Aktiviti,

Sahut Cabaran Raja Tarik 2014 Bersama Krimer Manis F&N

Khamis, Mei 01, 2014 Mahamahu 0 Comments

Sahut Cabaran Raja Tarik 2014 - Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Buat musim ke 9 pencarian Raja Tarik 2014 daripada pengeluar Susu Pekat No 1 Malaysia sapa lagi kalau bukan F&N. Setiap musim F&N mencari bakat2 baru dan bakat2 yg terbaik dalam kemahiran menarik teh tarik dengan gaya tersendiri. Itu yg Mahamahu nak cuba kali ni mampukah Mahamahu menjadi seperti seorang Raja Tarik 2014.


Nak sediakan satu teh tarik yg paling sedap mesti menggunakan F&N Teh Tarik iaitu susu pekat manis terbaik daripada F&N. Tapi untuk kali ini pula F&N memperkenalkan satu lagi teh tarik baru yg di beri nama Teh Tarik Kahwin iaitu gabungan dua jenis susu iaitu F&N Teh Tarik dan juga F&N Krimer Sejat. Menjadikan ia gabungan lengkap kurang manis tapi masih mengekalkan rasa asli teh tarik buatan Malaysia.


Dengan cabaran ini maka Mahamahu pun juga memberanikan diri untuk menyahut cabaran Raja Tarik 2014. Kalau nak tgk Mahamahu hebat atau tidak dalam gaya tarikan teh tarik anda mampu menilainya. Saksikan video bagaimana Mahamahu berjaya menarik teh tarik dengan gaya tersendiri dan penuh skill wakakakakak...


Ini cuma percubaan pertama sahaja daripada Mahamahu tapi kalau anda rasa anda lebih hebat daripada apa yg Mahamahu mampu lakukan seperti dalam video di atas. Anda boleh sertai Cabaran Raja Tarik 2014 dimana mereka sedang mencari bakat2 ini seluruh Malaysia. Beberapa lokasi yg telah di pilih untuk anda dtg beramai-ramai menguji kehebatan anda dalam Raja Tarik 2014


Lokasi ujibakat yg seterusnya
1) Selangor Mydin USJ,  26 April 2014
2) Pulau Pinang Giant Hyper Bayan Baru, 4 Mei 3014
3) Johor Baharu Giant Tampoi, 10 Mei 2014
4) Kuantan Berjaya Megamall, 17 Mei 2014
5) Kota Kinabalu 1Borneo Megamall, 23 Mei 2014
6) Kuching Plaza Merdeka, 25 Mei 2014

Setiap peserta yg terpilih daripada setiap lokasi akan bertarung untuk peringkat akhir yang akan di adakan pada 12 Jun 2014 bertempat di e@Curve Petaling Jaya. Di sinilah segala bakat akan di kumpulkan dan mempamerkan kehebatan mereka untuk di nilai dan dipilih menjadi juara Raja Tarik bagi tahun 2014. 


Anda juga boleh saksikan kehebatan dan aksi-aksi menaraik rancangan Cabaran Raja Tarik 2014 ini dalam siaran TV yang akan di tayangkan di TV3. Siaran akan bermula pada 21 Mei 2014 setiap hari Rabu & Khamis sehinggalah 12 Jun 2014 pada pukul 7.55mlm. Manakala untuk aksi akhir para peserta anda boleh saksikan pada 27 Jun 2014 iaitu hari Jumaat pada jam 6.30ptg di TV3 juga. 


Sebelum ini mereka telah langsungkan pelancaran dan ujibakat bagi lokasi pertama yg di adakan di Mydin USJ pada 26 April 2014. Penuh meriah dan juga di raikan bersama dengan celebriti penyampai radio popular sapa lagi kalau bukan Farah Fauzana. Penuh gamat dan penuh aksi peserta menunjukan kebehatan mereka. Jadi tiba pula giliran anda untuk beraksi dan pastikan anda dtg ke lokasi-lokasi yg berhampiran anda. Selamat menarik daripada Mahamahu....






0 Pandangan: