Aktiviti,

Mahaguru Teh Tarik "Hang Tarik" Berkongsi Seni Membuat Teh Tarik Piawai Emas

Rabu, Mei 31, 2017 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Minggu lepas bagaikan dilanda dengan Teh Tarik dipekarangan Mydin USJ. Ini apabila Hang Tarik datang memeriahkan suasana pelancaran Teh Tarik Mega 2017. Apa Maha merepek ni kan tapi inilah yang berlaku disana pada hari tu.


Maha sempat hadir pada majlis tersebut di mana F&N mengekalkan warisan Teh Tarik yang asli sambil menambah baik citarasa sebenar. Pada hari tu juga majlis memperkenalkan Hang Tarik yang dibawak oleh pelakon Radhi Khalid

Pada majlis tersebut semua pengunjung Mydin berpeluang belajar cara membuat Teh Tarik Ori yang sempurna menerusi siri permainan berhalangan simulasi yang perlu ditamatkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Maha juga dapat cuba cara membuat Teh Tarik terbaik mereka dan menikmati rasa sebenar teh tarik.




Di majlis pelancaran tersebut, F&N memperkenalkan video F&N Raya Dengan Hang Tarik baru yang memaparkan bagaimana Hang Tarik F&N menyelamatkan sebuah keluarga yang sedang kecoh membuat persiapan menyambut tetamu pada Hari Raya dengan berkongsi rahsia menyediakan Teh Tarik yang lazat. 


Satu lagi sorotan utama majlis ialah apabila Hang Tarik F&N, bersama Pakar Teh Tarik F&N, berganding bahu untuk mengagumkan penonton. Dengan aksi Teh Tarik yang menerapkan keunikan dan kepelbagaian budaya Malaysia, pakar-pakar ini menunjukkan bagaimana Teh Tarik dinikmati konteks keaslian dan kekayaan warisan budaya negara kita.

 

 



Susu Pekat Manis F&N dan Susu Sejat F&N sentiasa menjadi produk kegemaran dalam gaya hidup rakyat Malaysia dan menjadi campuran tenusu pilihan untuk menghasilkan Teh Tarik yang sempurna. Untuk maklumat lanjut mengenai Susu Pekat Manis F&N dan Susu Sejat F&N, sila layari www.fn.com.my.


Satu hari tu memang satu pengalaman yang terbaik buat Maha untuk belajar dan mengetahui tentang bagaimana Teh Tarik sebenar dihasilkan. Jadi korang yang nak buat sendiri teh tarik boleh ikut tip yang diberikan dan jangan salah guna produk tau nanti tak jadi. Sebab tu banyak kedai makan boleh kekalkan rasa teh tarik kerana menggunakan produk yang betul. Selamat mencuba semua buka puasa nanti ok.






0 Pandangan: