Hari Raya,

Jualan Mega Raya Potongan Sehingga 70% Sempena Aidilfitri Di LuLu Hypermarket

Khamis, Mei 06, 2021 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kurang daripada beberapa hari sahaja lagi kita nak menyambut 1 Syawal iaitu Hari Raya Aidilfitri. Ini adalah kiranya pusingan terakhirlah sebelum kita meraikan walaupun dalam PKP yang baru sahaja diumumkan oleh MKN. Tetapi raya tetap kena sambut dengan penuh meriah dan gembira. 



Sebab itu sekarang ni kalau korang pergi mana-mana tak kiralah shopping komplek ker atau juga supermarket mahupun Bazar Raya tengah giler-giler buat promosi saat akhir. Memang semua nak tawarkan harga yang tak masuk akal tapi itu lah kemeriahan nak berhari raya ni. Tak ketinggalan juga LuLu Hypermarket yang kini telah ada tiga cawangan di Malaysia iaitu Capsquare Kuala Lumpur, 1Shamelin Mall dan juga terbaharu di Setia City Mall Setia Alam






Kali ini lagi hebat LuLu buat promosi "Jualan Mega Raya" potongan sehingga 70% untuk bahagian barangan elektronik, elektrik, barang basah, barangan runcit, kelengkapan rumah dan banyak lagi. Memang betul giler-giler lah nak memastikan bahawa rakyat Malaysia tahun ini dapat menyambut raya walaupun dalam PKP.  Tak perlu nak seberang sampai ke Nilai nak cari karpet kerana kat LuLu pun ada harga murah lagi berkualiti juga kan hehehehe.





Kalau korang pergi kat bahagian baju raya kat situ sahaja LuLu menawarkan potongan rata 40%  untuk bahagian fesyen iaitu merangkumi pakaian wanita, pakaian lelaki dan juga kanak-kanak, bahagian kasut, bahagian beg wanita, Saree dan Churidar. Sini boleh dapatkan Baju Raya baharu mengikut tema warna sangat mudah boleh dapat lengkap untuk satu keluarga. Kelengkapan lelaki seperti butang baju melayu, sampin, songkok dan macam-macam lagi pun ada kat sini. 







Tapi ingat korang kena datang hari ini juga 6 Mei hingga 9 Mei 2021 sahaja tau untuk promosi ini kerana ia untuk masa 4 hari yang sangat singkat ini. Kalau datang hujung minggu mungkin akan ramai orang sebab biasalah kita suka buat persiapan saat-saat akhir katanya boleh dapat harga lagi murahkan.
 






Satu yang membuatkan Maha suka beli kat LuLu bukan sahaja kerana promosi istimewa meraka tetapi juga kerana keselesaan, bersih dan persekitaran yang luas. Tak adalah kita berlaga-laga dan masih boleh menjaga SOP penjarakan fizikal dengan pelanggan yang lain. Susun atur juga memudahkan pelanggan untuk mencarai barang keperluan tanpa perlu membuang masa.







Mesti hari raya ni nak sediakan juadah yang enak-enak dan juga pelbagai makanan untuk dihidangkan kepada tetamu. Kenapa perlu bayar lebih kalau kat LuLu dah ada harga istimewa. Jualan Mega Raya ini juga meliputi juga bahagian barang basah, barangan dapur, makanan dan juga sayur-sayur serta buah-buahan. Korang boleh tengok setiap item yang ada potongan hebat ini akan ditanda dengan sign seperti ini untuk memudahkan korang membuat rujukan.





Cuma untuk Jualan Mega Raya ini berlangsung dari hari ini juga sampai 16 Mei 2021 nanti so masih panjanglah masa untuk buat pilihan. Tapi kalau dah lepas raya nak beli apa lagi sebab open house tak boleh buat hanya raya pertama sahaja boleh kunjung-mengunjung untuk kawasan dibawah Perintah Kawalan Pergerakan seperti KL dan 6 daerah di Selangor. 






Tak apa yang mana dekat tu boleh lah datang kunjungi LuLu Hypermarket, bagai yang tak boleh rentas daerah tu masih boleh lagi membeli dengan buat pembelian dalam talian. Barang yang korang tempah dalam talian akan dihantar terus dengan selamat sampai kerumah. Lagi mudah dan lagi senang. Tak perlu nak hadap sekatan beri seribu alasan dan juga kesesakan betul tak hurmm.




Maha rasa pengalaman membeli di LuLu Hypermarket sangat menggembirakan sebab sentiasa ada potongan harga yang murah dan juga berbaloi dalam keadaan pandemik dan juga PKP ni. Jangan jadikan alasan untuk tidak boleh rentas daerah atau PKP kita tidak berhari raya. Hari kemenangan mesti diraikan walaupun berjauhan hanya dengan membeli di LuLu segalanya ada. 

Nak tahu lagi promos dan harga yang ditawarkan di semua cawangan LuLu boleh layari:




 



2 ulasan:

  1. bila ckp psl raya ni, bukan je nak siapkan baju raya. malah langsir raya, groceries raya, kuih raya, karpet raya, oven raya eh serba serbi nak raya juga hehehe. Sebab tu, kena bijak berbelanja, beli masa ada diskaun hebat !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes betul tu akak masa ni lah kita beli dengan bijak cari yang ada promosi baru untung lebih hehehehe kat LuLu selalu buat promo macam ni tu yang suka datang sini shopping...

      Padam