Food Review,

Wajah Baru Restoran Chef Bob @ Kajang Pasti Lebih Sedap Dan Lebih Pilihan

Jumaat, Mac 09, 2018 Mahamahu 12 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari ni nak bawa korang ke satu lagi restoran yang dah lama beroperasi tapi sekarang mereka membuat renovation baru untuk nampak lebih segar dan lebih menarik. Juga dari segi menu-menu yang ditawarkan juga lebih banyak pilihan serta lebih berkualiti. 


Restoran yang Maha maksudkan adalah Restoran Chef Bob yang terletak di TTDI Grove Saujana Impian Kajang. Sebelum ini orang Kajang dah kenali restoran ini tapi sekarang ini dengan wajah baru mereka juga mempunyai barisan chef baru yang lebih berpengalaman dan lebih hebat.



Kalau korang lalu jalan Kajang - Semenyih tu boleh nampak restoran ini warna merah menyala menyerlahkan lagi tema baru mereka. Restoran ini masih baru sahaja dibuka untuk konsep dan tema baru ini jadi kalau masuk tu macam kosong sikitlah tapi tetap selesa untuk makan.

Pemilik restoran Dr Ahmad Othman

Restoran ini dibuka setiap hari dari pukul 4.30 petang hingga 12.30 pagi. Kat sini juga sekarang dah ada menu-menu baru dari segi dessert, makanan tempatan dan juga pilihan makanan untuk kanak-kanak. Tapi kali ni Maha nak highlight menu western yang telah menjadi kesukaan pelanggan mereka sejak dibuka tahun 2014 lagi.

Grilled Chicken (RM21.00)

Hari tu Maha sempat cuba menu Grilled Chicken dan juga Chicken Parmigiana. Nama pun dah sedapkan apatah rasanya. Bagi Maha keseluruhan menu menarik sedap boleh makan tapi cuma ayam panggang tu agak kering sikit sebab mungkin sos perapan tidak disalut atas ayam semasa memanggang. 

Chicken Parmigiana (RM19.50)

Chicken Parmigiana atau parmesan ayam adalah hidangan yang popular Itali-Amerika. Ia terdiri daripada dada ayam yang dilapisi tepung dengan sos tomato dan mozzarella atau parmesan cheese atasnya. Kalau korang tengok cheese memang banyak dan yang Maha dapat ini agak keras sikit mungkin dah lama masak kot sebab makanan ini kena hidang panas-panas.

Rib Eye Steak (RM41.00)

Selain tu juga ada Rib Eye Steak, Lamb Chop dan Mixed Grill Platter. Korang boleh pilih nak makan mana satu semua menarik daging dan kambing semua import punya dari Australia dan New Zealand. Semua hidangan boleh pilih dari 3 jenis sos special buatan sendiri iaitu Brown Sauce, Black Pepper Sauce dan Mongolian Sauce. Harga semua masih berpatutan tapi jangan harap yang letop-letop sangat ok.

Lamb Chop (RM28.50)

Mixed Grill Platter (RM49.40)

Kalau yang nak makan nasi kat sini masih ada pilih Nasi Goreng Istimewa Chef Bob. Bagi Maha yang ini nampak menarik kerana banyak benda ada dalam satu pinggan dan sangat kenyang kalau makan seorang. Lagi yang best juga Fish And Chips tu biasa kebanyakan tempat ada cuma ia datang dengan dua jenis sos special cuma nama lupa lak. Korang datang cuba sendiri ok.

Nasi Goreng Istimewa Chef Bob (RM10.00)

Fish And Chips (RM17.50)

Tu baru cite pasal makan kalau tengok pada minuman juga sini ada minuman yang special iaitu Bandung Lele dan juga Neslatte Lava. Sangat berbuih dan istimewa kalau korang order minum bersama dengan westrn tu cuma bagi Maha ia agak manis sikit mungkin korang boleh minta yang kurang manis kena jaga kesihatan sekarangkan.

Bandung Lele (RM6.00)

Neslatte Lava (RM6.50)

Minuman jus buah-buahan lain pun turut ada kat sini korang boleh pilih daripada Jus Durian Belanda, Jus Apel, Jus Tembikai dan juga Jus Oren. Bak kata orang kalau datang makan sini masih tetap banyak pilihan makanan yang korang boleh cuba ini hanya baru sebahagian sahaja yang Maha sempat rasa. 


Specialnya sempena dengan pelancara wajah baru ini mereka menyediakan 'Grand Opening Promo' untuk pelanggan setia. Bagi mereka yang mempunyai kad VVIP Member akan menerima 7% potongan harga dari jumlah bill. Manakala bagi pelanggan biasa akan terima 5% potongan sahaja. Sah hanya untuk 2 minggu promo bermula dari hari pembukaan baru sehingga 18 Mac 2018 ini. 


Tunggu apa lagi daftar jadi member dan terima potongan lebih banyak serta keistimewaan lain seperti tawaran promosi semasa hari jadi dan macam-macam lagi. Hanya perlu membayar RM18 dan jadi ahli seumur hidup. Itu yang best restoran ini tempat lain tak ada tawaran macam ini. 


Maha dah cuba korang bila lagi jangan lupa datang cuba makan kat Restoran Chef Bob @ Kajang dan bagi pendapat korang tentang makanan dan service kat sini mana tahun lain orang lain rasanya betul tak. Selamat mencuba semua. 

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5






12 ulasan:

  1. Alaaaa..kenapa sedap plak semua menu makanan dan minuman tu..geram plak akak tengok...sajer je kan Maha ni..bagus marketing Chef Bob letak warna yang attractive, dari jauh dah nampak kan...

    BalasPadam
  2. Uiishh.. Terliur tengok...sedap2 semuanya... Macam best je.. Wawa selalu kalu singgah kajang makan sate kajang je tau . Hehhe. Tapi dha tau restoran che bob ni boleh try la lainkali.. Tgok harga pon not bad okay..

    BalasPadam
  3. Tengok makanan, baru sudah makan pon boleh berkeroncong semula..lalalalaa... Kalau mommy ada lalu sana boleh la singgah makan... Minuman pon nampak menggiurkan

    BalasPadam
  4. Warna merah dinding tu membangkitkan aura kan. Pada Ros, suasana macam ni ok kalau pergi dengan kawan-kawan atau pasangan. Tapi, untuk family besar, nampak agak crowded dalam suasana pulak.
    Nesslatte lava tu macam sedap.. kalau pergi, nak jugak rasa!

    BalasPadam
  5. Warna yang digunakan untuk dekorasi restoren memang nampak segar dan mampu mempengaruhi selera pelanggan..Chicken Parmigiana tu buat saya jadi melting tau. Nampak cheese uh mengoda sungguh

    BalasPadam
  6. Suka tengok hidangan2 yg ditawarkan disini. Nampk sedap giler. Tempat pun agak selesa dan boleh memuatkan ramai juga org dlm stu2 masa

    BalasPadam
  7. Wowwww siap ada member kad lagi tue... Tapi jauh pula dari rumah Bro... Kalau dekat mahu setiap bulan makan dekat sini...

    BalasPadam
  8. Markah dapat 3.5 saja untuk sedap tu. Macam biasa je

    BalasPadam
  9. semua makanan menggoda :)

    BalasPadam
  10. Fail! I went with my father to eat their salmon grilled, failed! Order lmbt smpi pdhal berapa kerat org je dkt sini. Air pun salah hantar. Rude waiter, mintak tukar air dia buat tak tahu je. Its my 1st and last here

    BalasPadam
  11. tngok dari segi presented portion makanan ada yg bnyk n skit..tngok nasi goreng istimewa srs nmpak sedp n banyk portion yg di serve..In sya Allah ada rezeki smpai kt tmpt nie,...

    BalasPadam
  12. nmpk garang tapi ceria dgn stail decor merah..nsk gorengnya nmpk yummy

    BalasPadam