Aroi Dee Thai Restaurant,

THAI WOK Dan BBQ Di Aroi Dee Thai Restaurant Palm Garden Hotel

Selasa, Julai 16, 2019 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Lama tak makan masakan Thai yang asli. Kali ini Maha nak bawa korang untuk nikmati hidangan bufet makanan Thai dan juga BBQ di sebuah hotel terkemuka di Putrajaya. Palm Garden Hotel IOI Resort City rupanya dalam tu ada sebuah restoran Thai yang diberi nama Aroi Dee Thai Restaurant.

Kalau korang nak nikmati masakan bufet kat sini mereka ada setiap hari Jumaat bermula 12 Julai 2019 dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam. Harga untuk bufet ini hanya RM68.00 nett untuk seorang dewasa. Jadi bagi Maha dengan harga yang ditawarkan dan juga dengan jumlah makanan yang ada memang berbaloi lah cukup kenyang.





Aroi Dee Thai Restaurant membawa kepada korang juadah terbaik dari negara Gajah Putih ini di mana bahan-bahan segar dari pasar dimasak secara langsung di depan mata korang sama ada dengan menggoreng dalam kuali atau memanggang api arang. Kalau bahagian BBQ itu korang boleh lihat beberapa jenis makanan laut segar di sediakan seperti Fish Seabass, Snapper Fillet, Udang Harimau, Ketam Biru, Sotong, Kerang, Siput Buluh, Lala dan juga banyak lagi.




Selain makanan laut ada juga daging yang dipanggang segar seperti kepingan tenderloin daging lembu, Jagung Segar dan juga Ubi Keledek. Semua dipagang panas membuatkan kadang-kala mulut kita rasa terbakar. Rahsia kesedapan BBQ di sini adalah dalam sos dan perapan yang akan membawa korang rasa yang menggiurkan yang original Thai atau bahkan beberapa pengaruh Cina.  




Kalau hidangan bufet Thai tak sah kalau tiada salad yang segar dari ladang seperti Som Tam. Cara nak buat Som Tam ini hanya satu minit sahaja cepat dan sedap tak perlu masak pun. Kat sini juga ada sediakan Mix Green Salad dengan 3 jenis sos. Menu utama kat sini adalah Thai Vegetable Fried Rice dan juga Fried Noodle Mee Hoon. Sudut lain yang menjadi tumpuan ramai adalah Ayam Goreng Pandan dan juga Chicken Enche Cabin.  







Paling tak boleh dilupakan dalam bufet ini adalah pencuci mulut di mana korang harus mencuba Thai ABC dan Cendol yang agak berbeza dari yang biasa. Juga paling segar adalah buah-buahan yang ad kat sini seperti buah Rambutan, Buah Mata Kucing, Buah Salak dan Buah Langsat. Ini semua mengikut musim juga tapi buah lain seperti Tembikai Merah, Tembikai Kuning, Betik dan Nanas





Sebanarnya Aroi Dee Thai Restaurant ia dibuka setiap hari untuk makan tengah hari dan makan malam dari jam 12.00 tengah hari hingga 2.30 petang dan 6.30 petang hingga 10.00 malam. Semasa hari bekerja, ia menyajikan makan tengahari Set Thai dengan beberapa pilihan. Jadi korang boleh makan sini setiap hari dan setiap masa cuma hari Jumaat tu ada special bufet. Selamat mencuba semua dan selamat menjamu selera semua. 

Tempahan dan pertanyaan sila hubungi:
Tel : 03 8943 2233 
Whatsapp : 010 367 6101







0 Pandangan: