Amazing MK,

Membongkar Seribu Makna Kejayaan Diri Melalui Tarikh Lahir - Amazing Success

Jumaat, April 16, 2021 Mahamahu 17 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga tidak lupa rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah kita masih dihidupkan hari ini dengan penuh rasa syukur atas segala yang dikurniakan kepada. Moga hari ini lebih baik daripada hari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Macam mana nak pastikan diri kita sentiasa terbaik dalam semua perkara. Kita kena kenali diri.



Tak kenal dalam diri kita macam mana kita nak tahu apa yang kita buat itu adalah yang terbaik. Sebab tu Maha baru-baru ini ada sertai satu seminar mengenai ilmu Metalife anjuran Amazing Success di Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya. Dari situ baru tahu siapa dan bagaimana nak pandu diri kita kearah yang betul-betul berjaya. Kerana diri kita ini dicipta penuh dengan misteri yang kena bongkar.

Sebelum ini memang Amazing Success ada menyatakan hasratnya untuk mengadakan seminar 2 hari 1 malam untuk menerangkan mengenai ilmu Metalife ini tapi akibat PKP, seminar ini terpaksa di tangguhkan untuk beberapa kali. Alhamdullilah akhirnya seminar ini dapat diadakan juga walaupun dalam SOP yang ketat.



Korang nak tahu apa yang Maha belajar sepanjang seminar tersebut?. Nak tahu apa itu ilmu Metalife? Jom teruskan bersama dalam posting Maha ini ok.


Apa itu Metalife?


Secara umumnya, metalife ini merupakan satu ilmu untuk memahami pengaruh energi pada alam dan juga diri. Melalui kod-kod energi ini kita dapat mengenal pasti ragam emosi dan juga karakter diri. Dari situ juga kita boleh tahu di mana kekuatan dan kelemahan diri kita demi mengejar kejayaan. Energi ini diketahui atau di kira berdasarkan tarikh lahir seseorang itu.



Terdapat cara yang khusus untuk mengira kod-kod energi ini.

Namun begitu, hendaklah diingatkan bahawasanya kod-kod energi ini hanyalah sekadar teori untuk dipelajari. Ia tidaklah termaktub secara khusus tepat 100%. Hanya sekadar teori yang mungkin di jadikan rujukan atau peringatan. Akhirnya kita tetap berpaksikan pada qada dan qadar yang Allh telah tetapkan.



Apa yang menariknya, setelah kita mengira kod-kod energi ini berdasarkan tarikh lahir kita, kita akan dapat tahu potensi diri kita. Yang mana mungkin sebelum ini kita tidak sedar atau separa sedar bahawa potensi itu ada dalam diri kita. Tinggal lagi cuma untuk di asahkan dan dikedepankan.

Konsep energi itu dikira dalam bentuk prisma atau pyramid. Terdapat pengiraan yang khusus dan nombor-nombor itu akan di masukkan dalam kotak-kotak yang tersedia. Setiap kotak-kotak itu mempunyai kod energi yang tersendiri. Oleh itu, pengiraan kod sangat perlu berhati-hati kerana ia akan memberi kesan kepada kod yang lain.



Gambarajah di atas merupakan kotak prisma yang dibekalkan untuk mengira kod-kod para peserta berdasarkan tarikh lahir masing-masing. Susah untuk dirungkaikan dalam bentuk ayat kat sini tapi kalau buat secara praktikal dan terus depan mata isnyallah mudah sebenarnya dan ia sangat menyeronokan.

Akhirnya dapat juga Maha buat hasil dari tunjuk ajar dari Master Muslee mengenai panduan sepanjang pengiraan kod ini untuk mengetahui kod energi diri kita yang betul dan tepat. Walaupun pengiraan kod-kod ini menggunakan kemahiran asas matematik namun agak tricky jugak.

Untuk kod energi elemen alam Maha milik adalah Kayu

Anda punya elemen 'KAYU'


Penerangan di dalam ilmu Metalife tentang seseorang yang ada elemen Kayu:-

Kekuatan & cabaran (yin yang) anda adalah pada nilai ilmu yang dimiliki dan jaminan ‘selamat diri’ bila bertindak mengejar matlamat hidup. Ragam emosi anda adalah pada faktor ilmu dan perancangan bila melakukan kerja seharian, samada secara sistematik atau berterabur tanpa planning. Dari sudut psikologi, anda seorang yang suka mencari jaminan keselamatan dalam kehidupan seperti sekuriti, tatacara, sistem, strukturdan perlindungan diri bila mana menggerak/bertindak apa yang dirancang. Cabaran diri anda adalah pada rasa diri pandai, suka merancang sendirian, perfectionism serta ‘banyak merancang tapi tak buat’ atau ‘buat separuh jalan’.



Lebih 80% apa yang dinyatakan dalam elemen itu tepat mengenai diri dan sifat yang Maha miliki sebenarnya. Terkejut kan tapi ini baru sedikit. Nanti akan dikaitkan pula dengan banyak lagi perkara yang akan berkait rapat seperti:-

- Sifat Haiwani dan juga sifat Insani 
- Tujuh (7) falsafah dan fitrah kejadian manusia daripada zaman Nabi Adam dan Hawa. 
- Energi Psikologi
- Oreientasi Diri 

Sebab itu seminar ini perlu masa yang panjang untuk belajar dan ia membuatkan kita rasa semua ilmu ini akhirnya akan kembali kepada Al Quran dan Al Sunnah juga. Kalau Maha ceritakan sepenuhnya kat sini baik tak payah datang seminar baca sahaja kannn. Tapi awas ilmu tanpa guru boleh sesat jadi kena berguru.



Sebenarnya banyak lagi yang dikongsi oleh Master Maslee dalam seminar ini mengenai kod energi berdasarkan tarikah lahir. Apa yang pasti, ianya cukup menarik bagi kita ketahui dan boleh di jadikan panduan untuk memperbaiki diri.

Jadi bagi korang yang berminat mengenai ilmu Metalife ini boleh turut serta dalam seminar Amazing Rezeki yang seterusnya. 



Korang layari Facebook page AMAZING SUCCESS untuk tahu bila lagi sesi seminar ini akan diadakan dan dimana lokasi seterusnya.


p/s : Untuk bakal usahawan atau mereka yang ingin memulakan perniagaan sendiri, elok rasanya sertai seminar ini kerana ada sessi mengenal diri dan bidang perniagaan apa yang sesuai mahupun tidak sesuai untuk kita ceburi. 



Ilmu yang dapat kalau diikuti akan jadi berguna kalau di simpan bagaikan besi akan berkarat. Selamat mencuba semua.











17 ulasan:

  1. This looks like the fengshui elements that have existed for thousand of years in history of mankind. Glad that now it is being taught to even more people to use in their daily life.

    BalasPadam
  2. Kadang2 macam tak percaya juga dari tarikh lahir tu boleh tahu kita ni macamana. Mungkin dia ada buat kajian kot ye?.

    BalasPadam
  3. Wah menariknya. satu ilmu yang menarik, kalau betul2 nak faham mmg kena join seminar ni jugaklah nampak gayanya!

    BalasPadam
  4. Wow.......this is interesting. It sounds fun too. Thank you for sharing this information with me. You take care.

    BalasPadam
  5. Bestnya ada event mcm ni. Teringin jugak nk kenal diri sendiri. Nk tahu personaliti diri yg kita tk tahu. hehehe

    BalasPadam
  6. ADA KAWAN PERNAH BELAJAR JUGAK PASAL MAKNA TARIKH LAHIR , SECARA TAK LANGSUNG IANYA DAPAT MEMBANGKITKAN RASA KEYAKINAN DIRI DAN MEMILIH JALAN HIDUP YANG TERBAIK. YANG PENTING TERUSKAN DOA DAN JANGAN PERNAH UNTUK BERHENTI BERUSAHA.

    BalasPadam
  7. banyak yg boleh kita belajar dari seminar seperti ini.. terutama dalam mengenali potensi yg ada dalam diri sendiri

    BalasPadam
  8. maafkan saya...awak cantil....maafkan saya hahaha teringat pulak wak bengkel yang kite join aritu. yang ni pun nampak macam best je nak join.

    BalasPadam
  9. Mungkin kita boleh belajar sesuatu dari seminar ini :) yang penting usaha utk pergi join seminar tu.

    BalasPadam
  10. Agaknya elemen apa Sis ko ni ek.. ishhh seram plak nak tau hahahaha.. tapi ada baiknya juga kan, secara langsung kita tau kelemahan dan kekuatan diri kita.. kan kann..
    Ko elemen apa Maha?

    BalasPadam
  11. Awal tu memang Rawlins down sebab terkedu bila tau kekurangan diri atau sifat diri yang melampau. Then lama-kelamaan, bila dah diajar cara mengatasinya, terus rasa seronok

    BalasPadam
  12. Menariknya! Macam best dan teringin juga nak sertai seminar macam ni untuk kenali diri dengan lebih terperinci based on study!

    BalasPadam
  13. Seronok pegi seminar macam ni. Dah lama dah tak attend seminar

    BalasPadam
  14. Wow. This is a very good seminar program for all!!

    BalasPadam
  15. Menariknyaaaa seminar ni. Dah lama tak pergi seminar tentang aura dan kekuatan diri. Masa zaman sekolah ada buat masa Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya. Ada kuiz dan panduan tentang elemen ni. Nanti nak cari balik buku tu. Seminar camni selalunya RM berapa Madi?

    BalasPadam
  16. wow, ilmu baru ni.menarik gak kaji diri sendiri ni. thanks for sharing Maha. best kalau dapat join gak seminar ni

    BalasPadam
  17. bestnya ada seminar macam ni, banyak ilmu yang baru boleh dipelajari. lepasni kalau ada seminar macam ni Faiq nak join la. hehehehe

    BalasPadam