Bandung Smoothie,

Minuman Coolblog Kathira Smoothie Dan Bandung Smoothie Kini Dilengkapkan Dengan Susu Kurma Farm Fresh

Sabtu, April 17, 2021 Mahamahu 12 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga tidak lupa kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Siapa sini suka minum Air Katira atau juga minuma Air Bandung. Terutama time puasa ini bila nak buka puasa tu kalau dapat perkenal air sejuk memang bergelas-gelas tak ingat. Sampai perut tu buncit dengan air jer tak makan lagi tu. Dasyatnya minuman tradisi yang sedap dan pelbagai cara orang sediakan.



Kalau tanya Maha paling diminati adalah kedua-duanya. Rugilah kalau pilih satu sedangkan boleh dapat kedua-duanya. Mana korang nak dapat minuman Air Katira dan Air Bandung yang mengalami revolisu dalam penyediaan dan presentation ini. Mana lagi kalau bukan di semua cawangan CoolBlog seluruh Malaysia. 



Coolblog sekali lagi mengangkat minuman nostalgia bandung dan kathira, dan memberi nafas baharu mengikut citarasa orang ramai masa kini melalui kempen Tradisi Cool Ramadan. Keistimewaan dan keunikkan nilai tradisi air kathira dan air bandung diterjemahkan oleh Coolblog menerusi Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie yang sememangnya menjadi menu minuman wajib oleh Coolblog sempena Ramadan. Kempen Tradisi Cool Ramadan oleh Coolblog ini telah menemui peminat Coolblog bermula 4 April 2021.



Bagi kempen Ramadan tahun ini, Coolblog berkerjasama dengan sebuah jenama gergasi tempatan, Farm Fresh dengan menggunakan Susu Kurma Farm Fresh yang diminati ramai didalam minuman Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie. Kerjasama dua jenama tempatan ini dilihat sebagai satu gabungan yang tepat dimana Coolblog dan Farm Fresh adalah dua nama besar didalam pasaran serta menghasilkan minuman yang berkualiti dan mempunyai penggemar yang tersendiri. Melalui kolaborasi ini, Coolblog dan Farm Fresh dapat bersama-sama meneroka pasaran baharu dan mengukuhkan lagi jenama di dalam industri.



Mesej utama kempen ini adalah untuk memberitahu umum bahawa Coolblog kini memberi penghormatan kepada minuman yang melambangkan tradisi dan nilai masyarakat terutamanya masyarakat Melayu. Kathira Smoothie yang diilhamkan dari minuman Kathira yang terkenal di Johor, diolah dan diberi nafas baru menggunakan bahan premium seperti air jeli pandan, selasih, jeli kurma, dan Susu Kurma Farm Fresh.



Manakala, Bandung Smoothie adalah campuran perisa ros, jeli gula perang premium dan juga Susu Kurma Farm Fresh bakal menambat tunas rasa setiap pelanggan setia Coolblog. Kathira Smoothie dijual pada harga RM9.80 manakala Bandung Smoothie pula pada harga RM8.80.



Nikmati minuman baharu dari Coolblog ini di bulan Ramadan dan dapatkan di kesemua cawangan Coolblog. Sila rujuk laman web rasmi dan Instagram rasmi Coolblog untuk senarai cawangan yang mengambil bahagian.



Menurut Cik Win Zaidi Zakaria Pengurus Pemasaran Coolblog Malaysia

"Kempen Tradisi Cool Ramadan diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu adalah cara kami memeriahkan sambutan Ramadan. Kempen ini bertujuan untuk memupuk semula nostalgia minuman tempatan yang menjadi pilihan utama untuk diminum ketika waktu berbuka puasa. Kerjasama dengan Farm Fresh untuk minuman Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie menggunakan Susu Kurma Farm Fresh telah memberi nafas baru kepada minuman ikonik tempatan. Kempen Ramadan kali ini amat bermakna buat kami kerana seluruh warga kerja Coolblog bersama-sama memerah keringat dan berusaha mencari idea kreatif untuk menyajikan minuman ini kepada pelanggan kami. Akhirnya kami berjaya mencipta rasa asli baharu yang kaya dengan tradisi dan nostalgia.

Apa yang menarik pada kempen Tradisi Cool Ramadan ini adalah pada strategi kami dalam mengimbau dan mengangkat nilai tradisi yang ada pada kedua-dua minuman tersebut. Kami percaya setiap dari kita membesar dengan tradisi oleh itu kami percaya Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie akan menjadi pilihan utama para pelanggan kami untuk dijadikan minuman sewaktu berbuka puasa nanti.

Kami berpegang teguh kepada bahan-bahan utama yang menjadikan kedua-dua minuman ini seakan minuman ikonik masyarakat setempat, tetapi kami memberikan olahan dan sentuhan Coolblog bersama Farm Fresh bagi menghasilkan rasa minuman yang amat sedap dan menepati citarasa penggemar minuman smoothies di Malaysia.”


Info lanjut layari :







12 ulasan:

  1. Alahai nak berbuka nanti dengan Cool Blog la. Teringin nak minum air khatira tu haa....mesti lega tekak setelah seharian berpuasa.

    BalasPadam
  2. Wow......what a thirst quenching drink. Good for iftar. Thank you for sharing your review with me.

    BalasPadam
  3. fotogeniknya awak! suka tngok gambar cantk2 semua nya air dekat coolblog pun memang sedap sgt!

    BalasPadam
  4. Oittt sedapnya dia sedut khatira cool blog tuuuuu. TErtanya -tanya camner rasanya. tapi saya memang suka cool blog berbanding jenama lain..sebab rasa dia ngam sangat dengan tekak. nanti nank orderlah ..sib bek cool blog belakang rumah jerrr

    BalasPadam
  5. Teringat pula kenangan kita dok ngusik buda yang buat air nie. Tangkas betul beliau menyiapkan order ini kan.

    BalasPadam
  6. Lama tak minum air coolblog ni. Wah dah bekerjasam denagn farm fresh..nanti boleh try..air katira tu

    BalasPadam
  7. Would want to try the one with Kurma milk. I have always been a fan of Buah Kurma so I am kinda estactic to know that they are rolling out this flavour for this Holy month.

    BalasPadam
  8. Dah lama tak minum coolblog ni tentu sedap Coolblog Kathira Smoothie

    BalasPadam
  9. Dah Lama x.minum cool blog.. Dulu suka minum sebab air khatira dia mmg sedap

    BalasPadam
  10. Sedapnya Coolblog.. Adoyaoii baca ni at this hour pulak... Mengancam ni... Hehe.. Nak berbuka dengan Air Kathira coolblog ni la... 👍

    BalasPadam
  11. Anak Sis tak minum susu, tapi bila coolblog buat dengan Farm Fresh ni, ehhh dia kata sedap pulak.. Maknya plak yang belum cuba gagagaha

    BalasPadam
  12. Lamanya tak minum coolblog ni. nak kena cuba minum balik ni hee :) thanks share this

    BalasPadam