HOFU,

Korang Pernah Makan Snack Rangup Dari Kulit Ikan Produk HOFU

Khamis, Disember 21, 2017 Mahamahu 1 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tanya lagi sekali korang pernah makan snack yang dihasilkan daripada kulit ikan. Selalu snak atau kerepek kita makan dari kentang atau dari ubi lain betul tak. Tapi kali ini pasti korang akan suka makan tanpa henti tak caya.


HOFU adalah satu gaya makanan snack yang mudah daripada Jepun tapi kini kat Malaysia boleh dapat. Snack ini lebih sedap dan sihat kerana ia menggunakan kalau kulit ikan itu adalah Ikan Salmon yang diimport dan juga yang kentang pula mereka menggunakan kentang US Russet jadi saiz lebih besar. 


Maha dapat rasa sebab nak tahu sangat snack daripada kulit ikan tak pernah rasa kalau ada pun keropok ikan tu adalahkan. Produk ini peling penting bebas bahan pengawet, pewarna tiruan, MSG dan GMO. Setakat ini Hofu untuk kulit ikan dan kentang ini ada 5 perisa yang menjadi pilihan ramai.


Perisa Nasi Lemak

Ini yang Maha maksudkan tadi bahawa korang tak tahun pun mereka boleh hasilkan perisa Nasi Lemak untuk snack ini. Kalau korang makan korang akan dapat rasa kacang, ikan bilis dan sambal dalamnya memang gabungan menarik dan menghasilkan rasa yang sedap.


Perisa Telur Masin

Bagi Maha untuk telur masin ini Maha suka lagi kulit ikan daripada kentang dan korang memang akan dapat rasa telur masin kerana mereka gunakan egg yolk. Tapi Maha suka yang ni makan dengan nasi kosong atau makan dengan nasi lemak sedap.


Perisa Bonito Seaweed  

Ini pula kalau korang buka dalam bekas tu akan ada potongan rumpai laut dalamnya jadi memang kena makan sekali baru dapat rasa menarik. Kalau korang suka rumpai laut memang ini pilihan terbaik.


Perisa Spicy Korean

Kalau korang yang suka kepada rasa pedas ini memang bagus untuk korang cuba. Tapi jangan makan bersulam air kosong cuba habiskan satu balang tu kalau boleh hehehehe. Ia sangat pedas macam makan Ramen pedasnya.


Perisa Katsu Curry

Ini lebih rasa kari tapi bukan kari tempatan ia adalah campuran kari yang terbaik serata dunia mereka buat. Ni juga Maha suka yang kulit ikan makan pula dengan nasi putih sedap sebab rasa karikan.


Jadi mana yang korang rasa nak cuba atau dah mula teretarik nak rasa. Korang boleh dapatkan semua snack HOFU yang kini dah ada jual dalam Ben's Independent Grocer di Publika Solaris Dutamas, Plaza Batai, Damansara City Mall, Glo Damansara dan Ikano Power Center. Manakala orang Sabah boleh dapatkan di Chokolatte - The Coffee Ministry.


Harga pula untuk kulit ikan ini RM34.00 satu botol dan untuk kentang pula RM28.00 sebotol. Selamat mencuba semua mana tahu nak makan sambil tonton tv bersama keluarga atau sambil minum petang dengan kawan-kawan. Kita hidangakan yang lain dari lain mesti di akan nak beli juga.

Juga boleh beli di sini :
HOFU Outlet
No.32G, Jalan Teknologi 3/6C, 
The Core Sunsuria, Taman Sains Selangor 1, 
Seksyen 3, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya Selangor.
Facebook : https://www.facebook.com/hofujapanesesnacks
Instagram : https://www.instagram.com/hofu_japanese_snacks





1 ulasan: