Contest,

Anak Malaysia Masak Bersama Pensonic Menawarkan Hadiah Bernilai RM200,000

Isnin, Julai 15, 2019 Mahamahu 6 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tahun ini adalah musim keempat Pensonic menganjurkan rancangan memasak di TV bersama dengan pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia dan selebriti terkenal tanahair. Maha sendiri pernah sertai program ini tak silap tahun 2016 rasa. Dari dulu sampai sekarang masih bersama dengan selebriti chef yang tak asing lagi dengan produk ini iaitu Dato' Chef Ismail.

Tahun ini pula mengubah sikit konsep rancangan ini dimana ia bersempena dengan meraikan hari kemerdekaan Malaysia dan juga hari Malaysia yang kita sambut setiap tahun. Rancangan musim ini lebih meriah dengan tema barunya, ‘Anak Malaysia Masak Bersama Pensonic’. Rancangan yang mengandungi 8 episod ini akan keudara setiap Hari Isnin, jam 6.00 petang bermula 12 Ogos 2019.



Selepas menonton rancangan ini nanti penonton perlu pergi ke laman Facebook Pensonic dan jawab satu soalan mudah untuk Peraduan Beli, Tonton & Menang  dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah bernilai RM200,000 termasuk sebuah kereta Nissan Serena dan produk elektrik. Korang hanya perlu mengikuti langkah-langkah peraduan seperti di bawah:-

1. Beli produk Pensonic bernilai RM50.00 dan ke atas dalam satu resit semasa kempen iaitu dalam tempoh 15 Julai hingga 15 Oktober 2019. 
2. ‘Like’ & ‘Share’ Facebook Pensonic & poster peraduan (tukar tetapan privasi kepada Am). 
3. Tonton rancangan ‘Anak Malaysia Masak Bersama Pensonic’ di TV3. 
4. PM gambar-gambar resit, kad waranti, butir-butir peribadi dan jawapan untuk soalan peraduan Facebook. 

Baru-baru ini telah berlangsung majlis pengenalan program ini kepada media. Memperkenalkan juga pengacara dan juga barisan selebriti yang akan terlibat tahun ini. Dato’ Chef Haji Ismail bersama 11 selebriti berkongsi resipi-resipi tempatan yang menyelerakan sebagai penghargaan kepada masakan-masakan tempatan. Di antara selebriti popular yang terlibat dalam rancangan musim ini ialah Izzue Islam, Adeline Tsen, JC Chee, Ernie Zakri, Thanuja Ananthan, Bella Astillah, Fizo Omar, Diana Daniele, Sweet Qismina, Ryzal Jaafar and Afifah Nasir.






Bagi membangkitkan cinta kepada kebudayaan tempatan, Pensonic juga telah melancarkan satu siri produk elegan dengan corak geometrik tradisional yang diberi nama Siri Batik Pensonic. Korang boleh melengkapi dapur korang dengan Siri Batik Pensonic kerana peralatan ini dapat membangkitkan kesedaran generasi muda kita mengenai kekayaan warisan budaya kita. Maha tengok siri koleksi Batik ini juga sangat cantik dan juga menarik unik sekali.

Korang boleh lihat koleksi Batik ini juga dalam semua episod rancangan Anak Malaysia Masak Bersama Pensonic. Kalau korang nak beli semua siri baru ini boleh beli secara dalam talian di laman web Pensonic. Kalau korang memang kaki peraduan boleh sertai dan mana tahu kali ini rezeki korang nak menang barangan Pensonic dan sebuah kereta isitmewa. Selamat menonton dan selamat menyertai peraduan ini.

Info lanjut sila layari :










6 ulasan:

  1. Balasan
    1. Cantikkan yang koleksi Batik tu kita suka comel jer boleh beli online sekarang..

      Padam
  2. Balasan
    1. Nanti share pada kawan-kawan yang suka masuk contest...

      Padam
  3. amboiii comey bukan main corak gitu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Comelkan dah boleh start beli online koleksi baru dari Pensonic tu...

      Padam