#poweryourlunchbox,
Tahniah 20 Pemenang Peraduan Mission Foods Dan AEON #PowerYourLunchBox
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hujung minggu lepas Maha dapat jemputan untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah peraduan Mission Foods & AEON #PowerYourLunchBox yang bertempat di AEON Mall Shah Alam. Majlis ini ringkas tapi bermakna kepada 20 orang pemenang yang terpilih.
Maha pun tak tahu Mission Foods Malaysia dan AEON buat peraduan ini rupanya kat sosial media mereka. Sebenarnya peraduan ini telah berlangsung sejak 1 hingga 31 Mac 2018 yang lepas. Tengok hadiah yang mereka menangi tu pun memang cukup mewah iaitu baucer beli-belah AEON bernilai RM1000. Peraduan ini memerlukan pengguna produk Mission membeli 2 variasi produk mereka di pasaraya AEON. Kemudian perlu membuat resipi yang kreatif dengan citarasa Malaysia menggunakan produk Mission.
Di antara resipi yang dihasilkan oleh para pemenang peraduan ini yang menarik perhatian adalah seperti Pita Ayam Percik, Scrambled Otak Otak Wrap, Quiche Kangkung Goreng Belacan, Salted Egg Chicken Wrap, Rendang Pizza dan juga Grilled Chicken Satay Wrap. Kalau Maha sempat masuk hari tu akan buat resipi Karipap Daging Wrap mesti boleh menang hehehe.
Mr Mark Tan, Pengurus Jualan Runcit Mission Foods Malaysia |
Menurut kata Mr Mark Tan Pengurus Jualan Runcit Mission Foods Malaysia sepatutnya hanya 10 orang pemenang sahaja yang akan dipilih. Tetap sebab penyertaan yang banyak dan juga resipi yang dihantar semuanya kreatif dan sangat menarik membuatkan pihak penganjur menggandakan jumlah pemenang kepada 20 orang, memang bertuahlah mereka semua.
Pada majlis tu tak semua peserta dapat hadir untuk menerima hadiah hanya 12 orang sahaja yang dapat hadir mungkin yang lain tu ada urusan lain atau jauh. Tapi tahniah Maha ucapkan kepada semua pemenang korang memang hebat. Maha senaraikan nama 20 orang yang telah menang dalam peraduan ini.
Senarai 20 orang pemenang
Michelle Lim | Nor Shuhada bt Mohamad Shafie | Syazwin Hayati Mohamed Ridzwan | Mohamad Safiy Zakwan bin Md Baseri | Zuhairah bt Abdul Hadi | Arun Kumar | Terence Tang Heng Thai | Stephanie Lok Len Peng | Zurina Omar | Tan Whei Sian | Gan Siew Eng | Zaihasra bt Abdul Kadir | Hasnawati bt Yahaya | Lim I Lin | Nasruddin bin Ab Rahman | Mufidah Abdul Hadi | Choi Lie Chean | Michelle Ng Cheah Ying | Anne Teo Hui Ping | Natalie Tan Gaik Buey.
Selain daripada memenangi hadiah baucer tersebut semua resipi yang terpilih ini akan juga diterbitkan dalam satu buku resipi khas yang akan dikeluarkan bulan Julai nanti. Bestnya mereka bertuah sangat dapat hadiah pulak tu resipi dapat masuk buku. Maha pun teringin nak juga nak buat buku resipi sendiri sapa nak terbitkan yer hehehe.
Apa pun tahniah sekali lagi kepada pihak penganjur dan juga kepada semua barisan pemenang yang bertuah itu. Nanti kalau korang nak sertai apa-apa peraduan atau juga promosi dari Mission Foods Malaysia korang boleh terus ke laman Facebook mereka ok. Selamat memasak semua.
Tahniah kepada pemenang. RM1,000 cash voucher tu banyak boleh dibeli tu. Seronoknya pemenang. Kalau dekat dah nak raya ni boleh prepare mana2 yang patut. Rezeki sungguh!
BalasPadamTahniah kepada semua pemenang! Best tu rm1,000 cash voucher. Kalau Bella menang takde idea lah nak create recipe haha.. Makan je tau. 😝
BalasPadamBestkan dapat voucher aeon 1k boleh buat belanja raya. Siapa sangka dr 10 pemenang dinaikkan 20 pemenang. Rezeki betul
BalasPadamiols pengguna setia produk ni. kalau dapat voucher tu happy gila weh! sebab produk dia khasiat mudah dan cepat,. sesuai untk bulan puaasa ni haaaa
BalasPadamCash voucher RM1000...huiyyoooooo..meriah..kalau akak yang dapat akak beli barang2 dapur dengan semua voucher tu..hehehe...apapun tahniah kepada semua pemenang...best betul...
BalasPadamBertuahnya badan, menang hadiah yang bernilai tinggi. Kalaulah tau dulu ada pertandingan mcm ni..boleh sis join, manalah tahu kot-kot menang, tapi tu lah..dah tertulis tak ada rezeki untuk ini. Lain kali kalau ada pertandingan cam ni gitau akk ya..:D
BalasPadamTahniah kepada pememang peraduan Mission Food Aeon ni. Hadiah pun lumayan RM1000 boleh beli macam-macan kat Aeon tu. Shopping dari atas kepala hingga ke bawah kaki lah cmtu.
BalasPadambestnya awk..nak menang jugak...RM1000 kot..kaki tangan leher peha semua penuh dengan shopping bag kalau dapat RM1000. Tahniah semua yang menang. hehe
BalasPadamwah.. tahniah kepada yang menang.. ni kalau kawan TB yang pandai buat bento tu join mesti dia pun leh menang gak ni.. hahaha.. rm1000 tu.. best2 boleh beli macam-macam..
BalasPadamLaaa anjuran aeon ke ni? Best la kepada yg menang tu, dah nak dekat raya ni boleh shopping sakan. Tahniah ye utk yg dah menang. Menang besar haaa
BalasPadamSyoknya boleh shopping dekat AEON. tahniah pada pemenang. Produk mission ni antara produk wajib beli dekat rumah ni. Memudahkan masa masak.
BalasPadamSyok nya dapat AEON voucher amount ni.. boleh shopping banyak.. tahniah kepada semua pemenang!~ Nak tengok food yang di prepared oleh pemenang.. mesti best nya..
BalasPadamTahniah kepada semua pemenang. Syoknya . Maha mahu mana?? Oh lupa ambassador kan. Hehee
BalasPadamso nice... congratulation to all winner... how i wish i can join too... hehehehe
BalasPadamTahniah buat semua pememnang. Boleh lah berbelanja dekat2 nak puasa nie kan. Bestnya ! Maha kalau buat buku resepi, kita nk jadi org pertama beli
BalasPadamSeronoknya menang hadiah sampai RM1000. Waaah, murah rezeki para pemenang.Tahniah
BalasPadamGood idea, buat competition maxam nI, pastu kumpul resipi yang best best. Terbaikkk
congrats to winners, nice prizes they won. Indeed we need to practice healthy lifestyle and food intake too.
BalasPadamTahniah korang semua yang menang tu. Memang duit raya betul la menang Rm1000 waktu-waktu macam ni.
BalasPadamRasanya berbaloi Rm1000 tu dengan usaha nak perah otak lagi nak cipta resepi-resepi baru.kan.. Congrats again.