyelerakan sungguh kuih raya mereka. rasa teringin nak cuba.malas nak buat kuih raya tahun nie. xde mood.kita beli je

    BalasPadam