Menyajikan Barbeque Seluruh Dunia Dalam Satu Restoran di Vista Brasserie by Chef Zubir

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Chef Zubir nama yang dah cukup hebat di Malaysia sebut ja sapa tak kenal. Pernah menjadi juri program popular iaitu Mastechef Malaysia. Kini korang bukan sahaja boleh tengok Chef Zubir memasak dalam tv tapi kini boleh rasai sendiri keenakan masakan chef di restoran miliknya.


Vista Brasserie by Chef Zubir nama pun dah cukup gah dan menarik apa pula rasanya. Restoran ni telah 6 bulan beroperasi di Vista Alam Seksyen 14 Shah Alam. Konsep restoran ini adalah Barbeque seluruh dunia yang menggabungkan masakan pelbagai negara. Korang boleh makan masakan Brazil, Turki, Jepun dan Korea.



Dekorasi dalam restoran ini pun cukup simple dan selesa kalau datang rasa seperti makan di restoran mewah tapi sebenarnya harga makan mampu korang rasa. Paling Maha suka adalah kat satu sudut dinding restoran ni ada terpapar poster besar gambar chef semasa menjadi juri Masterchef Malaysia.


Maha sebenarnya pernah jumpa Chef Zubir semasa beliau menjadi juri program ni. Masa tu Maha memang satu contest dan hadiahnya dapat melawat studio dapur Masterchef Malaysia. Itu adalah kenangan paling indah Maha walaupun tak menjadi peserta tapi dapat menjadi juri jemputan pun dah sangat suka.


Kali ni pula dapat pergi makan kat restoran chef yang cukup Maha kagumi ini. Menariknya restoran ini setiap malam Jumaat, Sabtu dan Ahad akan ada buffet makan malam. Juga di sediakan konsep Barbeque ala Brazil yang dipanggil Churrasco. Di mana pelanggan malam tu akan dihidangkan dengan pelbagai daging panggang yang panas dari dapur oleh barisan chef terus kepinggan.





Masa maha pergi makan kat sana cuba hari tu memang tak termakan terlalu banyak kalau sapa boleh habiskan semua barbeque tu memang respek lah korang. Dalam set tu ada daging lembu, daging kambing, ayam, ikan, Jagung dan juga Nanas panggang. Semuanya sedap penuh rasa rempah dan juga panas membuatkan korang tak senang duduk nak makan. Harga bufet makan malam hanya RM59.00 untuk satu orang.




Mesti korang tanya hari-hari lain kenapa tak ada pulak, sebenarnya hari-hari lain restoran ni sediakan hidangan Ala-cart yang lain seperti masakan Jepun iaitu Teppanyaki. Juga ada Pasta dan Sandwiches juga makanan Australia.




Akhir sekali yang Maha nanti-nanti adalah mesti dessert yang ada kat restoran ni. Pencuci mulut sini adalah gabungan rasa barat dan juga asia. Terdapat kuih muih tradisional juga pelbagai kek dan coklat yang sedap-sedap. Semua ini membuatkan makan satu hari korang lengkap dan cukup segalanya.




Tunggu apa lagi korang boleh datang terus ke restoran Vista Brasserie by Chef Zubir ini untuk cuba semuanya dan kalau berkesempatan boleh tengok chef masak secara live. Restoran ni buka setiap hari dari pukul 11.00 pagi hingga 11.00 malam so datang sekarang pasti puas hati. Selamat mencuba semua.

Vista Brasserie by Chef Zubir Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato

Maklumat lanjut dan tempahan :
Facebook : www.facebook.com/VistaBrasseriebyChefZubir
Tel : 010.861.2448
Tel restoran : 03.5524.7779
Alamat : B-LG-6 Vista Alam, Jln Ikhtisas 14/1, Seksyen 14 Shah Alam, Selangor

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5





6 comments.. read them below or add one

Jueliza Jamani Jueliza Jamani 19 January, 2017
sedapnya.. restorant dia kat kajang pun tak pernah rasa lagi. hehehe..
Maha Mahu Maha Mahu 19 January, 2017
Hehehe banyak restoran chef Zubir ni Shah Alam pun ada dua..
Kuronofu91 Kuronofu91 19 January, 2017
aikk...kesedapan 3.5 je??? huhuh....

kuronofu91.blogspot.my
Maha Mahu Maha Mahu 19 January, 2017
Selera lain-lain bro hehehehe...
rafidah husain rafidah husain 19 January, 2017
Orang yang suka nak try mknan negara luar bolehlah try kan...
Maha Mahu Maha Mahu 20 January, 2017
Semua org leh try akak huhuhu...