Anak Malaysia Masak Bersama Pensonic Menawarkan Hadiah Bernilai RM200,000
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tahun ini adalah musim keempat Pensonic menganjurkan rancangan memasak di TV bersama dengan pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia dan selebriti terkenal tanahair. Maha sendiri pernah sertai program ini tak silap tahun 2016 rasa. Dari dulu sampai sekarang masih bersama dengan selebriti chef yang tak asing lagi dengan produk ini iaitu Dato' Chef Ismail.
