Apricot,

Pecinta Buah-buahan Masa Untuk Nikmati Premium Australian SUMMERFRUITS

Rabu, Januari 23, 2019 Mahamahu 19 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa sini suka makan buah-buahan tak kisah lah buah tempatan atau buah import. Maha memang sangat suka makan buah kalau kasi satu bakul pun boleh habis makan seorang. Tambahan pula buah dari luar negara yang susah nak dapat kat negara kita seperti Apricot, Plum, Peach dan Nectarines



Sekarang tengah berlangsung kempen Sweet Fruits "Sweeter When Shared" yang membawa hasil buah bermusim segar dari Australia terus ke Malaysia. Bersesuaian juga dengan tahun baru yang baru sahaja kita sambut dan juga akan tiba tak lama lagi perayaan Tahun Baru Cina kita boleh meriahkan dengan buah-buahan segar ini. 



Baru-baru ini Maha pergi ke majlis pelancaran kempen ini yang telah berlangsung di Village Grocer MyTown Cheras. Pada majlis tu mereka mengajar bagaimana untuk menjadikan buah-buahan yang penuh dengan khasiat ini bukan sahaja dimakan begitu sahaja tapi juga boleh dijadikan hamper hadiah serta hiasan makanan yang lazat-lazat.




Bersama dengan selebriti terkenal Belinda Chee yang mempamerkan skill menyediakan resipi unik yang menggabungkan buah musim panas dari Australia termasuk Gift Box of Summer Fruits, Summer Fruits Delight dan Pavlova with Summer Fruits yang sempurna untuk perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang. 



Australia menghasilkan beberapa buah-buahan terbaik di dunia hasil daripada microclimate unik yang memperlihatkan rasa manis buah semulajadi. Petani di sana juga mempunyai kepakaran, dan memohon biosekuriti yang ketat dan langkah-langkah keselamatan makanan untuk menjamin buah yang paling berkualiti dan paling selamat dikeluarkan.

Faedah kesihatan Buah Dari Australia


Maha bukanlah pandai sangat pasal khasiat buah ini tapi ada baca bahawa kalau kita amalkan makan buah ini secara kerap ia akan memberi kesan kebaikan dari dalam dan luar. Di antara kebaikan yang terdapat pada buah dari Australia ini seperti buah Peach yang mampu menyediakan ciri anti-radang, antimikrob dan antioksidan yang sangat baik yang membantu mengurangkan perkembangan keadaan  keradangan sendi.



Manakala buah Nectarines menyediakan sumber kalium yang baik yang mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko serangan jantung. Buah Plum pula adalah buah indeks glisemik yang rendah, yang membantu mengawal gula dalam darah dan juga mengandungi vitamin K yang merupakan nutrien utama untuk tulang dan gigi yang sihat.



Aprikot adalah buah kilojoule yang rendah dan kaya dengan vitamin A dan beta karoten yang bermanfaat bagi kesihatan mata. Bagi Maha walupun ia adalah buah bermusim tapi kalau kita dapat amalkan makan sekarang ini mesti ia akan memberi kesan yang berpanjangan betul tak. 



Cuma sekarang ini korang tak perlu nak terbang ke Australia untuk dapatkan semua buah-buahan ini kerana ia dah ada jual kat Malaysia. Korang boleh dapatkan semua buah ini sekarang kerana tengah musim dan banyak dijual di pasaraya Village Grocer. Harga juga sangat berpatutan dan mampu untuk beli Maha yang kaki buah ni pun memang dah beli stock untuk sebulan hehehe. 





  

   

19 ulasan:

  1. siapalah tak suka makan buah..kita geng..boleh habis sebakul hoi haha..syok tengok buah2 dekat village grocer ni..segar bugar..nak2 dtg dr Australia kan..

    BalasPadam
  2. Sedapnya buah-buahan tu... Memang favorite tu. hihi. Banyak khasiat buat plum dan peach ni. Buat dessert pon sedap kan...

    BalasPadam
  3. Akak punya fav ni..memang biasa beli plum dan peach...sedap sangat...kalau musim dia...huiii puas makan walau harga sedikit aummm!!! hehehe

    BalasPadam
  4. Looks yummy! I love fruits especially sweet fruits. Not a fan of sour fruits though...lol

    BalasPadam
  5. wahh.. semua buah ni di import khas dari australia lah kan ... nampak semua nya fresh fresh and best kan...

    BalasPadam
  6. Besar besar buah import ni. Plus buah cantik tak ada yang buruk buruk. Baru rasa seronok nak beli

    BalasPadam
  7. menggoda gila buah-buahan dia tu, Allahu..Nak pegi Mytown jauh tapi rasa nak beli gak buah-buahan dia tu, baguslah dia ajar cara nak buat hamper n hias makanan tu.. :D

    BalasPadam
  8. Opkos kita peminat buah buahan! Adoi... Buah Imported seyhh.. Tentu fresh dan sedap. Paling kita suka plum dan Peach. Sedapnya .. Nanti kita pi borong kat sana

    BalasPadam
  9. Wow...just look at those fresh and huge imported fruits. I bet they are delicious. I would love to try the plum and peach. :) Guess these fruits come with premium price tags too.

    BalasPadam
  10. Wahh beruntung dapat makan buah obersea..sure sedap2 n fresh. Sis pun kalau nak beli buah fresh n berkualiti mesti gi village grocer..walau mahal tapi puashati

    BalasPadam
  11. Rawlins memang suka mencari buahan segar di Village Grocer - berkualiti dan worth every penny. Cepat la MM buat juadah berdasarkan buahan so that Rawlins boleh try

    BalasPadam
  12. Wah nampak fresh semua buah-buahan dari Australia ni. Macam resepi menarik boleh buat dengan buah ni kan, sebab warna cantik dan rasa pun sedap!

    BalasPadam
  13. Pencinta buah buahan tu saya la tuh! Mmg hari2 kena ada buah. Sbb anak2 pun biasakan makan buah. Ya Allah nampak fresh sgt buah2 tu...jeles oiiiii

    BalasPadam
  14. Sedapnya, peach tu feveret kami. Australia memang terkenal dgn buah-buahan segar diorg kan. Nak kena carilah weekend ni

    BalasPadam
  15. yum yum looking at all the fruits from australia. miss those time in australia with their fruits. too bad they are expensive here.

    BalasPadam
  16. Sedapnya tengok kesegaran buah-buahan kat sini. Memang tempting betul. Kalau dapat boleh bawak balik sebakul dah happy dah hehe

    BalasPadam
  17. Sedapnya buah peach. Syira suka. Banyak buah-buahan dari Australia yang menarik. Tapi sayang.. dekat sungai petani tak dak village grocer. Hehhe

    BalasPadam
  18. seumur hidup tak pernah makan buah apricot.. dari luar pun dah tahu best dan nampak segar.. mereka yang nak buat buah tangan atau nak jadikan hiasan atas kek wajib beli

    BalasPadam
  19. Alahai kite memang suka buah-buahan wak pd kita harga mahal sikit pun tak pe janji fresh wakkk heheh

    BalasPadam