Chef Mail Masak Bersama Pensonic Kembali Lagi Tahun Ini Anda Boleh Sertainya

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Pada yang ikuti program Chef Mail Masak Bersama Pensonic tahun lepas mesti masih ingat lagi bukan. Tahun lepas Maha adalah salah seorang pemenang yang telah berjaya terpilih untuk program tu. Best kot kerana pertama kali boleh keluar kat tv dan orang ramai tonton bukan senang nak masuk tv hehehe.


Lagi best bukan sahaja dapat keluar tv tapi dapat memask bersama chef popular Chef Ismail dan juga artis popular. Masa Maha hari tu Maha dapat masak bersama dengan Marsha Milan Londoh cantik gila tapi sayang dah bini orang hehehe. Mereka semua datang rumah Maha dan buat rakaman memang penuh satu rumah tu meriah sangat ditambah celoteh chef yang tak kering gusi.


Sebenanya pengalaman memasak dan ilmu yang chef kongsikan kepada Maha tu yang sangat-sangat bermakna. Kita tukang masak amatur ini memang kena banyak belajar daripada yang pro seperti Chef Mail. Satu pesanan chef pada Maha masa tu kalau nak masak guna semua bahan yang disediakan jangan dibazirkan kerana bahan tu mahal nak beli dik non, masih terngiang-ngiang kat telinga ni pesanan chef tu.


Kalau tahun ni Maha boleh masuk memang Maha join tapi tak boleh. Kini peluang korang pula untuk menjadi sebagai selebriti masakan di kaca tv. Pensonic telah menganjurkan peraduan "WE WANT YOU TO BE ON TV" bermula sekarang sehingga 3 Mac 2017 nanti. Jadi masa ni lah korang nak rebut peluang untuk menang peraduan bersama Pensonic juga dapat peluang untuk bersiaran di kaca tv. Kelainan tahun ini dengar cite mereka shooting di restoran-restoran penaja untuk program tv tersebut.


Korang tunggu apa lagi jom sertai sekarang mudah sangat nak masuk peraduan ini. Korang ikut step yang Maha sediakan kat bawah ini mesti ada peluang punya :-

1) Like Facebook Pensonic dan e-mel butiran anda seperti di bawah ke fb@pensonic.com

2) E-melkan :-
- Nama resipi.
- Bahan-bahan masakan.
- Gambar step by step masakan.
- Gambar masakan.

3) E-melkan sekali butir-butir peribadi anda :-
- Nama penuh (Ikut kad pengenalan)
- Nombor kad pengenalan
- Alamat tempat tinggal 
- Nombor telefon bimbit 
- Alamat e-mel

4) Tarikh tutup penyertaan 3 Mac 2017.

7 peserta yang bertuah dengan resipi yang menarik dan gambar yang cantik berpeluang untuk menang dan menjadi jemputan dalam program Chef Mail Masak Bersama Pensonic 2017". Tahun lepas resepi yang Maha buat adalah Cotton Cheese Cake ada Maha update kat instagram Mahamahu. So Maha cadangkan buat resipi lain mesti korang akan terpilih punya. Serlahkan bakat memasak korang sekarang dengan sertai peraduan ini. Cepat-cepat selagi masih berpeluang.




6 comments.. read them below or add one

Jueliza Jamani Jueliza Jamani 24 February, 2017
macam nak cuba tapi segan la masuk tv hahahah
Sally Samsaiman Sally Samsaiman 24 February, 2017
kita tak reti masak! hahahaha...
Maha Mahu Maha Mahu 24 February, 2017
Ala ni masa nak promote diri dan upkan blog heheehehe..
Maha Mahu Maha Mahu 24 February, 2017
Tak apa ada chef boleh ajar masak hehehee..
Noriza Abdul Rahman Noriza Abdul Rahman 27 February, 2017
Malu pulak nak masuk rancangan tv..hahaha
Maha Mahu Maha Mahu 28 February, 2017
Knp nak malu yang penting hadiah yang ditawarkan dan dapat jumpa artis popular hehehe...