Ayam Oren Rasa Manis Dan Pedas Terbaharu Di The Chicken Rice Shop
Rakyat Malaysia menyambut Tahun Baru Cina dengan upacara Makan Besar dan perjumpaan keluarga. The Chicken Rice Shop (TCRS) mengambil peluang sempena musim istimewa ini dengan memperkenalkan hidangan baharu untuk menghangatkan lagi suasana perayaan. Rangkaian restoran Halal tempatan ini mencipta Ayam Oren yang tersendiri, menggabungkan rasa nostalgia Tahun Baru Cina dengan sentuhan perisa Malaysia yang menggamit selera.