Berbaloi Puasa. Family Meal,

Tak Rugi Memang Berbaloi Puasa Berbuka Bersama Marrybrown

Selasa, Mei 05, 2020 Mahamahu 21 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Maha nak ucapkan selamat berpuasa kepada umat Islam yang terus kuat menjalani ibadah ini walaupun dalam musim wabak. Tapi ketahuilah bahawa orang yang berpuasa itu akan memperolehi dua kegembiraan seperti mana dalam hadith Riwayat al-Tirmizi yang bermaksud:


"Bagi orang yang berpuasa, dia akan memperolehi dua kegembiraan. Pertama, kegembiraan ketika dia berbuka puasa dan kedua kegembiraan ketika dia bertemu Tuhannya"


Kegembiraan ketika berbuka puasa itu adalah fitrah seorang manusia apabila ia ditahan daripada makan untuk berpuasa satu hari dan tiba waktu buka memang akan rasa gembira dan tak sabar untuk makan. Ditambah lagi kalau dihidangkan dengan makan yang sedap-sedap dan juga yang jaranga kita dapat makan.

Seperti mana promo terbaru daripada Marrybrown sekarang ni tengah ada banyak tawaran menarik korang kena cuba. Promosi MB Berbaloi Puasa kali ini menawarkan tiga promo iaitu Family Meals, Istimewa Ramadan dan Buy 1 Free 1. Promo ini bermula sekarang sehingga 23 May 2020 nanti. Jadi masih banyak masa untuk korang dapatkannya.



Bagi mereka yang berkeluarga ada anak-anak ramai Family Meals ni sangat sesuai. Ada tiga set untuk promo ni iaitu Comba A yang bernilai RM24.90 sesuai untuk 2 hingga 3 orang. Manakala Combo B pula bernilai RM49.90 untuk yang ada ahli keluarga 5 hingga 6 orang. Satu lagi lak Combo C sesuai untuk keluar lagi besar 8 hingga 10 orang dengan harga RM79.90. Promo Family Meals ni boleh didapati melalui khaidmat penghantaran atau juga bawa pulang di restoran yang terlibat.


Ini pula promo yang sesuai untuk orang bujang atau juga pasangan yang baru berkahwin. Kombo ini diberi nama Istimewa Ramadan yang membawakan 2 MB Combo Meals dengan harga RM20 dan RM22 sahaja. Maha hari tu berbuka puasa dengan kombo ni lah. Maha beli MB Lucky Plate Combo hanya RM22 sahaja untuk dua hidangan. Selain tu juga korang boleh pilih Nasi Lemak MB Combo atau MB Hotouch Burger Combo yang ni harga RM20 sahaja. Kombo ni hanya untuk penghantaran sahaja dengan order melalui Grab Food atau Food Panda terus ke rumah korang.



Last sekali ada juga promo Buy 1 free 1 untuk item jualan paling laris di Marrybrown. Item tersebut adalah Bubur Ayam MB, Cheesy Wedges, 6 pcs Chicken Nuggets, Chicken Sausage Burger dan Mushroom Soup. Tapi ia hanya terhad kepada 3 penebusan setiap transaksi dan hanya untuk dibawa pulang daripada restoran. Siapa minat site menu dari MB ni bolehlah ambil promo ni sangat berbaloi.





Kenapa Maha pilih untuk berbuka dengan Marrybrown bukan sahaja kerana kesedapannya tapi juga ia cepat, senang dan berpatutan untuk waktu berbuka. Hari tu Maha order online kat Grab Food pagi dan kemudian boleh set masa bila mereka nak hantar ke rumah. Jadi Maha pilih dekat-dekat waktu berbuka tak perlu nak susah-susah. Maha nak ucapkan selamat berpuasa dan juga selamat berbuka kepada semua. Nikmati waktu berbuka dengan kegembiraan bersama Marrybrown.









21 ulasan:

  1. lama tk mkn ayam marrybown..ada promo jimat bln puasa bole try ni..byk juga menu lain selain ayam tu

    BalasPadam
  2. serius dh lama xmkn marrybrown. nth tahun bile last makan. dh mcm2 dah menu kat situ. set ramadhan die pun berbaloi kan. boleh la beli kalau siapa tak sempat nk memasak tu

    BalasPadam
  3. Lama dah tak pergi marrybrown. Menarik gak ni offer. Nanti boleh la sesekali berbuka dengan menu marrybrown ni.

    BalasPadam
  4. Ko nie saja kan. Terus aku rasa nak beli untuk berbuka petang nie. Macam best la kalau sekali side dish

    BalasPadam
  5. Dah lama tak makan marrybrown..la marrybrown dah bukak dekat dengan rumah..bila² boleh oder ja

    BalasPadam
  6. Yeayyy...kita harini nak buka Marrybrown hehehe...tak tahan nengok menu dan gaya ko gigit tu Maha..geramm kecurrr hahaha

    BalasPadam
  7. weh sangat berbaloi la..jimat,,,uishh terus lapar..kne pi MB nie

    BalasPadam
  8. Wow...... it’s good that Mary Brown offer a good berbuka package. Thank you for sharing this information.

    BalasPadam
  9. Saya rasa memang berbaloi la pakej Marrybrown ni Maha. Nampak murah dan banyak dalam satu set tu. Puas hati makan.. ni Maha makan sorang ke semua ni?

    BalasPadam
  10. berbaloi baloi kan. Murah sangat. iena grab dua promosi berbaloi puasa familly deal dengan berbaloi puasa buy 1 free 1..

    BalasPadam
  11. murah juga rupanya ya. jarang2 kami makan MB ni sebenarnya. nanti nak cubalah

    BalasPadam
  12. Selalu bila nk makan ayam ke KFC tapi bila tgk ni pas no teringin lak nk mkn ayam goreng marrybrown... sedap gak tukar selera kan.

    BalasPadam
  13. sedap2 makanan kat marrybrown and pakej ramadhan diaorang mmg sangat berbaloi...esp yang pakej A, B dan C tu

    BalasPadam
  14. Memang berbaloi sangatlah dengan pakej ramadhan Marrybrown ni. Harga murah dapat banyak pulak

    BalasPadam
  15. Berbaloi pakej dari MB ni. Bukannya apa, banyak betul makanan dalam set tu. Utk family deals tu akak suka. hehe

    BalasPadam
  16. seronok nyer korang dpt MB ni. ayam nyer nampak ya Allah rangup!
    dulu, kat rumah lama, dekat je MB ni. kat melaka mall.
    now da pindah, da tak gi dah MB. suka situ sebab ada seat buaian. anak2 le yg suka dok situ.
    diorang dok diam ha ha ha ah ha...

    BalasPadam
  17. Hishh awas ye abam maha kita makan sedap2 gini tika bulan puasa.. Selamat dia tak buat video makan ayam goreng tu.. Terliur plak nmpk sedap

    BalasPadam
  18. Amboi menyelerakan betol tengok ayam dia. kalau saya ni beli lebih buat moreh sekali eh hehehe. Btw tahun ni xdapat la peluang nak berbuka puasa dengan Maha.

    BalasPadam
  19. belanja please
    bila lagi nak belanja aku nih Maha
    hahahaa

    BalasPadam
  20. Sedapnya semua set menu juadah dari marrybrown ni. Memang berbaloi beli pakej macam ni untuk berbuka puasa. Teringat ayam marrybrown yang enak dimakan panas-panas fuhh

    BalasPadam
  21. Memang berbaloi, that day i baru jer order Family Meals Set A, berbaloi baloi

    BalasPadam