Mydin,

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MYDIN dan SJ Echo Meraikan Kepelbagaian Bangsa Malaysia

Rabu, Mac 14, 2018 Mahamahu 11 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Baru-baru ini 9 Mac MYDIN telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MYDIN Bersama SJ Echo. Korang ada nampak Maha asyik update kat Facebook dan Instagram tentang majlis ni dan nak cerita lebih lanjut kat blog ni.


Majlis telah berlangsung dengan meriahnya di MYDIN Mall USJ Subang Jaya bermula dari pukul 6.00 petang hingga 11.00 malam. Ribuan rakyat Malaysia ada kat sana tak lepas peluanglah untuk sama-sama menjadi rakyat Malaysia yang cinta akan keamanan negara berbilang kaum ini. Tahun ini adalah sambutan ke 6 MYDIN meraikan Tahun Baru Cina. 




Petang tu masa Maha sampai ada pentas utama yang menyajikan perembahan tarian tradisional masyarakat Cina di Malaysia. Seronok tengok persembahan tarian dan lihat gelagat orang Malaysia yang pelbagai kaum ada kat sana.



Malam tu acara bermula dengan pembakaran mercun kalau Tahun Baru Cina tak sah tak ada mercun memang meriah sangat. Lepas tu disambut dengan persembahan Tarian Singa yang memukau dan menarik minat pengunjung. 


Habis jer persembahan Tarian Singa wajib ada acara utama iaitu menggaul Yee Sang yang menjadi kepercayaan masyarakat cina, ianya melambangkan kemewahan dan mampu melanjut usia seseorang. Maha suka makan Yee Sang ni sebab ada macam-macam rasa dalam tu sayur dan juga keropok.



Paling semua orang nantikan adalah acara makan yang mana pelbagai menu yang disediakan oleh vendor makanan menyajikan hidangan percuma. Di antara menu yang ada untuk semua tetamu adalah Yong Tau Foo, Char Kue Tiau, Dim Sum, Bihun Goreng, Nasi Goreng, Maggi Goreng, Laksa, Ayam Barbeku, Bubur Cha Cha dan pelbagi jenis minuman.



Memang siapa yang ada pada majlis tu tak balik perut kosong semua kenyang makanan memang banyak. Tidak lupa juga 20 orang warga emas daripada Rumah Victory Puchong turut diraikan dalam sambutan hari terebut. Dalam kita bergembira mereka yang kurang berupaya juga harus kita ingat sama bagi mereka turut rasa seronok dan gembira.



Belah malam tu juga selain acara makan-makan ada persembahan daripada artis popular yang juga pemenang Anugerah Industri Muzik (AIM) 2016 kategori artis Wanita Cina Terbaik iaitu Angeline Wong. Beliau menyampaikan beberapa buah lagu raya kepada semua tetamu tengok adik-adik paling suka sambil menyanyi mereka turut menari.


Sepertimana tahun-tahun sebelumnya aktiviti cabutan bertuah untuk pelanggan MYDIN tidak ketinggalan dan menjadi acara kemuncak pada malam tersebut. Setiap pelanggan yang membelanjakan RM88 di Pasaraya Besar MYDIN USJ dan semua kedai-kedia dalam mall tersebut layak menyertai cabutan pada malam itu.


Hadiah paling besar yang Maha nampak adalah Smart TV tak silap 50' kot memang bertuah siapa yang dapat. Untung siapa yang datang pada majlis tersebut dan harap tahun depan akan ada lagi bagi meraikan kepelbagaian rakyat Malaysia dan pelanggan utama MYDIN. Moga MYDIN terus maju jaya dan menjadi pasaraya utama pilihan seluruh rakyat Malaysia.







11 ulasan:

  1. Maha dapat tak hadiah tv 50' tu...bestnya Mydin buat sambutan macam ni.. menghargai mereka yang memerlukan..nampak happy sangat warga-warga emas tu..dapat ang pau lagi kan...terpancar sinar di wajah mereka

    BalasPadam
  2. Meriahnya Mydin buat sambutan macam nih. Ramai juga yang datang. Dapat ang pau tak Maha?

    BalasPadam
  3. Meriah sangat sambutan Tahun Baru Cina di Mydin tu.. Woaaahhh....Siapalah gerangan pemilik V 50" tu ye?? Untung beliau..rezeki die..

    BalasPadam
  4. Meriah betul CNY at Mydin tahun ni. Siap tarian singa. Lumayan sungguh hadiah nye. Sapa menag tu mesti mcm durian runtuh la ye.

    BalasPadam
  5. makanan percuma memang kena pada tempatnya jika tengah bajet begini..

    boleh jimat belanja satu kali makan

    BalasPadam
  6. mydin ni kalau buat event makan makan mesti meriah

    BalasPadam
  7. so nice... having this kind oof open house could also been said a part of charity event.. keep it up... - Racheal

    BalasPadam
  8. Meriahnya majlis. Macam-macam ada tu. Dah lama tak tengok tarian singa secara live. Tapi tu lah... Mydin mall jauh lah pulak dari rumah. Yang ada pon mymydin je 😁

    BalasPadam
  9. Meriah nampaknya tu, terbaik! Masa ni saya rasa paling sesuai kalau nak merasa semua menu masyarakat Cina ni sebab mesti diorang hidangkan yang halal kan :)

    BalasPadam
  10. Wowww sampai ke malam sambutan rumah terbukanya.. Hidangan juga menyelerakan...

    Tahun ini, xsempat berYee Sang dengan kawan-kawan T-T

    BalasPadam